100%(1)1 out of 1 people found this document helpful
This preview shows page 66 - 70 out of 83 pages.
Apa yang penting untuk kita mengenal pasti setiap data tersebut?Terdapat dua sebab;i. jenis skala tersebut memberikan kita maklumat data yang berbeza. Justeru, amat penting bagi penyelidik untuk memilih jenis data yang dapat memberikan maklumat yang lebih banyak agar persoalan penyelidikan dapat dijawab dengan baik.ii. melalui jenis skala pengukuran, kita dapat mengenal pasti jenis analisis data yang dapat digunakan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Justeru, jenis skala pengukuran amat berkait rapat dengan pembentukan instrumen soal selidik kajian; jenis skala apa yang kita nak guna bagi menjawab persoalan kajian. Oleh itu terdapat prosedur statistik yang tidak sesuai untuk digunakan jika jenis skala yang digunakan tidak tepat.
BAB 7BAB 7 : POPULASI DAN PERSAMPELANPERSAMPELAN SAMPELSampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan 240 orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.Realitinya, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan. Tetapi, faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi semua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki.POPULASI
Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel.POPULASI SASARANPopulasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh sebabitulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).POPULASI CAPAIAN Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel adalah seperti berikut:Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.Populasi sasaran: semua murid tahun lima di SelangorPopulasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, SelangorSampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor.PERSAMPELANPersampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji.
Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.