chapter_1_2_disember - Kertas Cadangan Faktor-faktor Yang...

Info iconThis preview shows pages 1–4. Sign up to view the full content.

View Full Document Right Arrow Icon
Kertas Cadangan Faktor-faktor Yang Menentukan Hutang Isirumah Di Malaysia Name : Nur Shahirah Binti Azman No. Matrik : EGA 090051 Penyelia : Dr. Roza Hazli Binti Zakaria
Background image of page 1

Info iconThis preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

View Full DocumentRight Arrow Icon
Abstrak Pada masa kini isi rumah yang hidup di dalam dunia moden kelihatan sukar untuk melepaskan diri daripada berhutang terutamanya dengan perkembangan jumlah produk dan perkhidmatan institusi perbankan yang menawarkan hutang tanpa cagaran seperti kad kredit. Masalah timbul apabila isirumah memilih untuk mengguna lebih daripada jumlah pendapatan yang diperoleh, di mana dalam keadaaan ini individu tersebut akan melakukan pinjaman daripada bank atau sumber lain. AKPK telah merekodkan daripada jumlah kes 50, 361 yang terlibat dengan program pengurusan hutang, 10.6 peratus isirumah tidak membayar hutang kredit manakala baki sebanyak 74.3 peratus mengalami masalah pembayaran dengan pinjaman perumahan, pembelian kereta dan hutang pinjaman tertunggak. Maka adalah penting untuk mengkaji faktor-faktor yang menentukan hutang isirumah. Kajian ini akan menguji perhubungan diantara faktor ekonomi, sosio-demografi dan psikologi terhadap hutang isirumah di Malaysia. Satu survei akan dijalankan dengan menggunakan kaedah persampelan mudah di kalangan golongan bekerja di Kuala Lumpur untuk memahami penjelasan mikro tentang hutang isirumah. Ianya mungkin dapat memberi beberapa sebab mengapa isirumah melakukan pinjaman dan seterusnya dapat memberikan beberapa petunjuk jenis polisi yang diperlukan bagi mengatasi masalah ini.
Background image of page 2
1.0 Pengenalan Pada masa kini isi rumah yang hidup di dalam dunia moden kelihatan sukar untuk melepaskan diri daripada hutang terutamanya dengan perkembangan jumlah produk dan perkhidmatan institusi perbankan yang menawarkan hutang tanpa cagaran seperti kad kredit. Isi rumah juga turut berdepan dengan tugasan yang sangat mencabar dalam menguruskan keputusan ekonomi di mana ianya melibatkan keputusan untuk mengguna atau menabung sabahagian daripada pendapatan bulanan. Masalah timbul apabila isirumah memilih untuk mengguna lebih daripada jumlah pendapatan yang diperoleh, di mana dalam keadaaan ini individu tersebut akan melakukan pinjaman daripada bank atau sumber lain. Sejak Krisis Kewangan Asian pada tahun 1997, instituisi perbankan di Malayisa telah mengurangkan pinjaman kredit kepada perniagaan dan fokus pemberian kredit adalah kepada isirumah sebagai sebahagian daripada strategi diversifikasi perniagaan perbankan. Polisi kerajaan juga memainkan peranan penting iaitu kerajaan memperuntukkan akses kredit yang besar kepada isirumah. Sebagai contoh, kerajaan mempromosikan polisi pemilikan rumah dan pengurangan duti ke atas kereta. Apabila kerajaan mempromosikan polisi pemilikan rumah maka bank secara langsung dengan menggunakan kapasiti dan strategi perniagaan digalakkan untuk menawarkan pinjaman perumahan terutamanya kepada isirumah yang berpendapatan rendah. Mengikut Norhana dan Hua (2009) dalam penyelidikan mereka tentang “Hutang Isirumah di Malaysia”, institusi perbankan secara rela hati membiayai cagaran perumahan (
Background image of page 3

Info iconThis preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

View Full DocumentRight Arrow Icon
Image of page 4
This is the end of the preview. Sign up to access the rest of the document.

Page1 / 16

chapter_1_2_disember - Kertas Cadangan Faktor-faktor Yang...

This preview shows document pages 1 - 4. Sign up to view the full document.

View Full Document Right Arrow Icon
Ask a homework question - tutors are online