NOTAKURSUSMTA2033(3).docx - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...

This preview shows page 1 out of 16 pages.

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 16 pages?

Unformatted text preview: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA Tel : 03-8884 5154 Faks : 03-8884 5047 Laman Web NOTA KURSUS 3 SEMESTER JABATAN PROGRAM SEMESTER 2 SVM TEKNOLOGI AUTOMATIF / SVM MTA 2033 CHASIS II KOMPETENSI 01. WHEEL ALIGNMENT II KOMPETENSI PEMBELAJARAN NO KOD NO KOD JPK 2017/2018 JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN KOD/KURSUS KOMPETENSI UNIT SESI 1. Inspect tyres and rims condition 2. Perform vehicle wheel balancing 3. Alignment process Trainee must be able to: ● Inspect tyres and rims condition ● Vehicle wheel balancing ● Perform alignment process MTA 2033/K 01/NK 03-03 EDISI 2/MEI 2017 TP-300-3:2016-C07 TAJUK : PENJAJARAN RODA MUKA : 01 DARIPADA 15 MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 2 drp : 16 TUJUAN: Helaian ini disediakan dengan tujuan menerangkan kepada pelatih mengenai perkara berkaitan dengan penjajaran roda dan prosedurnya. 1.0 PENGENALAN Penjajaran roda adalah merupakan langkah memeriksa dan melaras sudut-sudut geometri stereng mengikut spesifikasi sesebuah kenderaan. Dengan pelarasan yang betul sistem stereng dan gantungan akan beroperasi dengan baik dan kenderaan dapat dikawal dengan mudah, disamping kehausan tayar dapat diminimumkan. 2.0 FUNGSI SISTEM STERENG. Sistem stereng berfungsi mengawal kedudukan roda kenderaan semasa memandu. Secara khusus sistem stereng berperanan: 1. 2. 3. Mendapat pengawalan stereng yang baik Meminumkan kehausan tayar dan kehausan tayar seimbang. Membolehkan roda balik kedudukan lurus selepas membelok. 3.0 GEOMETRI STERENG Geometri stereng adalah sudut-sudut penjajaran roda. Ia terdiri dari sudut kaster, camber, toe-in dan toe-out. Sudut-sudut geometri stereng ini perlu dilaras mengikut speksifikasi seperti yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan supaya sistem stereng dan gantungan dapat beroperasi dengan baik. 3.1. Kaster Kaster ialah kecondongan king pin pada roda hadapan dipandang dari sisi. a) b) Kaster positif ialah paksi condong kebelakang. Kaster negative ialah paksi condong kehadapan. c) d) Kaster positif dan negatif membolehkan roda bergerak lurus kehadapan. Pelarasan sudut kaster yang tidak menurut spesifikasi menyebabkan stereng sukar dikawal. MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 3 drp : 16 Fungsi sudut kaster : a) Untuk membolehkan roda hadapan balik dengan sendiri setelah b) membelok. Untuk memudah atau menstabil stereng. 3.2. Kamber Kamber ialah sudut yang dihasilkan oleh bahagian tengah tayar dengan garisan tegak tepat roda. Sudut ini dipandang dari hadapan kenderaan. a) Kamber positif ialah kedudukan bahagian atas roda condong keluar dibahagian atas. b) Kamber negatif ialah kedudukan bahagian atas roda condong masuk di bahagian atas. c) Kamber positif dan negatif mempengaruhi kadar kehausan tayar. Fungsi kamber : a. Untuk meringankan stereng roda. b. Untuk membolehkan roda kenderaan tegak di atas jalan semasa ada beban di dalam kenderaan. NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 4 drp : 16 3.3. KING PIN INCLINATION Gambarajah king pin ditunjukkan pada gambarajah 27 dibawah. Garis tengah king pin bertanda (a). Garis tegak lurus merentasi kedudukan tetengah king pin bertanda (b). Sudut diantara garisan tengah king pin dengan garisan tegak lurus dikenali sebagai king pin inclination (Kecondongan king pin). Selepas sesebuah kenderaan mengambil selekuh, roda akan terarah kehadapan. Kecondongan king pin membantu dalam memastikan arah roda terarah kehadapan. Hasil dari kecondongan ini membantu dalam menstabilkan stereng. King pin inclination juga berfungsi walaupun semasa kenderaan tidak bergerak dan stereng dipulas. Ia akan memastikan stereng mesti boleh dipusing dengan mudah. Ia juga membantu dalam mengurangkan berlakunya kehausan tayar yang berlebih-lebihan. 3.4. Toe in dan toe out. Toe-in dan toe-out ialah sudut yang dihasilkan oleh bahagian tengah tayar dengan garisan tegak tepat roda. Sudut ini dipandang dari atas kenderaan. NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 5 drp : 16 1. toe-in ( + ) ialah jarak bahagian hadapan lebih kecil dari belakang yang dipandang 2. dari atas. toe-out ( - )ialah jarak bahagian hadapan lebih besar dari belakang yang dipandang dari atas. Fungsi toe-in dan toe out : a) b) c) Membolehkan tayar hadapan dalam keadaan lupus semasa bergerak. Mengurangkan kehausan tayar. Menyeragamkan kehausan tayar. 3.5 Toe-out semasa membelok. a) Toe-in semasa membelok merujuk kepada perbezaan sudut yang terjadi pada roda hadapan semasa kenderaan membelok. b) Apabila roda hadapan membelok, roda hadapan cébela dalam akan membuat sudut 23˚ dengan kerangka kenderaan.roda hadapan cébela luar pula membelok cuma 20˚. Ini membolehkan roda hadapan sebelah dalam membuat jejari lebih kecil daripada roda hadapan sebelah luar. Fungsi toe-out semasa membelok. a) Toe-out semasa membelok membolehkan kedua dua roda hadapan membuat belokan pada kelajuan yang berbeza dan pada garisan pusat yang berbeza. Ini akan mengurangkan seretan roda hadapan dengan permukaan jalan serta mengurangkan kehausan tayar. MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 6 drp : 16 4. PEMERIKSAAN SISTEM GANTUNGAN ( SUSPENSION SYSTEM CHECK ) 4.1 Pemeriksaan Penyerap Hentak 4.1.1 Ujian Lantunan ( Bounce Check ) a. Tekan pada satu sudut di badan kenderaan b. Lepaskan dan perhatikan jumlah lantunan badan kenderaan. c. Jika lantunan melebihi daripada dua kali, tukar penyerap hentak. MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 7 drp : 16 4.1.2 Pemeriksaan Visual ( Visual Check ) Perhatikan samada penyerap hentak mempunyai tanda-tanda bocor seperti basah dan berminyak 4.2 Pemeriksaan Sendi Bebola ( Ball Joint ) a. Pemeriksaan terhadap sendi bebola dilakukan dengan mengoyangkan bahagian atas dan bawah roda secara serentak. Perhatikan jika ada pergerakan bebas berlaku. Pemeriksaan dilakukan dengan menyangga kenderaan pada bahagian yang sesuai seperti dalam gambarajah di bawah : NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 8 drp : 16 b. Anak panah menunjukkan tempat di mana sangga keselamatan perlu diletakkan. 4.3 Pemeriksaan Rod Runut ( Tie Rod ) a. Gerakkan roda ke kiri dan ke kanan dan pastikan tiada gerak bebas ( free play ) MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 9 drp : 16 5. PROSEDUR UKURAN KETINGGIAN KENDERAAN (VEHICLE HEIGHT) Sebelum sesuatu pelarasan dibuat dalam penjajaran roda terhadap sesebuah kenderaan, tentukan dahulu batas ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ) mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ) hendaklah diperiksa pada permukaan yang rata ( disyorkan pada lantai penjajaran roda seperti scisorr lift dan four post ramp) dan tayar mestilah saiz yang sama dengan tekanan tayar mengikut spesikasi. Ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ) hendaklah diperiksa dengan tangki bahanapi yang penuh tanpa beban penumpang dan barang. Ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ) tidak boleh dilaras. Jika ukuran yang didapati tidak mengikut spesifikasi, periksa kenderaan untuk mengenalpasti komponen yang rosak atau yang sudah lusuh. Komponen yang mungkin rosak atau lusuh adalah seperti spring gelung atau penyerap hentak. Sebelum memulakan pengukuran ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ), lakukan proses menekan bahagian tengah bumper depan dan belakang kenderaan berulang kali dalam jumlah yang sama. Ketinggian kenderaan ( vehicle height measurement ) pada bahagian hadapan kenderaan Ketinggian kenderaan ( vehicle height measurement ) pada bahagian belakang kenderaan NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 10 drp : 16 6. PROSEDUR PEMERIKSAAN PEMASANGAN TAYAR Pada amnya roda sepatutnya dipasang dan diikat semasa sejuk untuk mengelakkan berlakunya daya pengembangan dan pengecutan pada komponen seperti stud dan rim.Juga pastikan juga gelendung brek dipasang dengan betul kerana ini akan mempengaruhi kekemasan pemasangan roda. 6.1 Pelinciran Titiskan pelincir ( minyak enjin ) pada benang stud dan beberapa titis pada nat roda. Elakkan daripada mengecat roda sebelum pemasangan kerana ini juga akan mempengaruhi kekemasan pemasangan roda ke hub. Pasangkan tayar ke hub dengan berhati-hati tanpa merosakkan benang stud. Benang stud haus Benang stud haus Pasang dan putar nat roda dengan tangan dan ikat nat roda dengan perengkuh daya kilas ( Torque wrench ). Perengkuh daya kilas mestilah dalam keadaan yang baik dan sentiasa di selaraskan ( calibrate ). Elakkan dari menggunakan perengkuh kuasa ( air wrench ) kerana ini akan mengakibatkan ikatan yang tidak mengikut spesifikasi daripada pengeluar dan boleh merosakkan stud. Gunakan soket yang sesuai mengikut saiz dan kedalamannya. Fasa mengetatkan nat roda mestilah dilakukan semasa kenderaan diturunkan sepenuhnya ke lanta agar roda dapat diapit dengan daya yang betul. Ketatkan nat roda mengikut aturan ( sequence ) yang betul bagi memastikan permukaan roda dirapatkan dengan rata ke hub. MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Aturan mengikat nat roda 7. PROSEDUR PENJAJARAN RODA 7.1 Pelarasan Toe In / Toe out Peralatan : i. Mesin penjajaran roda ii. Spanar saiz 12, 17. Muka : 11 drp : 16 MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 12 drp : 16 Mesin Penjajaran roda Langkah kerja : i. Letakkan kenderaan di atas scissor lift atau di atas lubang penjajaran roda dengan berhati-hati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan supaya tidak terjatuh semasa proses ini. ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda. iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat dalam ‘menu’ mesin. iv. Hidupkan enjin kenderaan dan pusingkan stering beberapa kali seterusnya letakkan sangga pada stering supaya stering berada pada ‘center position’. v. Dengan menggunakan spanar saiz 12 dan 17 laraskan sudut toe mengikut pada paparan di skrin komputer. vi. Laraskan sudut toe sehingga +0˚00’. vii. Tidak perlu ketatkan nat pelaras dahulu, hidupkan enjin dan pusingkan stering beberapa kali dan letakkan kembali pada ‘center position’. Ini untuk mendapatkan hasil penjajaran yang baik. viii. Laraskan semula sudut toe +0˚00’ dan ketatkan nat pelaras. ix. Tanggalkan peralatan (sensor) pada semua roda. x. Tanggalkan sangga pada stering. 7.2 Pelarasan Kamber Peralatan : i. ii. iii. iv. v. Jek. ‘Air gun’. Soket saiz 17. Spanar saiz 17. Tolok kamber ( Camber Gauge ) . MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 13 drp : 16 Tolok Kamber Langkah kerja : i. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda. ii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat dalam ‘menu’ mesin. iii. Lihat pada paparan skrin sudut ‘camber’. Pastikan sudut kamber yang dipaparkan pada skrin mengikut spesifikasi pengeluar. Jika sudut kamber tidak tepat, lakukan proses berikut. Paparan skrin iv. Tulis sudut ‘camber’ itu tadi pada sekeping kertas. v. Tanggalkan mesin pada roda hadapan sebelah kiri dan jek kenderaan. vi. Buka roda dan letakkan timbang air ‘camber’ pada piring cakera. MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 14 drp : 16 Kedudukan tolok kamber vii. Buka dan tanggalkan nat ‘camber’ yang lama dan gantikan yang baru. Bolt dan nat kamber viii. Berdasarkan sudut ‘camber’ yang ditulis tadi, laraskan sudut ‘camber’ dengan ix. x. xi. xii. menggunakan timbang air ‘camber’. Ketatkan nat ‘camber’ itu. Pasang roda dan peralatan (sensor) semula. Penjajaran roda mesti dilakukan semula. Selepas siap penjajaran roda tanggalkan semua peralatan dan sensor mesin penjajaran roda. xiii. Jalankan ‘road test’. 8. Wheel Alignment Job Order MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD Muka : 15 drp : 16 Contoh Job Order Bagi Penjajaran Roda SOALAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan penjajaran roda? ……………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………….. MTA 2033/K 01/NK 03-03 NO. KOD 2. Muka : 16 drp : 16 Bolehkah ketinggian kenderaan ( vehicle height ) dilaras? YA TIDAK 3. Labelkan dengan nombor aturan yang betul bagi mengetatkan nat roda. 4. Namakan alat yang digunakan untuk menguji sudut kamber dalam penjajaran roda. ……………………………………………………… RUJUKAN : 1. 2. Security Guide 3. System 4. Teknologi Automotif – Bahaman Rajuli 5. MOTOR AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – Anthony E.Schwaller ISBN O-82738354-1 ...
View Full Document

  • Spring '18

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern