BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan tentang isu utama dalam kajian ini. Bahagian ini
mengandungi latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan
kajian, hipotesis, batasan kajian, kepentingan kajian, kerangka konseptual kajian,
pendekatan teori dan definisi operasional.
1.2 Latar Belakang Kajian
Atlet di UMT berhadapan dengan isu dan konflik di mana mereka perlu
mengimbangi prestasi akademik dan juga sukan. Hal ini menimbulkan beberapa cabaran
dan kesukaran bagi mereka. Menurut Azman Zakaria (2018), sistem akademik di
Universiti sensetif kepada masalah dan cabaran yang dihadapi oleh atlet, terutamanya
dalam pengurusan masa untuk menyiapkan tugasan kerja kursus, menghadiri kuliah,
latihan intensif dan seumpamanya. Noor Remy (2015) menyatakan bahawa cabaran atlet
dalam akademik ialah jadual waktu kuliah yang padat yang menyebabkan atlet hanya
mewakili masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang
sukan. Keadaan ini menyebabkan atlet terdedah dengan risiko kemurungan. Menurut
Wolanin, Gross dan Hong (2015) terdapat beribu atlet yang mengalami kemurungan yang
sedang menuntut di peringkat sekolah tinggi dan juga kolej. Menurut Jabatan kesihatan
dan Perkhidamatan Manusia A.S kadar risiko kemurungan dalam tempoh 12 bulan adalah
8.7% pada tahun 2008.
Faktor pendorong kepada berlakunya kemurungan dalam kalangan atlet ialah
kebimbangan yang melampau. Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, resah dan juga
gementar (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019). Kebimbangan dalam sukan merujuk
kepada sesuatu perkara yang negatif yang boleh mempengaruhi pencapaian atlet dalam
sukan (Wann, 1997) dalam (Amir Yana, 2014). Menurut Stein, Martin, Nina Muller, M.
holfer, T. Lieb (2001) gangguan kebimbangan sosial semasa remaja atau dewasa adalah
faktor peramal penting dalam kemurungan. Norazizah. P (2015) menyatakan atlet
mengalami kebimbangan sebelum dan semasa pertandingan yang disertai hingga
1

Subscribe to view the full document.
menjejaskan prestasi. Kenyataan ini disokong oleh Ain Mazlina, Mawarni. M, Ruzli.Z,
Mohd. Sofian (2007) yang menyetakan kebimbangan kognitif boleh mempengaruhi
prestasi atlet.
Kemurungan juga berlaku berpunca daripada tekanan. Kemurungan yang berpunca
daripada tekanan menyebabkan kesihatan individu terjejas (Liley, Norsuraya & Azmina
(2016). Tekanan adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental yang berpunca daripada
perubahan keadaan yang berlaku dalam kehidupan seharian (Pertubuhan Psikologi
America, 2014). Menurut Fullerton (2002) tekanan boleh memberi kesan kepada prestasi
dalam sukan, cara atlet bertindak balas dengan tekanan, pengurusan tekanan sama ada
positif atau negatif boleh menjejaskan tahap pencapaian atlet.
Oleh itu, kemurungan dalam kalangan atlet sekiranya tidak ditangani secara berkesan
akan mengundang pelbagai masalah lain seperti penurunan prestasi akademik,
burn out
,
masalah kesihatan fizikal dan juga masalah kesihatan mental.


- Spring '17
- dr aton