KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF - SALHA MOHAMED HUSSAIN.pdf

This preview shows page 1 - 2 out of 11 pages.

Proceeding of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 485 KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Salha Mohamed Hussain Kementerian Pendidikan Singapura [email protected] Abstrak Pembelajaran Kooperatif mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran di samping berupaya memupuk nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada pelajar. Melalui Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Johnson and Johnson (1989; dipetik daripada Panitz, 1998), menyatakan bahawa faedah utama Pembelajaran Kooperatif ialah keupayaannya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan menimbulkan motivasi untuk pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Maka, satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan kaedah ini dalam membina motivasi dan kesedaran para pelajar untuk lebih terlibat dengan lebih aktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan beberapa orang pelajar Menengah 4 Normal Akademik yang kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran secara umum di sebuah sekolah kejiranan di Singapura. Data kualitatif dan kuantitatif telah didapatkan melalui pengajaran di bilik darjah, borang maklum balas dan wawancara dengan pelajar- pelajar tersebut. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam sikap dan motivasi para pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga diharap dapat meninjau bagaimana kaedah ini berupaya memberikan satu suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Koperatif bagi menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Kata kunci: Pembelajaran Kooperatif, Motivasi, Gangguan Pembelajaran, Bahasa Melayu ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Di dalam bilik darjah, seseorang guru itu tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah gangguan pelajar dalam pembelajaran. Masalah ini boleh dikategorikan sebagai masalah besar yang memerlukan pelajar itu didisplinkan oleh pihak berkuasa di sekolah, ataupun sekadar masalah- masalah gangguan kecil yang sememangnya mengganggu pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan perhatian kepada masalah-masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah atau off- task behaviours’ yang perlu ditangani oleh para guru sendiri. Antara masalah-masalah gangguan pembelajaran yang biasa dilihat ialah lewat ke kelas, berbual- bual kosong dengan rakan, tidur, bergerak atau berjalan di dalam kelas tanpa sebab dan membuat cemuhan dan bersikap kurang sopan ketika guru atau rakan sedang bercakap. Seseorang guru yang tidak berupaya menangani masalah-masalah ini pastinya akan merasakan satu kegagalan dalam mengendalikan kelasnya. Gangguan-gangguan ini juga akan menyebabkan pengajaran tergendala
Image of page 1
Image of page 2

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 11 pages?

  • Fall '19

What students are saying

  • Left Quote Icon

    As a current student on this bumpy collegiate pathway, I stumbled upon Course Hero, where I can find study resources for nearly all my courses, get online help from tutors 24/7, and even share my old projects, papers, and lecture notes with other students.

    Student Picture

    Kiran Temple University Fox School of Business ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    I cannot even describe how much Course Hero helped me this summer. It’s truly become something I can always rely on and help me. In the end, I was not only able to survive summer classes, but I was able to thrive thanks to Course Hero.

    Student Picture

    Dana University of Pennsylvania ‘17, Course Hero Intern

  • Left Quote Icon

    The ability to access any university’s resources through Course Hero proved invaluable in my case. I was behind on Tulane coursework and actually used UCLA’s materials to help me move forward and get everything together on time.

    Student Picture

    Jill Tulane University ‘16, Course Hero Intern

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes