SEJARAH BUDDHISME - SEJARAH BUDDHISME DI MALAYSIA Sejarah Buddhisme di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 peringkat 1 PERINGKAT AWAL Pada awal

Info iconThis preview shows pages 1–3. Sign up to view the full content.

View Full Document Right Arrow Icon
SEJARAH BUDDHISME DI MALAYSIA Sejarah Buddhisme di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 peringkat : 1. PERINGKAT AWAL: Pada awal kurun Masehi, seperti yang disebutkan oleh Dr. Coedes dalam bukunya, Indianized States of South East Asia, "Warisan kebudayaan Orang India di Asia Tenggara dapat dibuktikan daripada corak kebudayaan yang terdapat di Semenanjung dan Tanah Besar Asia Tenggara; Bahasa Sanskrit telah menjadi ansur bahasa tempatan; dan unsur- unsur tradisi orang India masih terdapat di negara-negara yang bertukar kepada Islam." Tetapi Prof. D.G.E. Hall, dalam bukunya A History of South East Asia, percaya bahawa kebanyakan tradisi India telah mengubahsuai apabila bertentangan dengan tradisi tempatan, misalnya sistem kasta tidak pernah dipraktikkan di sini. Akan tetapi fakta ini tidak boleh dihapuskan iaitu aktiviti perdagangan dan perniagaan telah menarik ramai pedagang India datang berdagang di Asia Tenggara. Pedagang-pedagang ini membawa bersama kebudayaan, ugama serta kesenian mereka ke rantau ini. Untuk menentukan bilakah Buddhisme mula-mula wujud di Semenanjung Melayu, maka kita memerlukan 3 jenis sumber yang penting: 1. rekod orang China di People's Republic of China, 2. rekod buddhis dan orang India dan 3. bukti-bukti arkeologi. Banyak barangan yang digali dari tanah oleh ahli arkeologi membuktikan bahawa bahagian utara Tanah Melayu, iaitu Negeri Kedah, pernah dipengaruhi oleh kebudayaan awal Buddhisme. Pada pertengahan kurun ke 3 sebelum masehi, selepas Kausil Buddhis Ketiga, Maharaja Asoka telah menghantar dua orang Bhiksu, iaitu Ven. Sona dan Ven. Uttara datang ke rantau ini untuk menyebarkan agama Buddha. Pada kurun yang ke 5, Buddhisme telah berkembang dengan baik di Semenanjung Melayu. Exkavasi arkeologi bukan hanya terhad di Kedah sahaja, tetapi didapati di Kuala Selinsing, Tanjung Rambutan, Lembah Kinta, Bidor dan Sungai Siput di Perak, di Perlis dan juga di Pahang. Langkasuka merupakan sebuah negara Buddhis yang pertama, ia ditubuhkan pada kurun masehi ke 2 dan berpusat di Banjaran Gunung Jelai, kemudian ia mengembangkan kuasanya ke bahagian Selatan Negeri Thai. Pada kurun ke 7, Buddhisme Mahayana telah menjadi sistem Buddhisme yang lebih diterima oleh rakyat Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa itu, Tanah Melayu berada di bawah kuasa Srivijaya, sebuah empayar Buddhis yang berpusat di Pulau Jawa.
Background image of page 1

Info iconThis preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

View Full DocumentRight Arrow Icon
Agama Hindu telah mengalami kebangkitan semula di India pada kurun ke 10, maka Agama Buddha kehilangan sokongan yang diberi oleh istana serta golongan bangsawan. Kejatuhan pengaruhnya di India telah mempengaruhi kekuasaannya di Asia Tenggara. Pada akhir abad ke 12, empayar Srivijaya mengalami kejatuhan, begitu juga halnya dengan pengaruh Buddhisme. Pada awal kurun ke 10, Parameswara mendirikan Empayar Melaka. Apabila Parameswara dan Raja-Raja lain menganuti Agama Islam, agama tersebut telah menjadi agama utama di rantau ini. Sehingga abad ke 15, Islam telah berjaya mengambil alih kedudukan Buddhisme sebagai agama yang utama diterima oleh istana dan rakyat biasa,
Background image of page 2
Image of page 3
This is the end of the preview. Sign up to access the rest of the document.

This note was uploaded on 12/01/2010 for the course SUKAN md taught by Professor Saipon during the Spring '10 term at Albany College of Pharmacy and Health Sciences.

Page1 / 14

SEJARAH BUDDHISME - SEJARAH BUDDHISME DI MALAYSIA Sejarah Buddhisme di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 peringkat 1 PERINGKAT AWAL Pada awal

This preview shows document pages 1 - 3. Sign up to view the full document.

View Full Document Right Arrow Icon
Ask a homework question - tutors are online