membazirkan sumber ekonomi supaya pengeluar dapat menikmati faedah ekonomi

Membazirkan sumber ekonomi supaya pengeluar dapat

This preview shows page 7 - 10 out of 18 pages.

membazirkan sumber ekonomi supaya pengeluar dapat menikmati faedah ekonomi bidangan dan meminimumkan kos pengeluaran Sebagai contoh pembekalan elektrik dan air. 3.1.4 Kegiatan Ekonomi Yang Terkawal Individu bebas menggunakan faktor pengeluaran untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang dapat memaksimumkan kepuasan dan keuntungan persendirian. Namun begitu, kerajaan juga mengadakan peraturan dan undang- 6
undang untuk mengawal kegiatan ekonomi supaya kegiatan ekonomi tidak menimbulkan kesan-kesan luaran negatif dan kegiatan haram yang dapat menjejaskan keharmonian masyarakat. 3.2 CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI MYANMAR Myanmar mengamalkan Sistem ekonomi pasaran bebas / Kapitalis dan mempunyai ciri- ciri seperti yang berikut: 3.2.1 Peranan Mekanisme Harga Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga. Interaksi kuasa permintaan dan penawaran akan menentukan harga dan kuantiti barang di pasaran barangan dan pendapatan faktor di pasaran faktor untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi. Perubahan dalam permintaan dan penawaran yang mempengaruhi harga akan mengubah cara bagaimana masyarakat menggunakan sumber ekonominya. 3.2.2 Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Kegiatan Ekonomi Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. Semua kegiatan ekonomi dijalankan oleh pihak swasta. Peranan kerajaan terhad kepada menjaga keselamatan negara dan menguatkuasakan undang-undang supaya kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar. 3.2.3 Pemilikan Harta Persendirian Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan menentukan cara penggunaan faktor dan harta persendirian mereka. Individu bebas membuat pilihan bagaimana menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk menjalankan kegiatan ekonomi. 3.2.4 Mementingkan Matlamat Persendirian Individu dalam ekonomi bebas membuat keputusan berdasarkan kepentingan persendirian. Pengguna membeli barangan dengan matlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar membekalkan barangan dengan matlamat memperoleh keuntungan yang maksimum. Matlamat ini 7
mendorong mereka menggunakan sumber ekonomi dengan cekap. Kegiatan penggunaan dan pengeluaran yang mementingkan diri kadang-kadang menimbulkan kesan luaran yang merugikan pihak lain. 3.2.5 Wujudnya Persaingan Individu bebas bersaing dalam ekonomi untuk mencapai matlamat persendirian. Pemilik input bebas bersaing di antara satu sama lain dalam pasaran faktor untuk memperoleh pendapatan maksimum. Pengeluar bebas bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara cekap pada kos yang minimum. Pengeluar yang tidak cekap akan mengalami kerugian dan keluar daripada pasaran. Hanya pengeluar yang cekap sahaja yang kekal dalam pasaran.

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture