Bangunan Sultan Abdul Samad.docx - Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur

Bangunan Sultan Abdul Samad.docx - Bangunan Sultan Abdul...

This preview shows page 1 - 3 out of 7 pages.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara , Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645. Isi kandungan 1 Nama asal 2 Lokasi 3 Perasmian bangunan 4 Tujuan pembinaan 5 Sejarah pembinaan o 5.1 Pelan Bangunan o 5.2 Tampak Bangunan 6 Seni reka bentuk 7 Ubah suai 1978 8 Lokasi acara penting 9 Masalah banjir 10 Rujukan 11 Nota kaki 12 Lihat juga 13 Pautan luar Nama asal [ sunting | sunting sumber ] Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan ( New Government Offices ). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan ( Federal Secretariat ). Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam . Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga sekarang. Lokasi [ sunting | sunting sumber ] Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor . Ia terletak di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur , Malaysia . Jalan Raja dahulunya Gombak Road. Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak . Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur , Stesen Kereta Api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur , menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.
Image of page 1
Perasmian bangunan [ sunting | sunting sumber ] Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat , Sir Charles Bullen Hugh Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897. Tujuan pembinaan [ sunting | sunting sumber ] Pentadbiran British di Selangor memerlukan Ibu Pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur . Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .
Image of page 2
Image of page 3

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture