CTU555 Final Report baru.docx - ABSTRAK Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mahasiswa tentang konsep kesepaduan sosial

CTU555 Final Report baru.docx - ABSTRAK Kajian yang...

This preview shows page 1 - 3 out of 48 pages.

ABSTRAK Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mahasiswa tentang konsep kesepaduan sosial, konsep-konsep asas hubungan etnik, konsep pluraliti dalam masyarakat pluralistik dan secara tidak langsung dapat mengkaji tahap kesepaduan dan kekitaan yang wujud dalam kalangan mahasiswa pelbagai bangsa dan agama. Kajian ini telah dilakukan ke atas pelajar-pelajar sebuah universiti awam iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTeM) dengan memberikan 50 set soal selidik untuk dijawab berkenaan tahap keselesaan, tahap kesepaduan dan semangat kekitaan serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam hidup bermasyarakat majmuk. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat segelintir pelajar yang masih kurang selesa dalam bergaul secara rapat dengan etnik lain disebabkan budaya dan agama yang berbeza. Selain itu, berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, punca cabaran dan rintangan yang dihadapi segelintir pelajar ini cuba dikaji kerana ia memberi impak dan memainkan peranan penting dalam mengenalpasti tahap kekitaan dan kesepaduan antara pelajar pelbagai etnik. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu mahasiswa universiti dalam menangani perbezaan budaya dan agama serta cuba menjadikan cabaran beretnik sebagai batu loncatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dan masyarakat. Tambahan, diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan pengkaji lain untuk kajian pada masa akan datang. 1
Image of page 1
PENGHARGAAN Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan projek CTU555 dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Nang Naemah yang telah memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan projek CTU555 ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.
Image of page 2
Image of page 3

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture