This preview has intentionally blurred parts. Sign up to view the full document

View Full Document

Unformatted Document Excerpt

Modul Cakna Sejarah SPM 2009 Majlis Guru Cemerlang Kelantan / JPN Kelantan Disediakan , BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Tamadun Indus (a) Ciri-ciri bandar terancang • Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian • dikelilingi oleh tembok • Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan • yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil pertanian • Bahagian kedua ialah kawasan perumahan • Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan • Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat • Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain • Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang • Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan (b) Organisasi Sosial • Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan • Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang • Kelas atasan yang utama ialah pendeta • Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan • Golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta • Sejarawan berpendapat tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta • Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh • Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalirkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa • Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan (c) Pengkhususan pekerjaan • Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan • Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia Modul Cakna Sejarah SPM 2009 Majlis Guru Cemerlang Kelantan / JPN Kelantan Disediakan , • Dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia • Hasil perdagangan yang penting seperti emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian • Petani menanam barli, kacang dan sebagainya • Terdapat juga penduduk yang menjadi artisan dan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar (d) Amalan agama • Penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan membuktikan masyarakat Indus mempunyai amalan agama • Penemuan patung proto-Siva – seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma.Vishnu dan Siva • Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting yang berkaitan dengan agama Hindu • Mereka juga percaya kepada Tuhan Ibu • Dapat dibuktikan dengan penemuan patung wanita. Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan (e) Sistem Tulisan ... View Full Document

End of Preview

Sign up now to access the rest of the document