Kerja kursus sejarah(SYAMIL).docx - 00 MOHD SHAIEM BIN...

This preview shows page 1 - 3 out of 13 pages.

000112-01-0829 MOHD SHAIEM BIN MUSTAFFA:SUMBANGAN DALAM SUKAN KAYAK DI JOHOR (1995 – 2014) PENGENALAN Kayak merupakan bot yang didayungkan menggunakan dayung berbilah dua oleh pendayung yang melunjurkan kakinya kedepan. Kayak pada asalnya hanya digunakan sebagai pengangkutan air tetapi telah digunakan juga sebagai suatu peralatan yang penting dalam sukan kayak. Sukan kayak telah mula diperkembangkan pada tahun 1886 oleh Persatuan Kanu British. Sejak itu,sukan kayak mula berkembang ke serata dunia termasuklah Malaysia. Sukan kayak di Malaysia dimulakan apabila ia diperkenalkan oleh seorang pelaut British yang tinggal di Woodlands,Singapura. Pada peringkat awal,sukan kayak ini hanya didedahkan kepada tentera dan kakitangan kerajaan sahaja. Sukan ini telah mendapat nafas baru ketika guru-guru pendidikan jasmani yang menuntut di maktab-maktab perguruan seluruh Malaysia mula membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspedisi kayak di seluruh negara. Hal ini telah menyedarkan rakyat tempatan tentang kewujudan sukan kayak. Setelah Pulau Pinang mempelopori sukan kayak di Malaysia dengan mengadakan pelbagai pertandingan kayak seperti Kejohanan Merentas Pulau Pinang,Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil inisiatif dengan memberikan insentif serta bantuan alatan kayak kepada semua persatuan kayak di seluruh Malaysia .Pada tahun 1986,Persatuan Kanu Johor telah ditubuhkan oleh pihak swasta yang datang daripada negeri Johor dan Singapura. Persatuan ini ditubuhkan bagi melahirkan atlet baru dalam sukan kayak disamping menjadi satu badan yang mampu menarik minat anak tempatan menyertai sukan kayak. Majlis Sukan Negara pula telah memberi dana kepada Persatuan Kanu Johor bagi mempergiatkan aktiviti kayak di Johor. Persatuan Kanu Johor telah diberi tanggungjawab melatih dan melahirkan 1
000112-01-0829 atlet yang cemerlang dalam sukan kayak dan juga sukan kanu di Johor.Pada peringkat awal,Persatuan Kanu Johor hanya memfokuskan latihan atlet di daerah Muar dan juga Johor Bahru sahaja kerana masalah kekangan wang.Walaubagaimanapun,masalah ini telah dapat diselesaikan dan latihan kayak mula dilakukan di daerah Segamat,Ledang,Pontian,Kluang disamping daerah asal iaitu Muar dan Johor Bahru. Mohd Shaiem bin Mustaffa merupakan salah seorang jurulatih kayak yang melatih pasukan kayak Johor. Mohd Shaiem merupakan anak jati Segamat,Johor. Buktinya beliau dilahirkan di Hospital Segamat pada 29 Jun 1967 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Datuk Wan Idris daripada tahun 1974 hingga tahun 1979. Kemudian,beliau telah menyambung pelajaran menengah ke Sekolah Tinggi Segamat daripada tahun 1980 hingga 1983. Beliau menamatkan pendidikan di tingkatan 3 dan mengambil keputusan untuk mula menceburkan diri dalam bidang sukan kayak pada tahun 1984. Mohd Shaiem bin Mustaffa telah mula melibatkan diri dalam bidang sukan kayak sejak berumur 16 tahun. Beliau berlatih berkayak di kawasan Tanjung Emas,Muar pada setiap hari Jumaat kerana kekangan masa.

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture