Akademik_etika_pensyarah_guru_Chapter4_Part7.docx - Pengkaji telah bersetuju untuk menggunakan Kaedah Persampelan Berstrata Tidak Berkadar bagi tujuan

Akademik_etika_pensyarah_guru_Chapter4_Part7.docx -...

This preview shows page 1 - 2 out of 4 pages.

Pengkaji telah bersetuju untuk menggunakan Kaedah Persampelan Berstrata Tidak Berkadar bagi tujuan menentukan sampel yang dipilih. Pengambilan sampel berstrata tidak berkadar merupakan teknik pengambilan sampel di mana populasi dikelompokan mengikut kampus dalam empat zon (Utara, Selatan, Timur dan Tengah). Setiap zon akan membekalkan 100 orang responden dan jumlah responden bagi kesemua zon ialah seramai 400 orang. Sampel diambil secara random dengan nisbah yang seimbang sesuai dengan posisi dalam populasi. 3.4.2 Kaedah Pemilihan IPG IPGK merupakan pusat melatih guru untuk persediaan berkhidmat di sekolah-sekolah seluruh negara. Bilangan IPGK yang ada di semenanjung berjumlah 19 buah dan kesemua IPGK ini di tadbir oleh IPGM iaitu sebuah badan induk. Sehubungan itu, kajian ini telah membahagikan IPG yang terdapat di semenanjung kepada beberapa zon iaitu Utara, Selatan, Tengah dan Timur. Setiap zon hanya diwakili oleh Dua (2) buah IPG sahaja dan ini bermakna hanya 8 buah IPG yang terlibat. Pemilihan 2 buah IPG dari setiap zon adalah berdasarkan kepada Kaedah Persampelan Berstrata Tidak Berkadar yang menetapkan bilangan IPG tersebut. 3.4.3 Pemilihan dan Saiz Sampel Pemilihan sampel adalah aspek yang sangat penting dalam sesebuah penyelidikan terutamanya penyelidikan berbentuk kuantitatif (Gay, et al., 2006). Sampel yang baik adalah yang mewakili populasi dari mana ianya dipilih. Kriteria pemilihan sampel
Image of page 1
Image of page 2

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture