Sains Rumah Tangga Tingkatan 4.pdf - KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH Penulis Siti Zarina binti Azirun Nasihah binti Bani Editor Siti Hanim binti

Sains Rumah Tangga Tingkatan 4.pdf - KURIKULUM STANDARD...

This preview shows page 1 out of 272 pages.

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 272 pages?

Unformatted text preview: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH Penulis Siti Zarina binti Azirun Nasihah binti Bani Editor Siti Hanim binti Yunus Farah Sheiakha binti Abd. Wahid Badrol bin Awang Pereka Bentuk Mahadzir bin Adun Hasnah Mohamed Rahimah binti Badulu Syuhada binti Rosli Ilustrator Ali Seteria Has Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2016 PENGHARGAAN No Siri Buku : 0108 ISBN 978-967-61-2758-7 Cetakan Pertama 2016 ©Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 Penulis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menyempurnakan penerbitan buku ini. Penghargaan ini ditujukan kepada: Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • SMK Sri Tanjung, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. • Jabatan Pedidikan Sains dan Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. • SMK Jalan Kebun, Seksyen 32, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. • SK Parit Markom, Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. • D Awal Daycare, Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 56100 Kuala Lumpur. Tel: 03–92856577 Faks: 03–92846554/92875763 Laman web: Reka Letak dan Atur Huruf: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Maclees2r Saiz Muka Taip Teks: 11 poin   Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi atau orang perseorangan yang bersama-sama menjayakan penerbitan buku ini. Dicetak oleh: Ultimate Print Sdn. Bhd., Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor. ii Kandungan Penghargaan Kandungan Pendahuluan iii BAB 1 KERJA SEPASUKAN 1 1.1 Organisasi Kerja 2 1.2 Semangat Kerja Sepasukan 9 1.3 Peningkatan Kendiri 22 ii v Rumusan Bab 26 Penilaian Kendiri 27 2 BAB PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN TEMPAT KEDIAMAN 28 2.1 Pengurusan Sumber Keluarga 30 2.2 Pengurusan Sumber Kewangan 39 Keluarga 2.3 Pengurusan Konflik dalam Keluarga 48 2.4 Pengurusan Tempat Kediaman 53 Rumusan Bab 61 Penilaian Kendiri 62 BAB 3 PAKAIAN DAN JAHITAN 64 3.1 Pemilihan Pakaian 66 3.2 Mendraf Pola Rompi atau Blaus 87 3.3 Penyediaan Bahan Jahitan 99 3.4 Penghasilan Blaus atau Rompi 105 Rumusan Bab 143 Penilaian Kendiri 148 iii BAB 4 MAKANAN DAN PEMAKANAN 152 4.1 Keperluan Makanan, 154 Nutrien dan Fungsinya 4.2 Sistem Pencernaan dan Penyerapan Makanan 4.3 Diet Seimbang 4.4 Peruntukan Diet Harian yang 168 176 184 Disarankan dan Indeks Jisim Badan 4.5 Label Makanan 4.6 Perancangan Menu 191 196 Rumusan Bab 207 Penilaian Kendiri 210 BAB 5 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 5.1 Pengenalan Perniagaan 212 214 dan Keusahawanan 5.2 Prosedur Memulakan Perniagaan 221 5.3 Perancangan Perniagaan 228 Rumusan Bab 251 Penilaian Kendiri 254 Glosari Bibliografi Indeks iv 258 261 263 Pendahuluan Buku teks Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 ditulis untuk mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) yang merupakan penjenamaan semula bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Tingkatan 4 dan 5 yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1992 dan disemak semula pada tahun 2002. Kandungan buku teks ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selari dengan program transformasi pendidikan negara yang mempunyai hasrat untuk melahirkan generasi berkemahiran abad ke-21, matlamat pembelajaran Sains Rumah Tangga ini juga adalah untuk menggalakkan murid mendapatkan pengetahuan, memperoleh kemahiran asas dan kemahiran insaniah, menjalani hidup yang efektif dan dapat menceburi kerjaya yang sesuai untuk mencapai kecemerlangan hidup. Buku teks ini mengandungi lima bab utama, iaitu Kerja Sepasukan, Pengurusan Sumber Keluarga dan Tempat Kediaman, Pakaian dan Jahitan, Makanan dan Pemakanan serta Perniagaan dan Keusahawanan. Penulis telah membina setiap unit dengan teliti agar dapat memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap bab didahului dengan halaman rangsangan yang bertujuan untuk menarik minat murid terhadap isi pembelajaran, diikuti dengan kandungan, rumusan dan penilaian kendiri. Selain itu, ikon seperti Tahukah Anda, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Tip, Tip Keselamatan, Nilai Murni, Sudut Aktiviti dan Laman TMK ditulis dan disusun sebagai penyendal antara teks dengan grafik untuk membolehkan murid menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang telah dipelajari. Seterusnya, elemen merentas kurikulum seperti kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, bahasa, sains dan teknologi, keusahawanan, pendidikan kewangan, dan kreativiti dan inovasi turut diselitkan dalam kandungan pembelajaran. KBAT dinyatakan secara eksplisit bagi melahirkan murid yang boleh menguasai kemahiran berfikir dalam setiap disiplin ilmu. Selain aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks ini, guru digalakkan untuk menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyesuaikan bahan dan kandungan aktiviti berdasarkan situasi persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, penulis berharap agar buku teks Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak pendidikan pada peringkat sekolah menengah. Semoga buku teks ini dapat dijadikan asas untuk membantu dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu memberikan sumbangan bermakna ke arah kemajuan negara. v Penerangan Ikon Buku Teks Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang menguji pemahaman dan mengukuhkan konsep yang telah dipelajari oleh murid. Buku Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 ini mempunyai ciri-ciri khas yang istimewa seperti yang berikut. Aktiviti yang perlu dilakukan oleh murid sama ada secara individu atau berkumpulan. (i) Peningkatan Masalah dan Jenayah dalam Keluarga Peningkatan kadar jenayah keluarga seperti suami mencederakan isteri dan pergaduhan suami isteri biasanya berpunca daripada masalah sosial seperti penceraian, kemiskinan dan pengangguran ahli keluarga. (ii) Kurang Masa yang Berkualiti Bersama Keluarga Ramai pasangan suami isteri terpaksa memberikan keutamaan kepada kerjaya sehingga pengurusan rumah tangga dan anak-anak diserahkan kepada pembantu rumah atau pihak lain. Pengabaian tanggungjawab ibu bapa boleh membawa banyak masalah yang akan merumitkan keharmonian keluarga. sudut aktiviti Lakukan aktiviti secara individu. Sediakan folio keluarga anda. Persembahkan folio tersebut dengan menggunakan slaid MS PowerPoint. laman TMK Imbas Saya Layari laman sesawang . utusan.com.my/ rencana/juranggenerasi-kesan-dalamkeluarga-masyarakat-1.65221 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jurang generasi (generation gap). (iii) Jurang Generasi Antara cabaran yang sukar dihadapi oleh ibu bapa ialah mengoptimumkan usaha bagi membaiki jurang generasi. Ibu bapa yang dibesarkan dalam kitaran hidup zaman dahulu tidak sama dengan generasi yang membesar pada zaman ini. Jurang generasi boleh dirapatkan sekiranya ibu bapa dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan situasi dan perkembangan yang berlaku pada masa ini dalam menangani pelbagai masalah anak-anak. PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN TEMPAT KEDIAMAN Institusi keluarga di Malaysia pada alaf baharu ini menghadapi pelbagai perubahan, cabaran, krisis dan dilema. Antara cabaran yang timbul dalam pengurusan sumber keluarga pada masa ini adalah seperti yang berikut: Maklumat atau soalan yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Maklumat tersebut dapat diimbas melalui gajet semasa yang mempunyai aplikasi QR Reader. (iv) Kurang Kemahiran Keibubapaan Tiada jalan mudah untuk membesarkan anak-anak. Bagi ibu bapa yang kurang kemahiran keibubapaan, hubungan yang terjalin dalam kalangan ahli keluarga mungkin akan renggang sejak awal lagi. Kebanyakan ibu bapa seperti ini secara tidak sengaja mengabaikan dan mengetepikan anak-anak mereka, menghukum anak-anak tanpa usul periksa atau tidak menegur kesalahan anak-anak. tahukah anda? Mesej/Maklumat (v) Input Negatif daripada Media Elektronik Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media pembelajaran, globalisasi, ideologi baharu serta revolusi pengetahuan turut memerlukan ibu bapa menguasai kemahiran dan pengetahuan yang baharu bagi memantau dan membendung pengaruh negatif yang diperoleh anak-anak melalui teknologi ini. Setiap ahli keluarga perlu berusaha mengelakkan diri daripada pengaruh buruk yang boleh merosakkan kebahagiaan institusi keluarga. Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi harus ditempuhi dan ditangani dengan sebaik-baiknya demi memelihara kesejahteraan kehidupan berkeluarga. Penyampai Penerima saluran Maklum balas Komunikasi dalam bahasa Inggeris, ialah communication yang berasal daripada perkataan Latin, iaitu communicare. Perkataan Latin tersebut bermaksud to make common, iaitu untuk mewujudkan persamaan. Rajah 1.8 Proses menyampaikan maklumat. Kaedah menyampaikan maklumat adalah seperti yang berikut: Maklumat tambahan yang menarik (i) Komunikasi Lisan tentang tajuk atau subtajuk yang Komunikasi lisan melibatkan dua pihak atau lebih, iaitu penyampai mesej dan penerima maklum balas.oleh Komunikasi ini berlangsung dengan menggunakan suara dan bahasa dipelajari murid. sama ada secara bersemuka ataupun melalui video, telefon, televisyen dan sebagainya. 37 Komunikasi lisan membolehkan penyampai terus mengetahui sama ada penerima memahami atau tidak mesej yang disampaikan. Rajah 1.9 menunjukkan medium komunikasi lisan. Perbincangan vi Temuduga Perbualan Komunikasi Lisan Video Pembentangan Perbahasan Mesyuarat sudut aktiviti Lakukan aktiviti dalam kumpulan. Gunakan teknik “Think-PairShare” untuk mengenal pasti kaedah atau teknik lain dalam menyampaikan maklumat kepada ahli pasukan bagi sesuatu organisasi kerja. Senaraikan langkah-langkahnya KERJA SEPASUKAN (e) Cabaran Pengurusan Sumber Keluarga 2 Rumusan pada akhir setiap unit agar murid dapat mengingat apa-apa yang telah dipelajari. 3 1. Gunakan penyepit untuk memegang fabrik. 2. Bakar fabrik. 1. Perhatikan perubahan yang berlaku pada fabrik. 2. Kenal pasti bau yang dihasilkan. PAKAIAN DAN JAHITAN 4 Nilai Murni • Kerjasama • Mematuhi arahan • Mengamalkan langkah keselamatan Tip Keselamatan Kenal pasti kesan atau hasil pembakaran fabrik. Pakai pakaian yang sesuai dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan di dalam makmal. Penerapan nilai positif untuk murid mengamalkannya. 73 Langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti oleh murid untuk mengelakkan kecederaan atau kemalangan. (c) Ukuran Badan Bahagian badan yang perlu diukur ditunjukkan dalam Rajah 3.9, manakala Jadual 3.11 menunjukkan cara mencatat ukuran badan. Dada TIP Pinggul Labuh baju Rajah 3.9 Bahagian badan yang perlu diukur. (d) Borang Ukuran Badan 1. Kedudukan pita ukur selari dengan lantai semasa mengambil ukuran melintang. • Ukuran dada dan pinggul diambil pada bahagian yang paling penuh atau besar. • Pastikan pita ukur tidak ditarik terlalu kuat dan ketat. 2. Pinggang diikat sewaktu mengambil ukuran untuk mendapatkan bahagian yang paling ramping atau kecil. 3. Gunakan pita atau tali yang sesuai untuk mengikat pinggang. Elakkan dari menggunakan pita ukur kerana akan merosakkan pita ukur tersebut. Sebelum menjahit pakaian, ukuran badan perlu diambil. Jadual 3.11 menghuraikan cara mengukur dan mencatat ukuran badan. (i) Garisan Melintang Jadual 3.11 Cara mencatat ukuran badan. Bahagian Badan Cara Mengukur Bahagian Badan 1. Leher 3. Dada Ukur keliling pangkal leher. Ukur keliling dada melalui mercu dada. 2. Bahu 4. Jarak mercu dada Ukur melintang dari sendi tulang bahu kiri ke sendi tulang bahu kanan melalui bahagian tengkuk. Ukur jarak dari mercu kanan dada ke mercu kiri dada. Cara Mengukur Memberi fakta tambahan kepada murid. PAKAIAN DAN JAHITAN Bahu Pinggang Pentaksiran atau penilaian berbentuk formatif dan sumatif yang merangkumi pengukuhan, pemulihan dan pengayaan. 89 vii KERJA SEPASUKAN BAB 1 KERJA SEPASUKAN 2 Dalam bab ini, anda mempelajari tentang: 1.1 1.2 1.3 Pengenalan 1 KERJA SEPASUKAN STANDARD KANDUNGAN KERJA SEPASUKAN STANDARD PEMBELAJARAN Menyenaraikan kaedah serta langkah menyelesaikan sesuatu tugasan/aktiviti/ program/projek yang dianggotai oleh bilangan ahli yang ramai. Menerangkan fungsi dan kepentingan: (i) Jawatankuasa (ii) Carta Organisasi (iii) Jadual Tugas (iv) Panduan dan Peraturan Menjalankan Tugas di Tempat Kerja Menghuraikan kepentingan: (i) Bekerja mengikut garis masa (ii) Mengikut arahan dengan betul (iii) Menjaga kebersihan dan kekemasan ruang kerja Membina carta organisasi dan senarai tugas ahli dalam satu kumpulan. Membina satu jadual tugas yang mempamerkan garis masa untuk menyelesaikan tugasan/aktiviti/program/ projek. Mengaplikasikan semangat bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan/ aktiviti/program/projek. Mengapakah matlamat yang kurang jelas akan membawa implikasi yang buruk terhadap sesuatu organisasi kerja? 1.1 ORGANIsaSI KERJA (a) Kaedah dan Langkah Menyelesaikan Tugasan Secara umumnya, organisasi kerja merupakan sekumpulan individu yang menjalankan tugas secara berkumpulan mengikut bidang tugas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Mereka mempunyai kompetensi yang saling bergantungan, iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta memiliki akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Setiap organisasi kerja yang diwujudkan mempunyai matlamat yang jelas. Terdapat kaedah dan langkah yang mesti diikuti demi memastikan matlamat organisasi kerja tercapai. Rajah 1.1 menunjukkan contoh kaedah menyelesaikan tugasan sementara Rajah 1.2 menunjukkan langkah menyelesaikan tugasan. Contoh KAEDAH menyelesaikan tugasan 1. Kaedah Sumbang Saran Sumbang saran bertujuan menggalakkan anda menggunakan imaginasi secara kreatif, mencari idea baharu serta kombinasi idea. Secara amnya, dalam sesi sumbang saran, sebarang idea perlu diterima, dilarang mengkritik idea tersebut, idea dinyatakan secara spontan, dan kita boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya. 2. Kaedah Perbincangan Perbincangan dalam aktiviti berkumpulan perlu diadakan supaya anda dapat berinteraksi sesama ahli dalam kumpulan. Perbincangan juga menggalakkan anda berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas. 3. Kaedah Simulasi Kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan anda mengaplikasikan konsep tertentu dalam menyelesaikan tugasan. Simulasi merupakan suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudah, diringkaskan atau dikecilkan supaya tugasan yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam simulasi, anda berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan tugasan. Rajah 1.1 Contoh kaedah menyelesaikan tugasan. 2 Menetapkan Matlamat yang Jelas Anda perlu merancang rangka tugasan secara umum agar keseluruhan tugasan yang dilaksanakan dapat diselesaikan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Membina Carta Organisasi Carta organisasi disediakan bertujuan agar tugasan dapat diagihkan mengikut peranan masing-masing. Menetapkan Jangka Masa Tugasan Pelaksanaan masa tugasan dan aktiviti perlu disusun mengikut garis masa yang ditetapkan agar dapat dilaksanakan tepat pada waktunya. Mengerjakan Tugasan dengan Tema yang Biasa Dilaksanakan Jika tugasan tersebut mempunyai pilihan, anda perlu memilih tema yang biasa ditulis mahupun dilaksanakan. Hal ini bagi memudahkan dan melancarkan tugasan yang dibuat. Mencari Sumber yang Jelas dan Sahih Setiap tugasan yang ditulis atau dilaksanakan perlu berdasarkan sumber yang jelas dan sahih seperti daripada buku atau jurnal. Rajah 1.2 Langkah menyelesaikan tugasan. (b) Fungsi dan Kepentingan Organisasi Kerja Elemen utama dalam penstrukturan organisasi kerja ialah pembentukan jawatankuasa, pembinaan carta organisasi, penyediaan jadual tugasan dan penyediaan panduan dan peraturan menjalankan tugas di tempat kerja. Jadual 1.1 menunjukkan fungsi dan kepentingan dalam organisasi kerja. Jadual 1.1 Fungsi dan kepentingan organisasi kerja. Elemen Fungsi Kepentingan Jawatankuasa Menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Carta Organisasi Mempamerkan hierarki a) Mengagihkan sumber manusia secara jawatankuasa yang cekap mengikut keutamaan demi menggambarkan rantaian arahan mencapai matlamat organisasi. dan saluran rasmi komunikasi b) Menyelaraskan dan menentukan dalam organisasi tersebut. bidang tugas dan tanggungjawab setiap ahli pasukan untuk mengelakkan sebarang pertindihan tugas. Jadual Tugasan Merancang dan memastikan tugasan dan aktiviti dijalankan dengan sistematik. Panduan dan Menjadi rujukan organisasi Peraturan kerja bagi menjalankan Menjalankan Tugas tanggungjawab mereka. di Tempat Kerja Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, cekap, berkesan dan dapat mencapai matlamat organisasi kerja. Menyusun atur tugasan yang perlu dilaksanakan mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Memastikan ahli pasukan dalam organisasi kerja menjalankan tugasan dengan lancar dan terkawal. 3 KERJA SEPASUKAN LANGKAH MENYELESAIKAN TUGASAN KERJA SEPASUKAN (c) Kepentingan Budaya Kerja Positif Budaya kerja positif amat penting dalam sesebuah organisasi bagi menjamin kualiti kerja dan hasil kerja. Antara kepentingan budaya kerja positif dalam sesuatu organisasi kerja adalah seperti dalam Rajah 1.3. BUDAYA KERJA POSITIF laman TMK Imbas Saya Layari laman sesawang http:// . my/komuniti/ jkkmb-kejora/perlembagaanjkkm/bidang-tugas-perananahli-jawatankuasa/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peranan dan tanggungjawab jawatankuasa dalam sesuatu organisasi kerja. (Dicapai pada 6 Oktober 2016) tahukah anda? Carta Gantt diperkenalkan oleh Henry Gantt pada tahun 1917. Carta ini merupakan suatu carta bar yang memaparkan masa bagi aktiviti dalam sesuatu projek. Bekerja Mengikut Garis Masa (Carta Gantt) Pekerja yang baik seharusnya komited terhadap tugasan dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pematuhan terhadap garis masa akan menjayakan matlamat organisasi dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan organisasi. Mengikut Arahan dengan Betul Untuk menjadi pekerja yang cemerlang, anda seharusnya menjadi seorang yang fleksibel dan sentiasa mengikut arahan yang betul dari semasa ke semasa. Seorang pekerja yang cekap, sentiasa bersedia menerima arahan dan tugasan dalam apa-apa jua keadaan. Menjaga Kebersihan dan Kekemasan Ruang Kerja Kebersihan dan kekemasan ruang kerja harus sentiasa dijaga. Ruang kerja yang kemas membantu seseorang bekerja dengan sistematik. Rajah 1.3 Budaya kerja positif. (d) Carta Organisasi dan Senarai Tugas Carta organisasi merupakan rajah yang menunjukkan struktur, kedudukan jawatan atau posisi individu dalam organisasi selaras dengan bidang kuasa serta tugas dan tanggungjawabnya (Rajah 1.4). Setiap individu diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang menjejaskan kelancaran organisasi terbabit (Jadual 1.2). Penaung/Penasihat Yang Dipertua/Pengerusi Naib Yang Dipertua/ Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Ahli Biasa Naib/Penolong Setiausaha (jika perlu) Naib/Penolong Bendahari (jika perlu) Pemeriksa Kira-kira Rajah 1.4 Contoh carta organisasi. 4 Jawatankuasa Peranan dan Tanggungjawab Penaung atau Penasihat a) Berperanan sebagai penasihat dalam pengendalian pertubuhan atau persatuan. b) Berperanan sebagai pe...
View Full Document

  • Fall '19
  • jane smith

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture