MPW1123-2123 Bahasa Kebangsaan B.pdf - MPW1123 MPW2123...

  • No School
  • AA 1
  • 204
  • 100% (1) 1 out of 1 people found this document helpful

This preview shows page 1 out of 204 pages.

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 204 pages?

Unformatted text preview: MPW1123/ MPW2123 BAHASA KEBANGSAAN B Mohd Ra'in Shaari Copyright © Open University Malaysia (OUM) Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil Prof Madya Dr Widad Othman Open University Malaysia Penulis Modul: Mohd Ra'in Shaari Universiti Pendidikan Sultan Idris Penyederhana: Kol (B) Hamid Awang Open University Malaysia Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Cetakan Pertama, April 2011 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2011, MPW1123/MPW2123 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam manamana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Versi April 2011 Copyright © Open University Malaysia (OUM) Isi Kandungan Panduan Kursus ix-xiv Topik 1 Pengenalan Bahasa Melayu 1.1 Asal Usul Bahasa Melayu 1.1.1 Rumpun Bahasa Melayu 1.1.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca 1.2 Pengaruh Bahasa Asing 1.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit 1.2.2 Pengaruh Bahasa Arab 1.3 Taraf Bahasa Melayu 1.4 Lima Fungsi Bahasa Melayu 1.4.1 Bahasa Kebangsaan 1.4.2 Bahasa Rasmi 1.4.3 Bahasa Komunikasi 1.4.4 Bahasa Perpaduan 1.4.5 Bahasa Ilmu Rumusan Kata Kunci Rujukan 1 2 7 8 12 12 14 17 21 21 23 25 26 29 32 32 33 Topik 2 Keperibadian 2.1 Konsep Kata Sifat 2.2 Konsep Keperibadian 2.2.1 Keperibadian Diri 2.2.2 Keperibadian Keluarga 2.2.3 Keperibadian Bentuk 2.2.4 Keperibadian Warna 2.2.5 Keperibadian Rupa 2.2.6 Keperibadian Tempat Tinggal 2.2.7 Keperibadian Pekerjaan Rumusan Kata Kunci Rujukan 34 34 35 35 36 37 38 39 40 41 42 43 43 Copyright © Open University Malaysia (OUM) iv X ISI KANDUNGAN Topik 3 Bahasa Melayu Praktis 3.1 Konsep Masa dan Nombor 3.1.1 Waktu 3.1.2 Tempoh 3.1.3 Kekerapan 3.1.4 Nama Hari 3.2 Angka Kardinal dan Ordinal 3.2.1 Kata Bilangan Kardinal 3.2.2 Kata Bilangan Ordinal 3.3 Kata Ukuran 3.3.1 Ukuran Tepat 3.3.2 Ukuran Tradisional 3.4 Penjodoh Bilangan Rumusan Kata Kunci Rujukan 44 45 45 45 46 46 47 47 49 49 50 50 50 56 57 57 Topik 4 Bahasa Melayu Praktis Lisan 4.1 Konsep Bertegur Sapa 4.1.1 Kata Sapaan 4.2 Konsep Kesantunan Berbahasa 4.3 Kata Gelaran 4.3.1 Gelaran Kekeluargaan 4.3.2 Gelaran Warisan 4.3.3 Gelaran Pergaulan 4.3.4 Gelaran Diraja 4.3.5 Gelaran Kurniaan 4.3.6 Gelaran Akademik 4.3.7 Gelaran Ikhtisas 4.3.8 Gelaran Keagamaan 4.3.9 Gelaran Olokan 4.3.10 Gelaran Kegerunan 4.4 Kata Ganti Nama 4.4.1 Kata Ganti Nama Diri 4.4.2 Kata Ganti Nama Penunjuk 4.4.3 Kata Ganti Nama Tanya Rumusan Kata Kunci Rujukan 58 59 59 60 61 62 62 63 63 64 65 65 65 65 66 66 66 72 72 74 74 75 Copyright © Open University Malaysia (OUM) W v Topik 5 Bahasa Melayu Praktis Lisan dan Pemahaman 5.1 Penyataan Umum 5.1.1 Iklan 5.1.2 Papan Tanda 5.1.3 Makluman 5.1.4 Arahan/Larangan 5.2 Bahasa Dalam Pelbagai Situasi 5.2.1 Berbahasa di kaunter awam 5.2.2 Berbahasa Ketika Menggunakan Kenderaan Awam 5.2.3 Berbahasa Ketika di Pusat Membeli Belah 5.2.4 Berbahasa Ketika di Restoran 5.2.5 Berbahasa Ketika Kecemasan Rumusan Kata Kunci Rujukan 76 77 77 80 84 85 86 87 88 89 90 91 91 92 93 Topik 6 Sistem Ejaan dan Sebutan Baku 6.1 Sistem Ejaan Bahasa Melayu 6.1.1 Bunyi dan Huruf 6.1.2 Struktur Suku Kata 6.2 Sebutan Baku Bahasa Melayu 6.2.1 Prinsip Umum 6.2.2 Intonasi Rumusan Kata Kunci Rujukan 94 95 97 99 101 101 103 105 106 106 Topik 7 Tatabahasa: Pembentukan Kata 7.1 Konsep Morfologi 7.2 Proses Pembentukan Kata 7.2.1 Bentuk Kata Tunggal 7.2.2 Bentuk Kata Terbitan 7.2.3 Kata Majmuk 7.2.4 Bentuk Kata Majmuk Rumusan Kata Kunci Rujukan 108 110 113 114 119 125 129 133 134 134 ISI KANDUNGAN Copyright © Open University Malaysia (OUM) vi X ISI KANDUNGAN Topik 8 Tatabahasa: Penggolongan Kata 8.1 Kata Nama 8.1.1 Kata Nama Am 8.1.2 Kata Nama Khas 8.1.3 Kata Ganti Nama 8.2 Kata Kerja 8.2.1 Kata Kerja Transitif 8.2.2 Kata Kerja Tak Transitif 8.3 Kata Adjektif 8.4 Kata Tugas Rumusan Kata Kunci Rujukan 135 138 138 139 141 143 143 145 146 152 158 159 159 Topik 9 Tatabahasa: Ayat 9.1 Definisi Sintaksis 9.2 Binaan Ayat 9.3 Pola Ayat Dasar 9.3.1 Definisi Frasa 9.3.2 Jenis-jenis Frasa 9.3.3 Pola Ayat Dasar 9.4 Jenis-Jenis Ayat 9.5 Ragam Ayat 9.6 Ayat Majmuk 9.6.1 Definisi Ayat Majmuk 9.6.2 Jenis-jenis Ayat Majmuk Rumusan Kata Kunci Rujukan 160 161 161 163 163 163 167 168 173 174 174 174 175 176 177 Topik 10 Penulisan 10.1 Karangan Bahasa Melayu 10.2 Definisi Karangan 10.3 Jenis-Jenis Karangan dalam Bahasa Melayu 10.3.1 Karangan Jenis Berformat 10.3.2 Karangan Jenis Tidak Berformat 10.4 Menulis Karangan Berpandu 10.5 Panduan Menulis Karangan yang Baik 10.6 Panduan Mengisi Borang Rumusan Kata Kunci Rujukan 178 179 179 179 179 180 181 182 183 188 189 189 Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS Copyright © Open University Malaysia (OUM) Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS W ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN MPW 1123/2123 Bahasa Kebangsaan B ialah kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar asing sebagai kursus wajib universiti. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Copyright © Open University Malaysia (OUM) x X PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal 3 Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengetahui sejarah perkembangan bahasa Melayu, sistem bunyi, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, kosa kata dan tatabahasa bahasa Melayu; 2. Boleh mendengar dan memahami pertuturan dalam pelbagai situasi; 3. Boleh bertutur dalam perbualan harian; 4. Boleh membaca dan memahami bahan-bahan bacaan yang mudah; dan 5. Boleh melahirkan idea dan perasaan secara lisan dan penulisan. Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS W xi SINOPSIS KURSUS Komponen ini bermatlamat untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran bahasa Melayu dan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi bagi melahirkan idea dan perasaan secara lisan dan penulisan. Ia lebih menekankan aspek bahasa komunikasi dan kaedah penggunaan bahasa yang mudah. Sukatan pelajaran ini yang ditujukan kepada pelajar dari luar negara akan dapat membantu pelajar menggunakan bahasa Melayu dalam aktiviti kehidupan harian mereka. Pelajar juga akan dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan ini untuk membuat rujukan bahan-bahan akademik dalam bahasa Malaysia. Topik 1 akan melihat Asal Usul Bahasa Melayu, Rumpun bahasa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai lingua franca. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari pengaruh-pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu seperti pengaruh Sanskrit, Arab dan Inggeris. Topik ini akan turut melihat taraf atau kedudukan bahasa melayu dari sudut Perlembagaan Persekutuan, dan seterusnya melihat peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, komunikasi, perpaduan dan sebagai bahasa ilmu. Topik 2 adalah berkaitan dengan Bahasa Melayu Praktis khususnya berkaitan Keperibadian. Di bawah topik ini, akan dibincangkan beberapa topik kecil iaitu konsep keperibadian meliputi diri dan keluarga, tempat tinggal dan pekerjaan. Seterusnya, kita akan mempelajari hal ehwal persekitaran kehidupan yang meliputi rupa bentuk sesuatu benda dan alam sekeliling,serta konsep warnawarna dalam kehidupan seharian masyarakat orang Melayu. Topik 3 akan membincangkan Bahasa Melayu Praktis dengan tumpuan khusus pada konsep masa dan angka yang begitu dominan dalam kehidupan seharian kita. Dalam topik ini pertamanya akan disentuh tentang konsep masa dan nombor. Konsep masa meliputi aspek masa itu sendiri, tempoh dan kekerpan berlakunya sesuatu perbuatan. Seterusnya, kita akan mempelajari nama-nama hari yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Tajuk angka atau nombor yang terdiri daripada nombor kardinal dan ordinal juga akan dipelajari. Akhirnya, tajuk penjodoh bilangan yang sangat penting dalam bahasa Melayu juga akan dihuraikan secara terperinci. Topik 4 ini adalah tentang Bahasa Melayu Praktis Lisan. Dalam topik ini, kita akan mempelajari teknik bertegur sapa yang begitu penting dalam komunikasi orang-orang Melayu. Aspek ini berkait rapat dengan kesantunan berbahasa atau berbudi bahasa. Kata sapaan dan kata gelaran akan dijelaskan dengan bersandarkan contoh-contoh yang sesuai untuk memudahkan pemahaman para pelajar. Akhirnya, aspek kata ganti nama yang menjadi penanda rasa hormat orang muda kepada orang tua juga akan diperjelaskan dengan disertakan contoh-contoh yang relevan. Copyright © Open University Malaysia (OUM) xii X PANDUAN KURSUS Topik 5 ini ialah lanjutan daripada topik ketiga dan keempat yang membincangkan tentang Bahasa Melayu Praktis. Dalam topik ini, dua topik yang berkaitan dengannya akan diperkatakan; pertamanya tentang Pernyataan Umum yang meliputi aspek iklan, papan tanda, makluman dan arahan. Keduanya, Topik ini akan juga melihat aspek Bahasa dalam Situasi iaitu penggunaan bahasa yang formal di kaunter awam, dan penggunaan bahasa tidak formal dalam situasi di tempat awam lain seperti ketika menggunakan kenderaan awam, di pusat membeli belah, di restoran dan sebagainya. Topik 6 membicarakan tentang Sistem Ejaan dan Sebutan Baku. Dalam topik ini, pertamanya akan dilihat Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang meliputi bunyi vokal, konsonan dan diftong. Topik kedua dalam Topik 6 ini ialah tentang Struktur Suku Kata dan jenis-jenisnya, serta prinsip-prinsip sebutan baku. Topik terakhir dalam Topik 6 ini ialah tentang intonasi dan nada semasa pengucapan sesuatu ayat. Topik 7 pula ialah tentang Tatabahasa bahasa Melayu. Di bawah topik ini, pertamanya akan dilihat definisi morfologi, dan seterusnya tentang proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses pembentukan kata meliputi proses tunggal, pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Setiap proses pembentukan akan dijelaskan berserta contoh-contoh yang sesuai. Topik 8 ialah sambungan daripada Topik 7 iaitu berkaitan Penggolongan Kata bahasa Melayu. Dalam topik ini, kita akan mempelajari golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Melalui topik ini, kita dapat mempelajari bagaimana sesuatu perkataan itu dapat dikategorikan mengikut kriteria tertentu ke dalam satu kelompok yang sama kategorinya. Topik 9 ialah sambungan daripada Topik 7 dan 8 iaitu berkaitan aspek tatabahasa bahasa Melayu. Dalam Topik 9 ini, pertamanya akan dibicarakan aspek sintaksis iaitu ilmu mengkaji ayat. Keduanya, Topik 9 ini akan membicarakan tentang Binaan Ayat yang terdiri daripada dua unsur penting iaitu subjek dan predikat. Seterusnya, Topik 9 ini akan melihat pola-pola ayat dasar bahasa Melayu yang terdiri daripada empat pola utama. Akhirnya, topik ini juga membicarakan tajuk tentang Jenis-Jenis Ayat bahasa Melayu iaitu terdiri daripada ayat penyata, tanya, seruan dan perintah. Topik 10 akan membincangkan tentang aspek penulisan. Pertamanya, Topik 10 ini akan membicangkan tentang penulisan karangan khususnya berkaitan penulisan berpandu. Keduanya, Topik 10 ini akan membicarakan tentang caracara mengisi borang bagi memenuhi sesuatu keperluan misalnya keperluan semasa sesuatu pendaftaran, urusan Imigresen, bank, pejabat pos dan sebagainya. Copyright © Open University Malaysia (OUM) PANDUAN KURSUS W xiii PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topic, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam Copyright © Open University Malaysia (OUM) xiv X PANDUAN KURSUS beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myVLE. Copyright © Open University Malaysia (OUM) Topik X 1 Pengenalan Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: X 1. Menghuraikan asal usul bahasa Melayu; 2. Mengenal pasti pengaruh-pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu; dan 3. Membincangkan lima fungsi bahasa Melayu meliputi pelbagai aspek kehidupan. PENGENALAN Pernahkah anda terfikir dari mana asal usul bahasa Melayu? Bagaimana bahasa Melayu boleh berkembang meluas sehinggakan menjadi antara bahasa yang penting di dunia? Sebelum anda mengetahui lebih jauh perkembangan bahasa Melayu, sebaiknya anda didedahkan secara jelas tentang asal usul bahasa Melayu, pengaruh bahasa asing yang mendominasi perkembangan bahasa Melayu dan fungsi bahasa Melayu dalam konteks yang universal. Di samping itu, anda perlu memahami susur galur sejarah perkembangan bahasa Melayu dari dahulu hingga sekarang secara tepat. Seterusnya anda akan lebih memahami fungsi bahasa Melayu dan bagaimana bahasa asing mempengaruhi bahasa Melayu bermula dari zaman Hindu sehinggalah zaman kolonial British di Tanah Melayu. Copyright © Open University Malaysia (OUM) 2 X TOPIK 1 PENGENALAN BAHASA MELAYU Tunku Abdul Rahman P. Ramlee Siti Nurhaliza Rajah 1.1: Contoh tokoh terkenal dari kalangan orang Melayu 1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Siapakah orang Melayu? Dari manakah mereka berasal? Asal usul orang Melayu sebagai penutur asli bahasa Melayu tidak begitu jelas. Ini disebabkan sejarah kuno Asia Tenggara masih belum dikaji secara mendalam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh para sarjana dari dalam dan luar negara. Terdapat dua teori utama bagi menjelaskan asal usul bahasa dan orang Melayu, iaitu: (a) Teori Orang Melayu Berasal dari Yunan Teori ini dipelopori oleh para sarjana Barat yang berpendapat orang Melayu berasal dari daerah Yunan iaitu suatu kawasan yang terletak di utara Laos dan barat daya negara China. Rajah 1.2 menunjukkan daerah Yunan, salah satu daerah di negara China. Copyright © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 PENGENALAN BAHASA MELAYU W 3 Rajah 1.2: Daerah Yunan di China ( ) Terdapat dua gelombang penghijrahan orang Yunan ke Asia Tenggara. Penghijrahan pertama dinamakan Melayu Proto yang berlaku berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi. Penghijrahan kedua dinamakan Melayu Deutro yang berlaku kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi. Rajah 1.3 menunjukkan gambaran beberapa wajah orang Melayu Proto. Rajah 1.3: Wajah Orang Melayu Proto Copyright © Open University Malaysia (OUM) 4 X TOPIK 1 PENGENALAN BAHASA MELAYU Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Penghijrahan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto melarikan diri ke kawasan pedalaman kerana terancam dengan Melayu Deutro yang lebih maju dan hidup secara berkumpulan. Berikut adalah beberapa hujah para sarjana yang dipetik daripada Darwis Harahap (1992): (i) R. H. Geldern Beliau telah menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Pada masa yang sama, beliau juga menemui kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Asia Tenggara atau ke Kepulauan Melayu ini. Rajah 1.4 menunjukkan kawasan Nusantara yang juga dikenali Kepulauan Melayu. Rajah 1.4: Peta Asia Tenggara ( ) (ii) J. H. C. Kern J. H. C. Kern telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama yang digunakan pada nama tumbuh-tumbuhan, haiwan dan perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Copyright © Open University Malaysia (OUM) TOPIK 1 PENGENALAN BAHASA MELAYU W 5 Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Misalnya,, padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan tersebut, Kern membuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. (iii) Asmah Haji Omar Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku ke...
View Full Document

  • Fall '19

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes
A+ icon
Ask Expert Tutors