ULASAN JURNAL-MARNORMAN MAMAT.docx - Faculty of Business Management BM 244 \u2013 Bachelor of Business Administration(Hons Operations Management CTU 555

ULASAN JURNAL-MARNORMAN MAMAT.docx - Faculty of Business...

This preview shows page 1 - 4 out of 7 pages.

Faculty of Business & Management BM 244 – Bachelor of Business Administration (Hons) Operations Management CTU 555 – MALAYSIAN HISTORY Ulasan buku: Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam Dari Sudut Perlembagaan. Nama : Marnorman Mamat Kumpulan : NBO9A No Pelajar : 2016836774
Image of page 1
PENGENALAN Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Sebelum Perang Dunia Kedua, walaupun berada dalam penjajahan British, sultan-sultan merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki kuasa penuh di dalam negeri masingmasing. Namun pada masa yang sama, dalam beberapa perjanjian dengan British, sultan perlu untuk menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau Penasihat British kecuali yang menyentuh tentang agama Islam (Abdul Monir Yaacob 1996). Keadaan demikian berlanjutan sehinggalah apabila diperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946 di mana Sultan hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam sahaja dan kuasa pentadbiran negeri dipegang oleh Gabenor. Akibat dari penentangan oleh orang Melayu, Perlembagaan Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Menerusi perlembagaan baru ini, hak-hak sultan telah dikembalikan semula kepada mereka. Mereka diberi hak untuk mengambil tahu hal-hal berkenaan dengan pembuatan undang- undang. Kedudukan Institusi Beraja ini kemudian diperkukuhkan lagi dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 menerusi konsep Raja Berperlembagaan. Institusi Beraja ini termasuk dalam apa yang dinyatakan oleh Mohd Salleh Abas (1985) sebagai unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan dan merupakan sebahagian daripada kontrak sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Unsur–unsur tradisi ini merangkumi agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan institusi beraja. Faridah (2007) menganggap unsur tradisi ini sering kali menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai etnik dan mengalami pasang surut dalam situasi tertentu seperti pilihan raya. Perbahasan dalam kalangan rakyat terhadap institusi beraja seperti campur tangan dalam politik, bidang kuasa menurut perlembagaan, konsep raja berperlembagaan dan ketua agama Islam telah menimbulkan suasana yang kurang selesa dalam kalangan rakyat (Ibrahim Ismail 2003).
Image of page 2
ULASAN Institusi Raja-Raja Melayu mempunyai peranan pentingnya dalam pelembangan sehingga termetrai di dalam pelembagaan kedudukannya. Raja-Raja Melayu adalah ketua agama bagi setiap negeri yang di perintahnya. Manakala, yang di pertuan agong juga di letakan sebagai ketua bagi agama islam. Sebarang isu-isu berkaitan dengan urusan keagamaan islam maka ianya melibatkan institusi Raja-Raja Melayu. Beberapa perkara yang memperlihat kedudukan Raja-Raja melayu sebagai
Image of page 3
Image of page 4

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture