kupdf.com_kesan-buruk-pelaksanaan-gst.pdf

kupdf.com_kesan-buruk-pelaksanaan-gst.pdf - KESAN BURUK...

Info icon This preview shows pages 1–2. Sign up to view the full content.

KESAN BURUK PELAKSANAAN GST Tiga masalah pelaksanaan GST di Malaysia Oleh Mohd Iqbal Abdul Wahab IBNU KHALDUN dalam Mukaddimah telah menyebut berkenaan dengan pengenalan cukai terhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan dalam negara. Dengan mengaitkan pernyataan ini, sesungguhnya terdapat persamaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lumrahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini. Usaha kerajaan untuk memperkenalkan Good and Service Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara dengan lebih teratur dan efektif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens, seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST pada 1954. Sehingga kini, sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST. Selain itu, semua negara di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada 1994. Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang? Menjawab persoalan ini, terdapat tiga penyataan masalah yang harus diteliti. Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti. Ketiga-tiga masalah ini harus diperhalusi dalam usaha untuk mengimplimentasi GST secara menyeluruh, malah kajian terperinci harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif. Merujuk kepada masalah pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan bahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan kerana negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang besar. Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara membangun adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor tidak formal yang besar. Bagi masalah kedua pula, menyentuh mengenai masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan. Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif dan membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.
Image of page 1

Info icon This preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

Image of page 2
This is the end of the preview. Sign up to access the rest of the document.
  • Spring '14

{[ snackBarMessage ]}

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern