Topik 7 Pasaran Persaingan Sempurna.pdf - Topik 7 Pasaran Persaingan Sempurna HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat 1

Topik 7 Pasaran Persaingan Sempurna.pdf - Topik 7 Pasaran...

This preview shows page 1 - 3 out of 32 pages.

PENGENALAN Anda telah mempelajari sebelum ini yang penentuan harga dan output tidak hanya bergantung kepada permintaan pengguna dan kos yang dihadapi oleh firma. Keputusan berkaitan harga dan output yang dibuat oleh firma juga bergantung kepada struktur pasaran di mana firma beroperasi. Sehubungan dengan itu, dalam topik ini, kita akan melihat bagaimana firma yang beroperasi dalam pasaran persaingan sempurna menentukan harga dan output yang memaksimumkan keuntungan. Kita akan memulakan topik ini dengan memahami ciri-ciri pasaran persaingan sempurna. Seterusnya, kita akan T T o o p p i i k k 7 7 Pasaran Persaingan Sempurna Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan ciri-ciri pasaran persaingan sempurna; 2. Menjelaskan bagaimana firma menentukan output optimum; 3. Menganalisis keadaan keuntungan dan kerugian yang dialami firma; 4. Mengkaji semula situasi di mana firma terpaksa menghentikan operasi; 5. Menilai bagaimana keluk penawaran jangka pendek firma dan industri diperoleh; dan 6. Menerangkan bagaimana firma dan industri mencapai keseimbangan jangka panjang. HASIL PEMBELAJARAN
Image of page 1
TOPIK 7 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA 187 lihat bentuk keluk permintaan, keluk hasil purata dan keluk hasil sut firma dalam pasaran persaingan sempurna. Setelah itu, kita akan mengkaji bagaimana firma dalam pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan dalam jangka pendek dan bentuk keluk penawaran firma. Akhir sekali, kita akan melihat bagaimana firma dan industri dalam pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan pada jangka panjang. KEUNTUNGAN EKONOMI DAN KEUNTUNGAN PERAKAUNAN Firma (tidak kira di dalam struktur industri mana) diandaikan memiliki objektif yang sama iaitu memaksimumkan keuntungan. Oleh itu, anda terlebih dahulu perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan konsep keuntungan. Ini adalah kerana dari perspektif ekonomi, keuntungan adalah berbeza dari keuntungan yang diperoleh melalui pengiraan akauntan. Secara amnya, tidak dapat dinafikan yang tujuan utama pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Dengan kata lain, keuntungan adalah insentif kepada pengeluar untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pengiraan keuntungan dari kaca mata ahli ekonomi berbeza daripada pengiraan keuntungan oleh akauntan. Ini adalah kerana akauntan akan hanya mengambil kira kos yang eksplisit atau jelas. Keuntungan yang dikira oleh akauntan dikenali sebagai keuntungan perakaunan. Sementara itu, ahli ekonomi akan mengambil kira bukan sahaja kos eksplisit tetapi kos implisit juga dalam pengiraan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh melalui kaedah ini dikenali sebagai keuntungan ekonomi. Kos implisit yang dimaksudkan di sini adalah kos melepas. Contohnya, En Azman memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Image of page 2
Image of page 3

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture