MUKA_DEP - KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BUKU PANDUAN...

Info iconThis preview shows page 1. Sign up to view the full content.

View Full Document Right Arrow Icon
This is the end of the preview. Sign up to access the rest of the document.

Unformatted text preview: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BUKU PANDUAN ELEMEN KEUSAHAWANAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM JUN 2010 BUKU PANDUAN ELEMEN KEUSAHAWANAN ii Copyright C 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok 9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Cetakan Pertama 2010 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain kaedah sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum BUKU PANDUAN: ELEMEN KEUSAHAWANAN ISBN… iii BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita‐cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi‐tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai‐bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden: MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita‐cita tersebut berdasarkan atas prinsip‐prinsip berikut:‐ iv RUKUN NEGARA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG­UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. v PENDAHULUAN Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkaitan elemen keusahawanan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sejak awal tahun 1990‐an berlandaskan bidang/tajuk pembelajaran perniagaan dan keusahawanan. Penerapan aspek keusahawanan secara merentas kurikulum di Tahap Satu peringkat sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan perniagaan dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja‐buat‐sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Pemetaan elemen keusahawanan dalam perancangan dan pembangunan melalui standard kandungan dan standard pembelajaran KBSR dan KBSM menunjukkan kesinambungan yang mantap, bermula seawall dari Tahap satu (Tahun Satu dan Dua) sehinggalah di akhir Tahap Dua (Tahun Tiga hingga Enam) di peringkat sekolah rendah seterusnya hinggalah ke tingkatan lima di sekolah menengah. Pemupukan budaya keusahawanan sewajarnya diberi penekanan bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan disamping membentuk generasi berwawasan yang mempunyai asas kukuh dalam aspek kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif dan bersemangat keusahawanan. vi ...
View Full Document

{[ snackBarMessage ]}

Ask a homework question - tutors are online