projekhoki - PENGENALAN Sejarah dan Perkembangan Adalah...

Info iconThis preview shows pages 1–4. Sign up to view the full content.

View Full Document Right Arrow Icon

Info iconThis preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

View Full DocumentRight Arrow Icon

Info iconThis preview has intentionally blurred sections. Sign up to view the full version.

View Full DocumentRight Arrow Icon
This is the end of the preview. Sign up to access the rest of the document.

Unformatted text preview: PENGENALAN Sejarah dan Perkembangan Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan di England. Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain terus mengharamkannya. Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan ini kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang mahu mempelajarinya. Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau panggilan. Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau bandy.Perkataan hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet. Adalah difahamkan, iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ). Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum perempuan pun turut bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan mengenkan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan. Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainanini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Permainan Antarabangsa Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain. Akan tetapi detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa bermula apabila ia diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.Walaupun ia sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896....
View Full Document

Page1 / 93

projekhoki - PENGENALAN Sejarah dan Perkembangan Adalah...

This preview shows document pages 1 - 4. Sign up to view the full document.

View Full Document Right Arrow Icon
Ask a homework question - tutors are online