Di OUM myINSPIRE LMS merupakan contoh teknologi yang boleh digunakan untuk

Di oum myinspire lms merupakan contoh teknologi yang

This preview shows page 104 - 106 out of 231 pages.

Di OUM, myINSPIRE LMS merupakan contoh teknologi yang boleh digunakan untuk membina kreativiti dalam kalangan pelajar dan pendidik. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat apakah kreativiti, inovasi dan pemikiran reka bentuk. Secara ringkasnya, kreativiti berkaitan dengan 'imaginasi' dan inovasi berkaitan dengan 'implementasi/perlaksanaan'. Boleh juga dikatakan bahawa kreativiti adalah kebolehan untuk menghasilkan dan inovasi adalah pengenalan kepada perkara baharu. Bagaimana pula dengan Pemikiran Reka Bentuk? Pernahkah anda mendengar istilah ini? Kemungkinan anda tidak pernah mendengarnya. Jika pernah, tahniah, ini bermakna anda peka dengan perkembangan teknologi dan kemahiran berfikir terbaharu. Secara ringkasnya, Pemikiran Reka Bentuk adalah proses berasaskan penyelesaian yang menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah yang rumit dan tidak jelas seperti yang terdapat dalam pembelajaran dunia sebenar. Masih keliru? Perlukan lebih pencerahan? Cara lain untuk memahami konsep- konsep ini terdapat dalam kotak di bawah. Kita akan mengetahui lebih lanjut tentang konsep-konsep yang menarik ini di sub topik berikutnya. Tetapi sebelum itu, mari saya tarik perhatian anda dengan beberapa kata-kata tentang kepentingan kemahiran kreativiti pada abad ke-21. Banyak kata-kata inspirasi, cerita pendek daripada ahli seni, ahli falsafah, pemikir dan sebagainya terdapat di dalam topik ini untuk menggalakkan cara pemikiran baharu tentang kreativiti dan inovasi untuk para pelajar OUM. Kreativiti, Inovasi and Pemikiran Reka Bentuk/ Sekali imbas. Kreativiti adalah semangat, sikap dan keberanian untuk mencuba perkara baharu dan terbuka untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak dijangka. Inovasi adalah pelaksanaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Pemikiran Reka Bentuk adalah ÂbagaimanaÊ, pendekatan, set minda dan tingkah laku yang bakal diambil.
Image of page 104
trianglert TOPIK 5 KREATIVITI DAN INOVASI 92 Anda boleh lawati pautan di bawah untuk menonton video pendek tentang Kreativiti dalam Pendidikan (Pendidikan abad ke-21). Anda juga boleh mengimbas kod QR menggunakan telefon anda ATAU klik pautan di bawah. „Untuk memastikan semua orang memperoleh asas ilmu dan kemahiran yang kukuh, maka, mereka perlu mencapai tujuan teras posisi agenda pendidikan 2015. Ini bukan sahaja menyediakan lebih ramai individu dengan tempoh pendidikan yang lebih lama; malah, itu hanyalah langkah pertama. Lebih kritis untuk memastikan individu memperoleh asas ilmu yang kukuh dalam disiplin pendidikan, mereka perlu membina kemahiran pemikiran kreatif kreatif kreatif, kritis dan kolaborasi, dan membina sifat seperti kesedaran, ingin tahu, keberanian dan mempunyai daya tahan‰ Andreas Schleicher dan Qian Tang Universal Basic Skills: What Countries Stand to Gain (2015, p.9) (Sumber: Sumber: Sumber: - skills_5js32nmfrb8q.pdf) „Presiden Obama mengenal pasti keperluan kritis untuk mengukur kemahiran abad ke-21, dengan memanggil gabenor negara untuk: ..... membina standard
Image of page 105
Image of page 106

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 231 pages?

  • Fall '19

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture