Cadangan cadangan ini dikemukakan dengan inisiatif untuk menggalakkan pembelian

Cadangan cadangan ini dikemukakan dengan inisiatif

This preview shows page 6 - 8 out of 11 pages.

Cadangan-cadangan ini dikemukakan dengan inisiatif untuk menggalakkan pembelian rumah pertama, meningkatkan pembelian unit rumah yang tidak terjual daripada pemaju serta merancakkan pasaran harta tanah. 2.8 Harta tanah 2.8.1 Definisi harta tanah Harta tanah adalah barangan kompleks berkait dengan ekonomi yang terdiri daripada pelbagai bahagian komponen yang menyumbang kepada nilai harta tertentu (d Fisher J., Martin R. S., 1994). Harta tanah ertinya mana-mana tanah yang terletak dalam Malaysia dan apa- apa kepentingan, opsyen atau hak lain mengenai atau ke atas tanah itu (Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), 2013) Harta tanah diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Menurut Wieder dan Goeters (2003), kegunaan harta tanah boleh diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu kediaman keluarga tunggal (Single-family residential), kediaman keluarga berbilang (Multi-family residential), komersial dan industri. 2.8.2 Harta tanah kediaman Berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), harta tanah kediaman boleh ditakrifkan sebagai suatu bangunan atau tanaman yang digunakan kesemuanya sebagai suatu bangunan atau tanaman yang digunakan kesemunya atau sebahagian besarnya yang dibina dan dipadankan untuk kediaman manusia. Harta tanah kediaman yang merupakan harta yang paling banyak
Image of page 6
Bachelor’s Degree Project (BDP) digunakan berbanding harta tanah yang lain disebabkan kegunaannya sebagai tempat tinggal manusia sama ada rumah tersebut milik komodasi sektor awam, sewaan sektor swasta dan juga pemilikan harta persendirian (Izzuddin F., 2017). Harta tanah kediaman juga boleh digambarkan sebagai satu keperluan asas manusia kerana fungsi utamanya sebagai satu tempat perlindungan dan keselamatan. Menurut Warren (2000), sesetengah masyarakat menganggap rumah bukan sahaja dijadikan tempat untuk berteduh, malah sebagai satu perlaburan terhadap aset sementara Sulamuthu (2000), mengatakan bahawa rumah kediaman melambangkan status pemiliknya dalam masyarakat. 2.9 Permintaan dan penawaran di dalam pasaran harta tanah 2.9.1 Definisi pasaran Menurut Mankiw, N. G. (2014), pasaran adalah sekumpulan pembeli dan penjual bagi sesuatu kebaikan atau perkhidmatan tertentu. Terma bekalan dan permintaan merujuk kepada tingkah laku orang iaini pembeli dan penjual kerana mereka berinteraksi dengan satu sama lain di pasaran. 2.9.2 Jenis-jenis pasaran Di dalam sektor ekonomi, terdapat empat jenis pasaran yang berbeza iaitu pasaran persaingan sempurna, pasaran monopoli, pasaran oligopoli dan pasaran persaingan monopolistik. 2.9.3 Permintaan dan penawaran i) Permintaan Permintaan, dalam konteks ekonomi adalah jumlah barang dan perkhidmatan yang ini dan mampu dibeli oleh pengguna pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Menurut Mankiw, N. G. (2014), kuantiti yang diminta adalah jumlah barangan yang pembeli sanggup dan mampu membeli. Di dalam konteks harta tanah, terdapat fenomena perubahan atau peralihan dalam permintaan. Menurut Azlina (2018), perubahan dalam sesuatu keadaan boleh mengubah tahap permintaan yang menyebabkan kenaikan atau penurunan jumlah permintaan.
Image of page 7
Image of page 8

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 11 pages?

  • Fall '13

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes