cp01_001_rencana.pdf - Imbangan Akaun Semasa di Malaysia Perkembangan Terkini dan Prospek PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2012 Pendahuluan Sejak dilanda

cp01_001_rencana.pdf - Imbangan Akaun Semasa di Malaysia...

This preview shows page 1 - 2 out of 5 pages.

30 LAPORAN TAHUNAN 2012 PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2012 Imbangan Akaun Semasa di Malaysia: Perkembangan Terkini dan Prospek Pendahuluan Sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat lebihan secara konsisten. Eksport barangan telah mengatasi import, dan lebih daripada mengimbangi defisit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan. Prestasi kukuh eksport Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh pempelbagaian produk yang meluas dan pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khusus, eksport komoditi, yang mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertambahan lebihan akaun semasa. Sejajar dengan kenaikan harga komoditi pada tahun 2008, lebihan akaun semasa mencatat paras tertinggi pada 17.6% daripada PNK pada tahun tersebut. Namun, Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC), menandakan permulaan trend yang lebih sederhana dalam lebihan akaun semasa (Rajah 1). Permintaan global yang lebih lembap dan harga komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Hasil daripada trend tersebut ialah lebihan simpanan-pelaburan yang lebih kecil. 1 Dalam tempoh 2007-2010, akaun perkhidmatan mencatat lebihan yang kecil. Rajah 1 Imbangan Akaun Semasa Lebih Kecil Selepas Lebih Sedekad Mencatat Lebihan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia -20 -10 0 10 20 30 40 50 60 70 -40 -20 0 20 40 60 80 100 120 140 1990 1992 1994 1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012 RM bilion % daripada PNK Imbangan Akaun Semasa Malaysia Imbangan Akaun Semasa sebagai % daripada PNK (skala kanan) Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah ekonomi. Dalam kata lain, imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan antarabangsa dan juga tingkah laku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja. Walau bagaimanapun, dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan dalam negeri atau luar negeri. Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu akan mencatat lebihan akaun semasa. Simpanan lebihan ini boleh digunakan untuk mengumpul rizab yang berfungsi sebagai penampan terhadap ketidaktentuan luar atau disalurkan ke luar negeri untuk membiayai aktiviti penggunaan dan pelaburan ekonomi lain, sama ada dalam bentuk pemberian pinjaman atau pelaburan di luar negeri. Defisit akaun semasa sebaliknya menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada menyimpan. Dalam hal ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri atau menerima aliran masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan pelaburan dalam negerinya.
Image of page 1
Image of page 2

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 5 pages?

  • Winter '16
  • dr lizam

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture