TUGASAN KUMPULAN SCCT 2093.docx - SCCT 2093 UNDANG-UNDANG...

This preview shows page 1 - 4 out of 18 pages.

SCCT 2093 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI TUGASAN KUMPULAN I ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL PENSYARAH DR. SUHAINI BINTI MUDA AHLI KUMPULAN MUHAMAD AMIRUL JOHARI 241126 NUR ALIA NADHIRA BINTI RADZUAN 239583 YEE CHAT YIN NURUL AISHAH GHAZALI
1.0 PENGENALAN Menurut Tata Etika penggunaan media sosial dari Kementerian Kesihatan Malaysia, (2016), definisi media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan elemen-elemen multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio. Pada globalisasi ini, perkembangan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) memainkan peranan yang amat penting terhadap kehidupan manusia atau masyarakat. Selain itu, teknologi yang canggih juga dapat meningkatkan komunikasi antara manusia secara berkesan. Walau bagaimanapun, ia juga memberikan kesan yang menjejas keamanan kehidupan. Hal ini kerana, laman sosial yang luas dan bebas amat susah dikawalkan. Menurut Ika Destiana, Ali Salman, dan Mohd. Helmi Abd. Rahim (2013), tidak dapat dinafikan satu fenomena komunikasi di dunia Internet yang semakin popular pada ketika ini ialah media sosial, contohnya Facebook, Twitter, Instagram, Path, dan Google semakin digunakan secara universal dan meluas. Dengan ini, kebanyakkan pengguna internet ialah kalangan remaja. Dalam hal ini, pemikiran remaja masih belum cukup matang dan memerlukan kawalan daripada penjaga atau ibu bapa. Jika tingkat laku remaja di sosial media tidak dikawal, kes-kes keruntuhan akhlak, penyebarkan fitnah, dan berita palsu, agresif dan sebagainya akan berlaku. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penyalahgunaan media sosial yang sering berlaku di Malaysia dan memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya dapat mengelakkan penyalahgunaan kemudahan media sosial ini. Dalam kajian ini akan membincangkan penyalahgunaan media sosial yang sering berlaku di Malaysia dan aspek-aspek yang mendorong iannya dilakukan dan berkembang. Selaian itu, kertas kerja ini juga akan menbincang dari aspek keperluan undang-undang komunikasi dan peranan pelbagai pihak bagi menangani masalah ini. 2.0 ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL 2.1 KES PENGHINAAN RAJA, SULTAN DAN AGONG Analisis Penyalahgunaan Media Sosial (Penghinaan Raja, Sultan dan Agong) Analisis penyalahgunaan media sosial yang dikenalpasti sepanjang dua tahun pada 2016 sehingga 2017 ini merangkumi isu penyalahgunaan media sosial yang membabitkan isu mengenai penghinaan terhadap Raja, Sultan, serta penghinaan terhadap Agong. Isu ini dilihat
semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal disebabkan oleh penggunaan media sosial yang bebas dan tidak berbayar. Kes 1: Menghina Yang di-Pertuan Agong Laporan media yang telah dikumpul bermula dari tahun 2016 iaitu pada tarikh 13 Disember 2016 di dalam Sinar Harian telah mendapati berlakunya isu penghinaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja oleh segelintir masyarakat negara Myanmar dan perkara ini dibanteras

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture