TEMPOH PERTAMA (1786-1941)
Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan mempunyai
kurikulum yang berbeza beza serta lokasi sekolah juga terpisah mengikut kaum
masing masing. Sekolah-sekolah berkembang selaras dengan perkembangan
ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu.
Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)
Pada zaman ini, kerajaan british telah mula mengambil perhatian terhadap
pendidikan di negeri-negeri selat. Gabenor negeri selat mencadangkan penubuhan
seekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan
british. Dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura telah dibuka dengan
bantuan kewangan daripada DYMM temenggung Johor, seterusnya British telah
menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Antara
contoh mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah Vernakular ialah Bacaan,
Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.
Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik daripada cina telah mendirikan
sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan
pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada
negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti
British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan
kurikulumnya dan menjadi bertambah baik.

