ISI KANDUNGAN
1.
PENGENALAN
2
2.
ISU ALAM SEKITAR
3
2.1
Bahagian A
– Pemilihan Isu Pencemaran Sungai
2.1.1
Pencemaran Sungai
2.1.2
Pencemaran Sungai Dari Aktiviti Industri
4
2.1.3
Pencemaran Sungai Akibat Dari Pengurusan
6
Sisa Pepejal Penempatan
2.2
Bahagian B
– Video Konsep Pendidikan Warganegara Global (GCED)
7
Dan Isu Pencemaran Sungai
2.2.1
Video Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)
2.2.2
Video Isu Pencemaran Sungai
9
2.3
Bahagian C
– Bagaimana Konsep Utama Tiga Dimensi Memberi
10
Manfaat Bagi Menyelesaikan Isu Alam Sekitar
2.3.1
Huraian Tiga Dimensi Konsep Utama Pendidikan Kewarganegaraan
11
Global (GCED) Dalam Menyelesaikan Isu Alam Sekitar
2.3.2
Cadangan Dan Metadologi Penyelesaian Isu Alam Sekitar
13
3.
KESIMPULAN
17
4.
REFLEKSI KENDIRI
18
5.
BIBLIOGRAFI
20

2.0
ISU ALAM SEKITAR
2.1
Bahagian A -
Pencemaran merupakan antara isu alam sekitar, akan dibincang
pada tajuk berikut ;
2.1.1
Pencemaran Sungai
Pencemaran sungai dapat didefinisi sebagai menyebabkan sebarang
kemasukan bahan asing ke dalam aliran air sungai, yang mana boleh merubah
keadaan fizikal atau kimia, seterusnya akan menjadi ancaman serta mengganggu
gugat kehidupan manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Takrifan
pencemaran di bawah Undang-Undang Malaysia pula ialah, “ “Pencemaran”
ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal,
haba, kimia, biologi atau radioaktif pada mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga
menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang
merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan, kebajikan
awam atau kepada binatang, burung, hidup-hidupan liar, ikan serta hidup-hidupan
dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan suatu perlanggaran
terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen
yang dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - Akta 127”
(Jabatan Alam Sekitar, 2015).
Pencemaran yang keterlaluan dan tidak terkawal akan mengakibatkan tahap
kualiti air sungai menurun, ia menjejaskan bekalan air bersih yang disalurkan
kepada penduduk setempat dan pengguna lain terutamanya di kawasan bandar.
