Islam Rahmatan lil 'Alamin.docx - 1 PENGENALAN 1.1...

This preview shows page 1 - 2 out of 5 pages.

1. PENGENALAN 1.1. Ciri-ciri agama Islam Islam merupakan agama yang syumul. Syumul disini bermaksud Islam sebagai agama yang sempurna dan menyeluruh serta merangkumi segala aspek di dalam kehidupan seharian manusia. Segala aspek kehidupan ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan telah dibukukan kepada kitab suci umat Islam yang menjadikan rujukan sehingga hari ini iaitu Al-Quran. ([ CITATION Bas12 \l 17417 ] Aspek kehidupan ini juga boleh dilihat melalui sunnah iaitu segala perbuatan, pengakuan, akhlak dan sirah yang dibawa atau ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Sunnah terbahagi kepada tiga iaitu; Sunnah Qauliyyah, Sunnah Fi’liyyah dan Sunnah Taqriyyah. Sunnah Qauliyyah ialah segala perkataan Rasulullah dalam menerangkan sesuatu perkara dengan tujuan tertentu. Sebagai contoh, sabda Rasulullah s.a.w., “setiap amalan harus disertai dengan niat” ( HR Bukhari ). Sunnah Fi’liyyah pula merupakan perbuatan Rasulullah dalam kehidupan seharian beliau. Contohnya perbuatan baginda menunaikan solat lima waktu dan Sunnah Taqriyyah pula merupakan pengakuan baginda terhadap perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh para sahabat baginda. Sebagai contoh, sahabat baginda iaitu ketua perang semasa zaman baginda; Khalid bin Al-Walid bersama dengan baginda memasuki rumah Maimunah lalu dihidangkan kepada baginda dan sahabat baginda daging dhab yang telah dibakar. Rasulullah menghulurkan tangan untuk mengambil daging itu tetapi selepas diberitahu kepada baginda bahawa daging itu merupakan daging dhab, baginda menarik tangannya semula. Bertanyalah Khalid Al-Walid kepada baginda, “Haramkan dhab itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Tidak, tetapi ia tidak terdapat di negeri kaumku, maka aku tidak menyukainya”. Khalid berkata, “aku mengambil daging itu lalu memakannya sedangkan Rasulullah hanya melihat”( HR Muslim ) [ CITATION Mus18 \l 1033 ] Antara ciri atau keisitmewaan lain agama Islam adalah ia bersifat rabbani iaitu ketuhanan, al- thabat wa al-murunah iaitu bermaksud tetap atau anjal dan tidak berubah, waq’iyyah iaitu bersifat realistik dan praktikal, tawazun yang bermaksud Islam ini merupakan agama yang seimbang kepada semua aspek kehiduan manusia daripada segi rohani, jasmani, dunia dan jugak akhirat, ‘alamiyyah yang bermaksud sejagat yang menekankan bahawa agama Islam merupakan agama yang universal, sesuai dengan seluruh umat manusia tidak kira bangsa, umur dan juga tidak terbatas pada masa-masa tertentu sahaja dan wasatiyyah

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture