You've reached the end of your free preview.
Want to read all 300 pages?
Unformatted text preview: BAB 1
PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Mutu pendidikan banyak bergantung kepada kualiti seseorang guru. Guru yang baik,
boleh menghasilkan pengajaran yang menarik dan berkesan kepada pelajar-pelajarnya.
Dalam usaha meningkatkan pencapaian hasil pembelajaran, guru perlu mempunyai
pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan sikap yang baik di dalam dan di luar bilik
darjah. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran semestinya mempunyai objektif
yang tertentu untuk dicapai oleh setiap pelajar. Guru dan pelajar adalah golongan yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Setiap mereka perlu memainkan
peranan untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Justeru, guru perlu peka terhadap apa yang berkaitan dengan proses pengajaran
dan pembelajaran dan mengambil kira faktor penting yang boleh menyumbang ke arah
tercapainya hasil pembelajaran, Oleh itu, proses pengajaran memerlukan kepada
beberapa strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti yang tertentu untuk
membantu proses pengajaran berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Oleh itu, perancangan guru amat penting dalam merancang dan memilih serta
menggunakan beberapa kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar
untuk mewujudkan keberkesanan dalam pengajaran mereka. 1 Dalam bab satu ini, penulis akan membincangkan tentang latar belakang kajian,
pernyataan masalah, kepentingan kajian, objektif kajian, soalan kajian, hipotesis kajian,
kerangka konseptual kajian, batasan kajian, bidang kajian, definisi operasional, rangka
kajian dan kesimpulan. 1.1 Latar Belakang Kajian Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia
melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan,
kaedah serta teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama,
ia juga menitikberatkan faktor situasi, emosi, dan peranan pelajar dalam satu-satu proses
pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu pelajar dan guru. Oleh itu,
faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu diambil kira. Pada masa ini, pelbagai isu dan masalah tentang pelaksanaan Bahasa Arab di
sekolah telah dibincang oleh ramai pihak dan sebahagian besarnya mempunyai
hubungkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta amalan pengajaran
Bahasa Arab dalam bilik darjah. Kesemua ini memerlukan kepada perhatian dan
kesungguhan daripada guru-guru Bahasa Arab untuk melaksanakannya. Justeru,
keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekolah adalah bergantung kepada keupayaan
dan peranan guru Bahasa Arab di dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat dan
objektif kurikulum Bahasa Arab yang telah digubal. 2 Pada asasnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mempunyai kesan yang besar kepada penguasaan bahasa Arab dalam
kalangan pelajar. Ini kerana guru merupakan orang yang paling penting dan pelaksana
kepada segala perancangan yang telah dirangka oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Selain itu, guru-guru juga seharusnya mempunyai strategi, kaedah
pengajaran, kemahiran yang sesuai dan terkini serta keilmuan yang mantap bagi
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa Arab. Ini bertepatan dengan Abdul Salam Mohamed Ibrahim (2007:122) yang
menyatakan guru Bahasa Arab seharusnya berkemampuan untuk memilih kaedah dan
teknik yang mudah dan berkesan dalam proses pengajaran agar pelajar menjadi aktif
dan seronok mempelajari bahasa Arab. Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat
menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif
pengajaran, dan sekaligus dianggap kurang berkesan. Kelemahan ini akan
mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap
pencapaian serta kemajuan pelajar. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan
menjejaskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Ini bertepatan dengan pendidikan di Malaysia yang berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu “suatu usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
3 jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara” (FPK) Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah
menetapkan “pembangunan modal insan berminda kelas pertama” sebagai salah satu
daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Dalam usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama
bertaraf dunia, guru atau pendidik merupakan individu yang memainkan peranan
penting dan bertanggungjawab ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis
selaras dengan matlamat pendidikan. Justeru, guru adalah tonggak sistem pendidikan dan sebagai agen pembangunan
dan perubahan minda ummah. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
merupakan satu interaksi di antara tiga faktor penting iaitu pelajar, guru dan isi
pelajaran. Manakala kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sesuai akan
membolehkan guru mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Di samping itu, ia
akan menimbulkan minat dan keseronokan serta mendorong pelajar untuk belajar
bersungguh-sungguh. Walaupun kejayaan sesuatu pengajaran itu adakalanya bergantung
kepada beberapa faktor lain, namun peranan guru tetap menjadi faktor utama dalam
menentukan kejayaan pengajaran kerana ia dianggap sebagai penentu dan paling
berperanan dalam meningkatkan kejayaan sesuatu pembelajaran.
4 Menurut Atan Long (1992:197), tugas utama guru di dalam pengajaran ialah
membimbing murid-murid untuk menguasai isi pelajaran dan mencapai objektif yang
ditentukan atau dirancang. Justeru, persediaan guru sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran adalah penting. Guru seharusnya sentiasa melengkapkan diri dengan
pelbagai usaha untuk memastikan proses pengajaran berjaya dilaksanakan selari dengan
objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Di samping itu juga, guru perlu berusaha dan kreatif dalam menyampaikan
pengajaran kerana ianya penting bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar terhadap
pelajaran. Pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar
para pelajarnya supaya menarik minat mereka terhadap setiap mata pelajaran dan
cenderung untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi. Dari itu, adalah perlu
bagi setiap guru menyedari apakah bentuk kaedah yang patut digunakan semasa mereka
mengajar dalam bilik darjah untuk menjamin minat dan motivasi pelajar berada dalam
tahap yang optima. Penggunaan kaedah yang baik dalam pengajaran adalah penting
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan seronok dalam kalangan
pelajar serta merangsang minat mereka untuk belajar secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab khususnya di peringkat rendah
adalah bermatlamat untuk menanam minat mempelajari bahasa Arab bagi menguasai
kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah
(Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi 2004:2). Justeru, untuk merealisasikan
matlamat ini, program j-QAF telah diperkenalkan dan perjawatan guru j-QAF juga telah
diwujudkan di sekolah rendah. 5 Bertitik tolak dari situ dan bersesuaian dengan kajian ini, penulis memilih untuk
mengkaji penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru-guru di
peringkat sekolah rendah khususnya yang mengikuti program j-QAF di atas beberapa
sebab yang penulis akan bincangkan dalam bab metodologi kajian. 1.2 Pernyataan Masalah Mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua merupakan suatu proses yang
agak sukar oleh seseorang pelajar lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar Melayu yang
merupakan penutur bukan jati bahasa tersebut. Mereka tidak pernah terdedah secara
langsung kepada persekitaran bahasa Arab bagi membolehkan mereka untuk
mempraktikkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan. Azlina Ahmad (1998) dalam Normah Idris (2004: 6) berpendapat bahawa pelajar
kurang berkemampuan dalam menguasai bahasa Arab disebabkan tanggapan mereka
terhadap bahasa Arab sebagai bahasa asing dan penggunaannya adalah terhad serta
tidak meluas. Saifuddin Hussin (2002:20-88) menyatakan bahawa kelemahan pelajar dalam
menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab menyebabkan mereka lemah dan tidak
dapat menguasai kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan baik. Ia kerana melalui
pemerolehan perbendaharaan kata, pelajar dapat berkomunikasi dengan mudah. Ini juga
memberi kesan kepada kelemahan dalam bidang penulisan, pertuturan dan pembacaan
sekiranya mereka lemah menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab. 6 Menurut beliau lagi, kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada
tiga elemen penting iaitu guru, pelajar dan bahan. Guru sangat memainkan peranan
penting dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui kaedah pengajaran yang baik akan
membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan serta dapat
menghasilkan pelajar yang aktif dan mampu menguasai kemahiran berbahasa yang
utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kelemahan pelajar
dalam menguasai perbendaharaan kata adalah berpunca daripada ketidakberkesanan
pengajaran guru. Menurut Rusydiy Ahmad Ţa„imat (2000:39-40), kajian telah dibuat di beberapa
buah negara Arab tentang sebab-sebab kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab
di peringkat sekolah rendah. Hasil kajian melalui pendapat 196 orang guru dan 48 orang
mentor mendapati bahawa antara sebab kelemahan pelajar ialah;
i. Para guru tidak mampu menggunakan bahasa standard ketika mengajar ii. Kekurangan guru yang mendapat pengkhususan bahasa Arab
iii. Kesan persekitaran yang kurang membantu
iv. Masa pengajaran Bahasa Arab adalah sedikit dan terhad
v. Kurang bahan bantu mengajar Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai
bahasa kedua, topik perbincangan masih lagi berkisar kepada kesulitan yang dihadapi
untuk menguasainya. Permasalahan inilah yang membelenggu keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut sama ada tercapai atau sebaliknya. 7 Sehubungan dengan itu, pelaksanaan kurikulum pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab Komunikasi di peringkat rendah bermatlamat untuk menanam minat mempelajari
bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid
menggunakan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi dengan mudah dan betul.
Namun demikian, apa yang berlaku ialah murid-murid kurang mahir dalam bahasa Arab
dan tidak dapat berkomunikasi serta bertutur dengan baik. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa permasalahan ini mungkin berpunca daripada pengajaran dan
pembelajaran yang kurang berkesan. Melalui pembacaan dan pemerhatian penulis, terdapat tiga masalah utama yang
berkait dengan pengajaran guru. Masalah tersebut adalah seperti berikut;
i. Bahasa pengantar ii. Kaedah pengajaran
iii. Bahan bantu mengajar Pertama : Bahasa pengantar Untuk mewujudkan pengajaran bahasa yang baik dan berkesan, guru perlu
menitikberatkan penggunaan bahasa yang betul dan sesuai dengan tahap dan
kemampuan pelajar. Salah satu masalah yang telah dikenal pasti dalam pengajaran Bahasa Arab
melalui pengalaman dan pemerhatian penulis sepanjang menjalankan pemerhatian
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah semasa latihan mengajar
(praktikum) mulai tahun 2005 hingga 2007 ialah dari segi penggunaan bahasa. Penulis
mendapati bahawa bahasa yang digunakan oleh guru agak lemah dan mereka
8 mencampur aduk bahasa Arab dengan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Guru-guru
ini juga lemah dalam penggunaan bahasa yang mudah di dalam bilik darjah atau
dikenali sebagai “lughat al-fasl” 1. Di samping itu, terdapat juga bahasa yang
digunakan adalah salah dari segi nahu. Dapatan tersebut juga disokong daripada hasil temu bual penulis dengan
pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam pemerhatian praktikum bagi guru-guru
tersebut. Mereka bersependapat dengan penulis dan menegaskan bahawa guru-guru
lemah dalam menguasai bahasa Arab lebih-lebih lagi untuk menyampaikan isi pelajaran
dengan menggunakan bahasa Arab yang mudah difahami oleh para pelajar. Manakala kajian yang telah dijalankan oleh Sohair Abdel Moneim Sery
(1990:117) menunjukkan bahawa terdapat beberapa masalah pengajaran guru antaranya
ramai guru yang menggunakan bahasa ibunda semasa mengajar Bahasa Arab. Ini
bermakna ramai dalam kalangan mereka menggunakan kaedah terjemahan semasa
mengajar Bahasa Arab. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan
oleh guru yang mengajar bahasa dan ianya berlawanan dengan kehendak kaedah-kaedah
pengajaran moden kerana kaedah ini boleh menyebabkan murid-murid lambat
menguasai bahasa Arab. Azharudin Bin Ahmad Zakaria (2005:65-66) dalam kajiannya yang bertajuk
“Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Sekolah Rendah Agama:
Satu Kajian Kes” telah membuat rumusan bahawa bahasa pengantar yang digunakan
oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab ialah bahasa
1 “lughat al-fasl” ialah bahasa yang digunakan di dalam bilik darjah dan ia lebih berkait tentang ta‟bir
siaqi. 9 ibunda iaitu bahasa Melayu. Beliau mendapati seramai 100% guru-guru menggunakan
bahasa tersebut dalam proses pengajaran Bahasa Arab. Dalam kajian Ismail Muda (1999:101) yang bertajuk “Penguasaan Bahasa Arab
Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa Kelantan”
telah mengemukakan beberapa faktor kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab.
Salah satu faktor ialah guru tidak menggunakan bahasa Arab sepenuhnya semasa
mengajar di dalam kelas. Dapatan ini disokong oleh Saupi Man (2003:265) yang menyatakan bahawa
terdapat dua masalah besar yang menjadi halangan kepada pengajaran Bahasa Arab di
peringkat rendah. Salah satunya ialah tahap kemampuan guru dalam berkomunikasi
dengan bahasa Arab amat rendah dan tidak dapat mengajar Bahasa Arab dengan
sempurna serta tidak banyak pertuturan yang boleh dicontohi oleh murid. Penggunaan bahasa Arab yang mudah adalah penting dan guru seharusnya
menggunakannya kerana dengan penggunaan bahasa yang betul dan mudah akan
memberi kesan yang positif terhadap kejayaan dalam pengajarannya dan pelajar akan
dapat memahami isi pelajaran dengan mudah. Manakala menurut Misnan Jemali (1999:21) pula melalui kajian yang telah
dibuat oleh Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia mengenai pengajaran Bahasa
Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 1993, mendapati beberapa
masalah yang berkaitan dengan faktor guru dalam menyampaikan pengajaran Bahasa
Arab. Hasil kajian menunjukkan bahawa:
10 i. Kurangnya guru Bahasa Arab yang berkemampuan menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. ii. Kebanyakan guru masih lagi menggunakan kaedah lama (kaedah
membaca, terjemahan dan syarahan) dalam menyampaikan pengajaran. iii. Penggunaan bahasa Arab juga terhad di dalam bilik darjah sahaja dan
tidak berlaku di luar bilik darjah. Menurut Osman Hj Khalid dan Abdul Rahim Hj Ismail (1994) dalam Sharifah
Fatimah (2002:24), guru dianggap sebagai faktor penentu bagi kejayaan atau kegagalan
suatu program pendidikan amnya dan proses pengajaran bahasa khasnya. Jadi, dengan ini jelaslah bahawa kebanyakan guru tidak menggunakan bahasa
Arab dalam pengajaran mereka dan masih lagi menggunakan kaedah lama dalam
menyampaikan isi pelajaran. Oleh itu, guru seharusnya mempertingkatkan usaha dalam
kemahiran mengajar agar ia memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kedua : Kaedah Pengajaran
Kepelbagaian penggunaan kaedah dalam pengajaran akan menghasilkan kesan
yang baik terhadap pencapaian hasil pembelajaran. Menurut Abdul Rahim Abdul
Rashid et al (2000:86), guru perlu mencuba berbagai-bagai kaedah pengajaran supaya
dapat mengetahui keberkesanan dan kesesuaian sesuatu kaedah. Pelajar juga tidak akan
berasa bosan sekiranya guru mempelbagaikan kaedah pengajaran. 11 Mohd Rizuan Abd. Rasip (2002:3-4) menyatakan bahawa terdapat guru yang
menggunakan kaedah dalam pengajaran mereka ialah setiap hari apabila mengajar di
dalam kelas, mereka hanya bercakap seorang diri dengan sekali sekala menulis di papan
hitam. Kaedah “talk and chalk” semata-mata menjemukan pelajar kerana tidak
menarik. Mereka juga tiada usaha mempelbagaikan strategi, kaedah dan teknik
pengajaran. Ini sudah tentu memberi kesan yang negatif terhadap pelajar. Manakala Roslida Kadir (2002: 64) dalam kajiannya pula mendapati kaedah
pengajaran guru berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min keseluruhannya ialah
3.44. Hasil kajiannya juga mendapati ramai pelajar agak sukar memahami pengajaran
guru kerana penerangan dan percakapan mereka tidak jelas dan sukar difahami.
Keadaan ini sudah pasti boleh menjejaskan prestasi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Arab. Mohamed Bin Ab. Rahman (1994) dalam Samsiah Bt Hayat (2004:37) pula
telah mengemukakan beberapa masalah dalam pengajaran Bahasa Arab yang telah
dikenal pasti, antaranya ialah latihan guru. Walaupun guru-guru mempunyai kelayakan
dalam bidang bahasa Arab tetapi mereka menghadapi masalah tentang cara hendak
mengajar bahasa tersebut. Oleh itu, guru perlu diberi pendedahan dan latihan tentang
kaedah pengajaran Bahasa Arab. Ketiga : Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar adalah bahan yang boleh membantu guru untuk
menyampaikan isi pelajaran dengan mudah dan berkesan. Ia juga boleh merangsang
minat pelajar terhadap pelajaran melalui kepelbagaian bahan bantu mengajar yang
12 digunakan. Bahan bantu mengajar yang disarankan dalam pengajaran Bahasa Arab ialah
seperti kad imbasan, gambar-gambar, bahan maujud, kad kalimah, carta dan pita
rakaman dan lain-lain. Menurut Ainon Wazir (2004:44-80) telah menyatakan bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar dalam kelas bahasa Arab masih belum diamalkan sepenuhnya.
Hasil soal selidik menunjukkan sebahagian besar guru tidak menggunakan bahan bantu
mengajar dalam kelas iaitu nilai min sebanyak 2.6500 sedangkan para pelajar
menganggap penggunaan bahan tersebut boleh menjadi faktor yang membantu
meningkatkan pencapaian mereka dalam bahasa Arab. Azharudin Bin Ahmad Zakaria (2005:64-66) pula mendapati bahawa guru-guru
masih lagi menggunakan pendekatan lama dalam penggunaan bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran Bahasa Arab. Mereka lebih banyak menggunakan papan
hitam, kad manila dan buku teks sebagai bahan bantu mengajar. Manakala Mohamed Bin Ab. Rahman (1994) dalam Samsiah Bt Hayat
(2004:37) juga telah menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan
salah satu masalah dalam pengajaran Bahasa Arab. Beliau mendapati bahawa guru-guru
kurang menggunakan bahan bantu mengajar semasa pengajaran sedangkan penggunaannya adalah sangat penting dan ia boleh memberi kesan positif terhadap
pengajaran. Ini disokong oleh kajian Abdul Ghani (1993) dalam Ainon Wazir (2004:80)
menegaskan bahawa salah satu punca kelemahan pengajaran dan pembelajaran di
13 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak ialah kurangnya penggunaan bahan
bantu mengajar di dalam kelas. Jelaslah di sini bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan salah satu
bahan yang boleh membantu guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
mewujudkan pengajaran yang baik dan berkesan. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran juga akan dapat memberi kesan positif terhadap pelajar dan mata
pelajaran yang diajar. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan
pelajar-pelajar merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai kaedah
pengajaran untuk mewujudkan keberkesanan pengajaran mereka. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan matlam...
View
Full Document
- Summer '19
- The Land