BUKU_000 - ELEMEN KEUSAHAWANAN SEKOLAH RENDAH TAHAP 1...

Info icon This preview shows pages 1–3. Sign up to view the full content.

View Full Document Right Arrow Icon
1 ELEMEN KEUSAHAWANAN SEKOLAH RENDAH – TAHAP 1 DEFINISI Elemen Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan Edisi Ke-3). Secara umum, Elemen Keusahawanan merupakan proses-proses yang terlibat dalam membentuk ciri-ciri , sikap, kaedah berfikir dan nilai dalaman seseorang murid ke arah menjadi seorang usahawan. MATLAMAT Penerapan elemen keusahawanan di dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan untuk membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan amalan keusahawanan melalui aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. OBJEKTIF UMUM (MERENTAS KURIKULUM TERAS ASAS DAN TERAS TEMA) Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan penerapan elemen keusahawanan sekolah rendah dalam pelbagai disiplin ilmu akan: 1. Mengamalkan sikap keusahawanan yang cemerlang ; 2. Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang diperlukan ; 3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan ; 4. Memformulasikan samada konsep, proses atau produk keusahawanan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional ; 5. Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan . FOKUS Penerapan elemen keusahawanan secara eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas) merentas kurikulum teras asas dan teras tema melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum disiplin tersebut. Lima elemen utama yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan sikap keusahawanan , latihan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang sesuai , formulasi konsep, proses atau
Image of page 1

Info iconThis preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

View Full Document Right Arrow Icon