Keusahawanan - KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN Usahawan sering...

Info iconThis preview shows page 1. Sign up to view the full content.

View Full Document Right Arrow Icon
This is the end of the preview. Sign up to access the rest of the document.

Unformatted text preview: KEUSAHAWANAN KEJURUTERAAN Usahawan sering kali dikaitkan dengan individu Usahawan yang menubuhkan perniagaan baru. Usahawan dikatakan tidak mempunyai banyak masa Usahawan rehat, sentiasa berkemampuan menghadapi sebarang kemungkinan. sebarang Sesiapa yang terlibat dengan keusahwanan ini perlu Sesiapa mengambil risiko; melaburkan sejumlah wang, usaha dan masa serta menggunakan kreativiti untuk menguruskan perniagaannya. menguruskan Ada juga yang menganggap apa saja aktiviti kreatif Ada yang dilaksanakan oleh seseoarang dikenali sebagai keusahawanan. Sehingga kini belum ada satu definisi yang benarbenar tepat untuk menggambarkan siapa benar sebenarnya usahawan dan apa usahawan lakukan. sebenarnya DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN Perkataan ‘entrepreneur’ sebenarnya berasal daripada Bahasa Peranchis ‘entreprende’ yang bermaksud memikul (tugas) atau mencuba. Dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya berasal dari perkataan ‘usaha’. Menurut, Kamus Dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan hal­hal lain untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Menurut definisi Oxford Dictionary; Usahawan ditakrif sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. DEFINISI USAHAWAN Ahli Ekonomi Perancis: Richard Cantillon (1775) Ahli – Usahawan ialah seseorang individu yang memulakan sesuatu. sesuatu. Kirzner (1979) Kirzner – Usahawan ialah individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya. Usahawan akan mengambil tindakan secara imaginatif, kreatif dan inovatif. tindakan Carland (1984) Carland – Usahawan ialah individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang. untuk Kuratko & Hodgetts (1992) – Usahawan ialah seseorang yang mengambil tugas menyelia, mengurus dan menanggung risiko sesebuah perniagaan. sesebuah Bapa Pengurusan di Barat: Peter Drucker (1996) Bapa – Usahawan ialah seseorang yang berupaya memindahkan sumber ekonomi daripada sektor yang kurang daya produktivitinya kepada sektor yang lebih tinggi daya produktivitinya. tinggi Barjoyai Bardai (2000) Barjoyai – Usahawan ialah orang yang lebih berpandangan luas dalam sesuatu perniagaan. Usahawan sentiasa meninjau dan mencari peluang-peluang perniagaan. Usahawan mempunyai keistimewaan yang membolehkannya mewujudkan peluang pelaburan dan mengenal pasti projek-projek yang dianggap menguntungkan. menguntungkan. DEFINISI KEUSAHAWANAN Cole (1969) Cole (1969) – Keusahawanan ialah aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) – Keusahwanan ialah kesediaan seseorang individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalannya. Dollinger (1995) – Keusahawanan ialah pembentukan syarikat ekonomi yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk berhadapan dengan risiko ketidakpastian. Keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai perilaku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya. SUCCESS in business SUCCESS involves hard work. hard Lots of it, Lots twenty-hours-a-day-for-five-years hard work. hard Entrepreneurs are confident. confident They’re born optimists; optimists they simply know they can do it. they Ciri­ciri Seorang Usahawan Daripada definisi­definisi usahawan dan keusahawanan, maka dengan ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa seseorang yang ingin menceburi bidang ini perlulah serba boleh dalam segala bidang. Di antaranya adalah seperti: o o o o Pandai mencari peluang tanpa mengenal penat lelah. Tidak mengharapkan kejayaan dalam sekelip mata. Mempunyai kemahiran perancangan dan pengurusan strategik. Menginsafi dan bersedia mengambil iktibar daripada setiap perlakuan mereka. (Belajar daripada kesilapan). o o o o o o o o o o Menyedari kepentingan sumbangannya kepada masyarakat dan negara. Bersedia meletakkan kepentingan masyarakat mengatasi kepentingan peribadi. Mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai kemajuan yang berterusan. Berkeyakinan tinggi Memiliki kerajinan, ketekunan dan berdisiplin. Bersifat kreatif dan inovatif. Boleh mengurus dan memimpin. Bertanggungjawab dan amanah. Berpandangan jauh dan berwawasan. Berani menghadapi risiko dan tidak mudah berputus asa. JENIS­JENIS PERNIAGAAN (AKTIVITI) USAHAWAN JENIS­JENIS PERNIAGAAN (AKTIVITI) USAHAWAN 1. Individu Bekerja Sendirian Melaksanakan kerja sendiri atau dengan jumlah pekerja yang sedikit bilangannya. Cth: Kedai runcit kecil-kecilan, wakil jualan, peguam, klinik persendirian dan lain-lain. 2. Pembina Pasukan Selalunya usahawan jenis ini akan mengembangkan perniagaan yang dijalankan secara sendirian ke arah perniagaan yang lebih besar dan memerlukan pekerja yang lebih ramai. Pendekatan mereka lebih berorientasikan pekerja dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mecapai matlamat. Cth: Kedai tukang jahit yang kemudian dikembangkan menjadi sebuah butik terkemuka. 3. Pencipta Bebas Usahawan jenis ini membentuk syarikat untuk mengeluarkan atau memasarkan barangan yang dicipta sendiri. Ada kalanya usahwan akan menggunakan nama sendiri sebagai nama produk mereka. Cth: Ramly Burger, Kicap Tamin, Sos Aminah Hassan, Hanafi Bin Ramli (HBR) dan lain-lain. 4. Pengganda Paten/Francais Usahawan jenis ini biasanya akan menubuhkan beberapa unit perniagaan yang berkesan. Dengan erti kata lain, usahawan akan membuka cawangancawangan di lokasi yang berbeza. Contoh: Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut, Mc Donalds, Ayamas, Sen Heng, Restoran Nasi Kandar Kayu dan lain-lain. 5. Usahawan Ekonomi Berskala Besar “Kos pengeluaran akan semakin rendah apabila kuantiti keluaran bertambah atau pengeluaran dilakukan secara besar-besaran. Dalam keadaan ini, barangan akan dijual dengan harga yang lebih rendah, namun jualan akan dipertingkatkan”. Usahawan jenis ini akan membuka perniagaan atau perusahaan yang agak besar saiznya, sekali gus memerlukan modal yang besar. Pekerjanya yang diperlukan juga ramai. Cth: Makro, Carrefour, Giant, IKEA, The Store dan lain-lain. 6. Pengumpul Modal Usahawan yang berusaha memulakan penubuhan institusi kewangan. Usahawan ini memerlukan sejumlah wang yang besar sebagai modal, antaranya seperti para pemilik bank dan syarikat-syarikat insurans. Cth: Maybank, AmBank, RHB, Hong Leong, Affin Bank, Public Bank dan lain-lain. Pembeli Perniagaan Usahawan jenis ini akan membeli perniagaan yang sedang wujud. Usaha ini agak mudah, perniagaan atau perusahaan untuk dijual boleh didapati dalam akhbar. Namun yang paling penting, usahawan perlu mempunyai wang yang banyak. Artis Jual-beli Usahawan jenis ini juga seperti Pembeli Perniagaan, bezanya, usahawan ini akan menjual semula perniagaan yang dibelinya dengan harga yang lebih tinggi. Usahawan ini biasanya akan membeli perniagaan yang bermasalah atau hampir muflis (bankrap) dan kemudiannya memperbaikinya. Setelah itu, perniagaan tersebut akan dijual semula kepada mana-mana pihak yang berminat. Usahawan Teknikal/Siber Usahawan jenis ini lebih berminat dalam pembaharuan, dan selalunya menggunakan teknologi untuk mencipta dan memasarkan sesuatu yang baru. RISIKO KEUSAHAWANAN RISIKO KEUSAHAWANAN 1. Peringkat Penentuan Identiti Tersendiri 1. Keputusan Awal Menjadi Usahawan 1. Peringkat Awal Perniagaan 1. Peringkat Kematangan Perniagaan ...
View Full Document

Ask a homework question - tutors are online