BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi.pdf - BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMI MIKROEKONOMI I Munzarina Ahmad Samidi Norehan Abdullah Jamal Ali Zalina Mohd Mohaideen

BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi.pdf - BBEK1103 PRINSIP...

This preview shows page 1 out of 313 pages.

Unformatted text preview: BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMI/ MIKROEKONOMI I Munzarina Ahmad Samidi Norehan Abdullah Jamal Ali Zalina Mohd Mohaideen Copyright © Open University Malaysia (OUM) Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil Assoc Prof Dr Wardah Mohamad Open University Malaysia Penulis Modul: Munzarina Ahmad Samidi Norehan Abdullah Jamal Ali Zalina Mohd Mohaideen Universiti Utara Malaysia Moderator: Wan Azman Saini Wan Ngah Universiti Putra Malaysia Lilian Kek Siew Yick Open University Malaysia Penterjemah: Assoc Prof Dr Ahmad Zafarullah Abdul Jalil Universiti Utara Malaysia Dibangunkan oleh: Centre for Instructional Design and Technology Open University Malaysia Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Edisi Pertama, Disember 2013 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2013, BBEK1103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Copyright © Open University Malaysia (OUM) Isi Kandungan Panduan Kursus xi-xvi Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi 1.1 Skop dan Kaedah Ilmu Ekonomi 1.1.1 Kaedah Ekonomi 1.1.2 Mikroekonomi dan Makroekonomi 1.2 Kekurangan, Pilihan dan Kos Melepas 1.2.1 Masalah Kekurangan 1.2.2 Pilihan dan Kos Melepas 1.3 Had Pengeluaran 1.3.1 Jadual Kemungkinan Pengeluaran 1.3.2 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) 1.4 Persoalan Asas Ekonomi dan Sistem Ekonomi 1.4.1 Persoalan Asas Ekonomi 1.4.2 Sistem Ekonomi 1.5 Aliran Pusingan Pendapatan dan Perbelanjaan Rumusan Kata Kunci 1 2 2 4 5 5 6 8 8 10 14 15 16 20 26 27 Topik 2 Permintaan dan Penawaran 2.1 Permintaan 2.1.1 Hukum Permintaan 2.1.2 Permintaan dan Kuantiti Diminta 2.1.3 Penentu Permintaan 2.1.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran 2.2 Penawaran 2.2.1 Hukum Penawaran 2.2.2 Penawaran dan Kuantiti Ditawarkan 2.2.3 Penentu Penawaran 2.2.4 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran Rumusan Kata Kunci 28 29 30 31 32 38 39 40 42 43 46 47 48 Topik 3 Keseimbangan Pasaran 3.1 Keseimbangan Pasaran 3.1.1 Keseimbangan, Lebihan dan Berkurang 3.1.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran 3.2 Pasaran dalam Bentuk Persamaan 49 50 51 53 57 Copyright © Open University Malaysia (OUM) iv Topik 4 ISI KANDUNGAN 3.2.1 Fungsi Permintaan 3.2.2 Fungsi Penawaran 3.2.3 Keseimbangan Pasaran 3.3 Keanjalan dan Sensitiviti 3.4 Keanjalan Permintaan Harga 3.4.1 Pengiraan Keanjalan Permintaan Harga 3.4.2 Tahap Keanjalan 3.4.3 Keanjalan Permintaan Harga dan Jumlah Perbelanjaan/Pendapatan 3.4.4 Keanjalan Keluk Permintaan Bergaris Lurus 3.4.5 Penentu Keanjalan Permintaan 3.5 Keanjalan Permintaan Silang 3.5.1 Pengiraan Keanjalan Silang 3.5.2 Penggunaan Keanjalan Silang 3.6 Keanjalan Permintaan Pendapatan 3.6.1 Pengiraan Keanjalan Pendapatan 3.6.2 Kegunaan Keanjalan Pendapatan 3.7 Keanjalan Penawaran 3.7.1 Penentu Keanjalan Penawaran 3.8 Aplikasi Konsep Keanjalan 3.8.1 Beban Cukai 3.8.2 Manfaat Subsidi Rumusan Kata kunci 70 74 76 78 79 80 81 81 82 83 85 87 88 91 94 95 Analisis Utiliti 4.1 Pilihan dan Teori Utiliti 4.2 Teori Utiliti Kardinal 4.2.1 Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut 4.2.2 Hukum Utiliti Sut Berkurangan 4.2.3 Keseimbangan Pengguna 4.3 Teori Utiliti Ordinal 4.3.1 Pilihan dan Keutamaan 4.3.2 Keluk Puas Sama 4.3.3 Garis Belanjawan 4.3.4 Keseimbangan Pengguna 4.3.5 Kesan Penggantian dan Kesan Pendapatan Rumusan Kata Kunci 96 97 97 98 100 101 106 106 107 113 116 123 129 130 Copyright © Open University Malaysia (OUM) 57 58 60 63 64 65 69 ISI KANDUNGAN Topik 5 Topik 6 Topik 7 Teori Pengeluaran 5.1 Proses Pengeluaran 5.1.1 Firma, Loji dan Industri 5.1.2 Input dan Output 5.1.3 Jangka Masa Panjang dan Jangka Masa Pendek 5.2 Pengeluaran Jangka Masa Pendek 5.2.1 Jumlah Keluaran, Keluaran Purata dan Keluaran Sut 5.2.2 Hukum Pulangan Sut Berkurangan 5.2.3 Tahap Pengeluaran 5.3 Pengeluaran Jangka Masa Panjang 5.3.1 Isokuan 5.3.2 Kadar Penggantian Teknikal Sut Berkurangan 5.3.3 Isokos 5.3.4 Kombinasi Kos Input Minimum 5.3.5 Prinsip Persamaan Marginal 5.3.6 Pulangan Mengikut Skala Rumusan Kata Kunci v 131 132 134 135 137 138 139 142 143 145 146 149 151 153 154 155 156 158 Teori Kos 6.1 Konsep Kos 6.1.1 Kos Ekonomi 6.1.2 Kos Peribadi dan Kos Sosial 6.1.3 Kos Eksplisit dan Kos Implisit 6.2 Kos Pengeluaran Jangka Pendek 6.2.1 Jumlah Kos 6.2.2 Kos Purata 6.2.3 Kos Sut 6.3 Kos Pengeluaran Jangka Panjang 6.3.1 Kos Purata dan Kos Sut Jangka Panjang 6.3.2 Ekonomi Bidangan 6.3.3 Hubungan antara Kos Jangka Pendek dan Kos Jangka Panjang Rumusan Kata Kunci 159 160 160 161 162 163 164 166 166 170 171 172 Pasaran Persaingan Sempurna 7.1 Keuntungan Ekonomi dan Keuntungan Perakaunan 7.2 Ciri-ciri Pasaran Persaingan Sempurna 7.3 Permintaan, Hasil Purata dan Hasil Sut 7.3.1 Keluk Hasil Purata (AR) dan Keluk Hasil Sut (MR) 7.4 Pemaksimuman Keuntungan Jangka Pendek 186 187 189 191 192 193 Copyright © Open University Malaysia (OUM) 176 184 185 vi Topik 8 ISI KANDUNGAN 7.4.1 Pendekatan Jumlah Hasil dan Jumlah Kos 7.4.2 Pendekatan Hasil Sut dan Kos Sut 7.5 Keseimbangan Jangka Pendek Firma 7.5.1 Keuntungan Lebih Normal 7.5.2 Keuntungan Normal 7.5.3 Keuntungan Bawah Normal/Kerugian Ekonomi 7.5.4 Keputusan Penutupan Firma 7.6 Keluk Penawaran Jangka Pendek Firma 7.7 Keluk Penawaran Jangka Pendek Industri 7.7.1 Hubungan antara Keseimbangan Firma dan Keseimbangan Industri dalam Jangka Pendek 7.8 Keseimbangan Jangka Panjang Firma 7.8.1 Penyelarasan Jangka Panjang 7.9 Keseimbangan Jangka Panjang Industri 7.10 Keluk Penawaran Jangka Panjang Industri 7.10.1 Industri Kos Malar 7.10.2 Industri Kos Meningkat 7.10.3 Industri Kos Berkurangan 7.11 Persaingan Sempurna dan Kecekapan Rumusan Kata Kunci 194 195 195 196 198 199 200 202 203 Pasaran Monopoli 8.1 Ciri-ciri Pasaran Monopoli 8.1.1 Tiada Pengganti Hampir 8.1.2 Halangan Kemasukan ke Industri 8.1.3 Firma sebagai Penentu Harga 8.2 Punca Kuasa Monopoli 8.2.1 Kawalan Terhadap Sumber Pengeluaran Tertentu 8.2.2 Ekonomi Bidangan 8.2.3 Halangan Undang-undang 8.3 Permintaan, Hasil Purata dan Hasil Sut 8.3.1 Hubungan antara Keluk Permintaan dan Keluk Jumlah Hasil 8.3.2 Keluk Jumlah Hasil, Keluk Jumlah Kos dan Keuntungan Monopoli 8.3.3 Hubungan antara Keluk Permintaan dan Keluk Hasil Sut 8.3.4 Hasil Sut 8.3.5 Monopoli dan Keluk Penawaran 8.4 Keseimbangan Jangka Pendek Monopoli 8.4.1 Harga dan Output yang Memaksimumkan Keuntungan: Kes Khas 218 219 219 219 220 220 221 221 221 224 Copyright © Open University Malaysia (OUM) 204 206 207 208 209 210 211 213 215 216 217 224 226 227 228 230 232 234 ISI KANDUNGAN 8.5 8.6 8.7 Topik 9 Topik 10 vii Penutupan Firma Monopoli dalam Jangka Pendek Keseimbangan Jangka Panjang Monopoli Diskriminasi Harga 8.7.1 Syarat Berlaku Diskriminasi Harga 8.7.2 Jualan di Pasaran Terpisah 8.7.3 Pemaksimuman Keuntungan: Harga dan Output Keseimbangan Monopoli yang Mengamalkan Diskriminasi Harga 8.7.4 Tahap Diskriminasi Harga 8.8 Kos Sosial Monopoli 8.8.1 Monopoli Semula Jadi 8.8.2 Kawalan dan Monopoli Semula Jadi Rumusan Kata Kunci 235 236 238 239 240 Pasaran Persaingan Monopoli 9.1 Ciri-ciri Pasaran Persaingan Monopoli 9.1.1 Bilangan Penjual yang Besar 9.1.2 Kebebasan untuk Keluar atau Memasuki Pasaran 9.1.3 Barangan yang Boleh Dibezakan 9.2 Permintaan, Hasil Purata dan Hasil Sut 9.2.1 Barangan yang Boleh Dibezakan dan Keanjalan Permintaan 9.3 Keseimbangan Jangka Pendek Firma 9.3.1 Firma Persaingan Monopoli dan Keuntungan Bawah Normal Jangka Pendek 9.4 Keseimbangan Jangka Panjang 9.5 Kos Sosial Pasaran Persaingan Monopoli 9.5.1 Persaingan Monopoli dan Kebajikan Pengguna Rumusan Kata Kunci 252 253 253 253 253 254 Pasaran Oligopoli 10.1 Ciri-Ciri Pasaran Oligopoli 10.1.1 Bilangan Firma yang Kecil 10.1.2 Barangan Homogen dan Barangan yang Boleh Dibezakan 10.1.3 Halangan Kemasukan 10.2 Keseimbangan Pasaran Oligopoli Copyright © Open University Malaysia (OUM) 241 242 246 247 248 250 251 255 256 257 258 261 262 263 264 265 266 266 267 267 268 viii ISI KANDUNGAN 10.3 Model Oligopoli 10.3.1 Model Cournot 10.3.2 Model Sweezy Rumusan Kata Kunci 269 269 273 275 276 Jawapan Rujukan 277 297 Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS Copyright © Open University Malaysia (OUM) Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi/Mikroekonomi I ialah kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diikuti selama 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini adalah kursus teras kepada semua pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Pengurusan, Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Copyright © Open University Malaysia (OUM) xii PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal 3 Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 OBJEKTIF KURSUS Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan isu ekonomi dengan tepat dan sistematik; 2. Menerangkan bagaimana pengguna dan firma membuat keputusan untuk memaksimumkan kehendak yang tidak terhad dengan sumber yang terhad; 3. Membina dan mengkaji keseimbangan pasaran untuk keluk penawaran dan permintaan barangan dan perkhidmatan; 4. Mengira keanjalan harga dan menyatukan jawapan dalam terma ekonomi; 5. Mengaplikasikan teori utiliti dan teori pemaksimuman keuntungan dalam pembuatan keputusan individu dan firma; dan 6. Membezakan dan menilai ciri-ciri dan fungsi setiap jenis struktur pasaran. SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan ekonomi dan kos melepas diperkenalkan. Selain itu, topik ini juga akan membincangkan masalah dan isu utama yang cuba diselesaikan oleh bidang ekonomi. Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS xiii Topik 2 menyediakan asas kepada anda untuk memahami ekonomi pasaran. Hampir kesemua isu ekonomi boleh dijelaskan dengan menggunakan konsep permintaan dan penawaran. Topik 3 adalah sambungan kepada konsep permintaan dan penawaran. Permintaan dan penawaran atau mekanisme harga akan menentukan bagaimana sumber, barangan dan perkhidmatan diagihkan. Perbincangan utama akan mengaitkan permintaan, penawaran, penentu mereka dan keseimbangan pasaran. Dalam konteks ini, hubungan antara permintaan, penawaran dan tahap harga serta lain-lain pemboleh ubah akan dibincangkan dengan mendalam untuk memahami gelagat pasaran. Hubungan ini dijelaskan melalui konsep keanjalan. Pemahaman konsep keanjalan adalah penting kepada pengguna, pengeluar dan kerajaan dalam proses pembuatan keputusan. Konsep keanjalan merangkumi keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan pendapatan, keanjalan permintaan silang dan keanjalan penawaran. Topik 4 membincangkan kepuasan dan utiliti sebagai motif kepada pengguna. Walaupun kepuasan adalah sesuatu yang abstrak atau subjektif, nilai dalam bentuk angka digunakan untuk membezakan jumlah utiliti dengan utiliti sut. Apabila konsep utiliti sut digabungkan dengan kekangan belanjawan, ini akan menghasilkan keseimbangan pengguna. Melalui keseimbangan ini, kita akan memperoleh hukum permintaan, keluk permintaan dan konsep penggantian penggunaan. Subtopik yang seterusnya membincangkan gelagat pengguna tanpa memberi nilai dalam bentuk angka kepada kepuasan. Kepuasan diukur berdasarkan pemeringkatan kombinasi penggunaan. Kombinasi yang menghasilkan tahap kepuasan yang sama digabungkan dengan keluk puas sama. Keseimbangan pengguna dicapai apabila tahap kepuasan tertinggi dicapai dengan belanjawan yang tertentu. Di sini, kita boleh lihat yang syarat keseimbangan pengguna dalam konsep keseimbangan kepuasan adalah sama dengan syarat dalam konsep utiliti sut. Perbincangan juga ditumpukan kepada bagaimana barangan dikategorikan mengikut pendapatan melalui keluk pendapatan penggunaan dan keluk Engel. Keluk permintaan juga dihasilkan daripada keluk harga penggunaan. Perubahan keseimbangan pengguna yang terhasil dari perubahan harga berlaku disebabkan oleh kesan penggantian dan kesan pendapatan. Topik 5 memperkenalkan pelajar kepada gelagat pengeluar. Perbincangan dimulakan dengan konsep yang berkaitan dengan proses pengeluaran seperti input dan output, firma, loji dan industri, dan tempoh masa pengeluaran. Seterusnya, pengeluaran jangka pendek dengan input tetap dan input berubah akan dibincangkan bersama-sama dengan konsep yang berkaitan dengan pulangan sut berkurangan dan tahap pengeluaran. Subtopik terakhir mengkaji Copyright © Open University Malaysia (OUM) xiv PANDUAN KURSUS pengeluaran jangka panjang yang melibatkan penggunaan dua input berubah. Keputusan pengeluaran pada jangka panjang dibuat berdasarkan kepada konsep isokos dan isokuan. Topik 6 membincangkan konsep yang berkaitan secara langsung dengan proses pengeluaran yang membentuk teori kos. Konsep kos ekonomi adalah konsep asas dalam perbincangan tentang kos keseluruhan. Ini diikuti dengan perbincangan tentang konsep kos jangka pendek. Kos jangka panjang akan ditanggung apabila tempoh masa pengeluaran berubah dan menjadi jangka panjang dan seterusnya menghasilkan hubungan antara kos jangka pendek dan kos jangka panjang. Konsep ekonomi bidangan dibincangkan pada subtopik yang terakhir. Topik 7 memperkatakan tentang struktur asas pasaran dalam ekonomi pasaran bebas iaitu pasaran persaingan sempurna. Di sini, kita akan melihat bagaimana firma membuat keputusan tentang harga dan output untuk memaksimumkan keuntungan. Perbincangan dimulakan dengan memperkenalkan ciri-ciri pasaran persaingan sempurna diikuti dengan cara untuk memaksimumkan keuntungan. Seterusnya, perbincangan akan menekankan kepada keseimbangan firma dan pasaran pada jangka pendek. Akhirnya, kita akan membincangkan bagaimana firma dan industri mencapai keseimbangan jangka panjang. Topik 8 menerangkan tentang struktur pasaran yang bercanggah dengan pasaran persaingan sempurna iaitu pasaran monopoli yang terdiri daripada hanya seorang penjual. Perbincangan akan mengetengahkan faktor yang menyumbang kepada kemunculan pasaran monopoli serta ciri-ciri utama pasaran monopoli. Kemudian, pemaksimuman keuntungan jangka pendek dan jangka panjang monopoli akan dibincangkan. Akhir sekali, konsep dan teori diskriminasi harga akan dijelaskan. Topik 9 membincangkan persaingan monopoli iaitu pasaran yang mempunyai ciri-ciri pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli. Perbincangan dimulakan dengan menerangkan ciri-ciri pasaran dan perbezaan pasaran ini dengan pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli. Seterusnya, keseimbangan struktur pasaran jangka pendek dan jangka panjang dianalisis. Topik 10 menerangkan tentang struktur pasaran yang lebih biasa iaitu pasaran oligopoli. Dalam pasaran oligopoli, terdapat beberapa model bergantung kepada bentuk persaingan dan saling kebergantungan dalam kalangan firma di pasaran. Perbincangan tertumpu kepada dua model utama iaitu Model Cournot dan Model Sweezy. Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS xv PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan Copyright © Open University Malaysia (OUM) xvi PANDUAN KURSUS dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada sebarang keperluan prasyarat untuk mengikuti kursus ini. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myVLE. RUJUKAN Case, K. E., & Fair, R. C. (2007). Principles of economics (8th ed.). New Jersey: Prentice Hall. Buku rujukan lain yang dicadangkan adalah: Mankiw, N. G. (2007). Principles of economics. Fort Worth, TX: Dryden Press. McEachern, W. A., (2006). Economics: A contemporary introduction (7th ed.). Mason, OH: South-Western College. Sloman, J., & Sutcliffe, M. (2006). Economics (6th ed.). Hertfordshire: Harvester Wheatsheaf. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sum...
View Full Document

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture