HE T啊啊啊.docx - Blog kini telah menjadi satu fenomena...

Info icon This preview shows pages 1–2. Sign up to view the full content.

View Full Document Right Arrow Icon
Blog kini telah menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ciri-ciri blog itu sendiri menjadi pemangkin kepada perkembangan blog. Hal ini dibuktikan dengan ciri bebas yang membolehkan sesiapa sahaja mempunyai blog sendiri. Kebebasan juga memberikan satu ruang sosial kepada semua pihak untuk memberikan apa-apa pandangan dalam satu-satu blog. Ciri ketanpanamaan iaitu identiti pemilik blog dilindungi menggalakkan lagi penggunaan blog oleh pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai medium untuk membincangkan sesuatu isu dan seterusnya memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pandangan masing-masing tentang isu perbincangan. Pelbagai komen yang diberikan oleh pelbagai pihak yang seterusnya mencetuskan perdebatan berpotensi untuk mencari jalan penyelasaian bagi masalah sesuatu isu yang dibangkitkan. Biasanya blog memaparkan isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik. Perbincangan tentang isu politik dan kes berprofil tinggi melalui blog ini membantu mendedahkan kebenaran sebenar tentang sesuatu isu dan juga keadaan politik sebenar di Malaysia. Umum mengetahui bahawa blog adalah dimiliki oleh mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan berupaya untuk memberikan pendapat peribadi mengenai apa-apa isu. Persoalannya, adakah kebebasan memiliki blog ini bakal memberikan kesan terhadap proses demokrasi negara? Dapat kita semua lihat bagaimana tumpasnya kerajaan Barisan Nasional yang telah lama utuh dan bertapak di Malaysia ini dalam 5 buah negeri. Kekalahan itu ada antaranya berpunca daripada blog. Pihak kerajaan telah mengabaikan peranan internet yang telah digunakan oleh parti pembangkang secara meluas dan maksimum untuk menyebarkan propaganda dan anti kerajaan pusat iaitu barisan Nasional itu sendiri. Walaupun blog dilihat membebaskan rakyat, persoalan lain yang dibangkitkan ialah mengapa kebanyakan blogger hanya memfokuskan isu politik semata-mata dan kurang menyentuh isu yang lebih penting? Antaranya isu perpaduan antara kaum dan masyarakat, pembangunan ke arah kelestarian masa hadapan serta masalah sosial. Mengapa isu-isu sebegini tidak pula diperbahaskan dan diperjelaskan di dalam blog? Isu-isu tersebut boleh mendatangkan manfaat yang lebih jitu kepada institusi masyarakat kini. Blog juga mempunyai kelemahan kerana terlalu banyak pandangan dan maklumat yang disuarakan di dalam blog. Keadaan tersebut menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Hal ini bermaksud jika terlalu banyak fahaman atau ideologi yang dinyatakan oleh pelbagai pihak, kekeliruan akan berlaku. Tidak dinafikan bahawa blog berfungsi untuk menggabungkan suara rakyat di mana-mana sahaja. Jadi, melalui blog rakyat mampu membentuk sifat demokrasi secara tidak langsung. Tapi pada masa yang sama pengguna haruslah menggunakan blog secara berhemah dan baik dan menyeimbangkan perbincangan antara isu politik dan isu lain yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. Secara
Image of page 1

Info icon This preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

View Full Document Right Arrow Icon
Image of page 2
This is the end of the preview. Sign up to access the rest of the document.

{[ snackBarMessage ]}

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern