pair.pdf - 1.0 Pengenalan Komunikasi adalah proses pertukaran mesej idea fakta atau perasaan Ia adalah pemindahan maklumat yang bermakna dari sorang

pair.pdf - 1.0 Pengenalan Komunikasi adalah proses...

This preview shows page 1 - 3 out of 5 pages.

1 1.0 Pengenalan Komunikasi adalah proses pertukaran mesej, idea, fakta atau perasaan. Ia adalah pemindahan maklumat yang bermakna dari sorang individu ke individu lain. Komunikasi yang kurang baik mungkin yang paling sering dirujuk kepada konflik antara peribadi. Individu membelanjakan hampir 70 peratus masa mereka untuk bercakap, menulis dan mendengar. Komunikasi sangat penting dalam sesebuah organisasi. Komunikasi sempurna berlaku apabila idea dihantar supaya penerima menerima kesan yang sama seperti pengirim. Teori komunikasi merupakan penyataan yang menerangkan, menjelaskan, menilai dan membuat sesuatu ramalan terhadap proses komunikasi. Gabungan antara konsep dan teori membentuk satu tanggapan atau proses kebaikan untuk penyelidikan. Cragan dan Shields (1998), menyatakan bahawa teori komunikasi adalah kenyataan yang mengandungi konsep yang dapat membantu seseorang untuk memahami dengan lebih jelas. Teori komunikasi menerangkan sesuatu yang tidak jelas secara membuat andaian seseorang dengan memberi keterangan terhadap fenomena yang berdekatan. Borman (1989) berpendapat bahawa teori adalah istilah yang menyokong kepada semua perbincangan yang berkaitan dengan proses komunikasi. Teori komunikasi ini dapat membantu kita untuk menyesuaikan diri. Selain itu, kita juga dapat sesuaikan diri dengan keadaan yang rumit dan memperolehi pemahaman. Pemahaman terhadap teori ini penting kerana ia boleh memberi jalan kepada seseorang untuk menyelesaikan kecelaruan terhadap sesuatu fenomena. Namun, teori komunikasi adalah sebuah rancangan yang dibuat berdasarkan pengalaman seseorang yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menghasilkan sebuah kebenaran.
Image of page 1