This preview has intentionally blurred parts. Sign up to view the full document

View Full Document

Unformatted Document Excerpt

Hubungan SKP2204 Etnik Bab 9 Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat Masyarakat Hasil Pembelajaran Menjelaskan peranan kerajaan, masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Pengenalan Usaha pemupukan perpaduan dan mengeratkan hubungan etnik dilaksanakan oleh kerajaan khususnya dan disokong oleh pelbagai pihak seperti sektor swasta, NGO mahupun rakyat sendiri. Peranan Kerajaan dalam Konteks Hubungan Etnik Antara usaha kerajaan ialah: Penubuhan JPNIN Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada 1 Julai 1969 di bawah perintah MAGERAN selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ia pernah diletak di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan kini di bawah JPM. Beberapa dasar sosioekonomi yang berkaitan dengan perpaduan ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, DEB, DPN, DWN dan Dasar Sosial Negara. Usaha lain Rukun Negara, penubuhan BN. JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010 telah merancang pelbagai usaha dari aspek: Strategi Politik Persefahaman (perlembagaan dan bangsa Malaysia) Strategi Ekonomi mengimbangkan kedudukan taraf ekonomi dan mengurangkan identifikasi kaum dengan pekerjaan. Strategi Pendidikan membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan dan mengeratkan perpaduan melalui kurikulum, aktiviti kokurikulum. Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan boleh berkomunikasi. Strategi Agama Strategi Kebudayaan Kebudayaan Nasional Strategi Integrasi Wilayah penambahbaikan perhubungan kebangsaan dan pengangkutan; lawatan pemimpin. Strategi Keselamatan pencegahan dan pemulihan. Strategi Pembangunan Kawasan Rukun Tetangga, penyediaan prasarana (dewan) dan mengandungi pembangunan bercampur. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Strategi Media Massa Strategi Kesukanan Strategi Pemasyarakatan Perpaduan Strategi Pertubuhan Sukarela Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa (PANEL) Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah perpaduan tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan. Sekolah kebangsaan insititusi utama bagi memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Wawasan Membina 2 atau 3 jenis sekolah rendah yang belainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama berkongsi kemudahan asas. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Berteraskan Rukun Negara Mempunyai kurikulum multidisplin Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti. Bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan, perwatakan positif, semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi yang cergas, cerdas dan keyakinan. Peranan Masyarakat dalam Konteks Hubungan Etnik Rukun Tetangga (RT) Diperkenalkan pada 1975 untuk mengawal keselamatan kawasan kediaman. Mulai 1983 memberi penekanan kepada konsep kejiranan. 2000 mandat baru pembangunan masyarakat ke arah perpaduan nasional. Sehingga Mei 2006 3,228 kawasan RT telah ditubuhkan. Rumah Terbuka Diadakan pada musim perayaan. Kunjung-mengunjungi rumah jiran. Penerimaan Budaya Terutamanya dari segi makanan dan pakaian. Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Menganjurkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum. Kandungan kursus. Disaran untuk mewujudkan kelab perpaduan atau kelab Rukun Negara. Peranan pensyarah perlu dilatih. Peranan NGO dalam Konteks Hubungan Etnik NGO seperti Majlis Belia Malaysia (MBM) - kepimpinannya terdiri daripada multietnik. Terdapat juga NGO monoetnik seperti Pergerakan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Malaysia (untuk Melayu, Cina dan India), ABIM menganjurkan seminar tentang hubungan etnik. Kesimpulan Setiap golongan entik mempunyai jati diri yang tertentu keunikan yang tidak perlu dicerobohi. Usaha-usaha ke arah meraikan kepelbagaian perlu disusun dan difahami. ... View Full Document

End of Preview

Sign up now to access the rest of the document