100%(2)2 out of 2 people found this document helpful
This preview shows page 161 - 164 out of 231 pages.
7.2.2 Fungsi komunikasi Bukan Lisan Menurut Hybels & Weaver II (2015), komunikasi bukan lisan adalah maklumat yang disampaikan tanpa menggunakan perkataan. Dalam sehari, 93 peratus komunikasi kita berupa komunikasi bukan lisan dengan 55 peratus ekspresi muka, posisi tubuh dan gerakan isyarat, dan 38 peratus melalui nada suara. AKTIVITI 7.3 Lakukan pemerhatian mesej lisan dan isyarat bukan lisan terhadaprakan sekelas atau rakan sekerja anda selama tiga hari. Pemerhatiananda hendaklah mengandungi semua isyarat bukan lisan seperti yangterdapat dalam modul ini. Kemudian, tuliskan laporan dan cadanganuntuk mempertingkatkan tingkah laku komunikasi rakansekelas/sekerja anda.
trianglertTOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI 148 RajahRajahRajah 7.27.27.2: Elemen Komunikasi dalam Kehidupan Harian Kita Terdapat beberapa jenis komunikasi bukan lisan namun, kita tidak akan membincangkannya dengan mendalam di sini kerana anda akan mempelajarinya dalam modul yang lain sepanjang pengajian anda seperti modul ABCC1103 Pengenalan Komunikasi dan OUMH1303 Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Lisan. Paynton & Hahn (2018) telah menyenaraikan tujuh jenis komunikasi bukan lisan seperti berikut; a.KinesikKinesik Adalah bidang tentang bergerakan badan, ekspresi muka dan hubungan mata. Ekspresi muka adalah kaedah utama dalam berkongsi emosi dan perasaan, dan dalam sesetengah negara, hubungan mata menunjukkan rasa hormat dan kejujuran semasa berinteraksi dan menyampaikan mesej.
TOPIK 7 KEMAHIRAN KOMUNIKASI ⊳149 RajahRajahRajahRajah 7.47.47.4: Kinesik SumberSumber: b.HaptikHaptikHaptik Sentuhan adalah komunikasi bukan lisan yang pertama dialami oleh manusia dan penting kepada perkembangan dan kesihatan kita. Kita menggunakan sentuhan untuk berkongsi perasaan dan memberi makna kepada hubungan seperti pelukan, bersalaman atau semasa gurauan. c.PePenampilan Peribadi, Objek dan Artifaknampilan Peribadi, Objek dan Artifaknampilan Peribadi, Objek dan Artifaknampilan Peribadi, Objek dan Artifak Jenis komunikasi bukan lisan yang kita gunakan ke atas badan dan sekeliling kita untuk menyatakan makna yang ingin kita sampaikan kepada individu lain. Ia ditunjukkan melalui gaya rambut, pemakaian, barang kemas, saiz badan dan juga gaya kecergasan. Objek adalah sesuatu yang digunakan berkaitan dengan kerjaya kita, contohnya, doktor memakai kot makmal dan stetoskop. Manakala artifak adalah objek yang menunjukkan pencapaian atau kejayaan seseorang dalam kerjayanya seperti sijil, ijazah atau anugerah. d.ProksemikProksemikProksemik Ia adalah bidang mengenai bagaimana kita menggunakan ruang untuk mempengaruhi cara kita berhubung dengan individu lain. Adakah anda sedar di sesetengah tempat kerja, mereka menyediakan bilik yang besar untuk jawatan pengurus atasan manakala, pekerja berjawatan pertengahan dan bawahan bekerja di kubikel? Ini menunjukkan struktur kuasa dan hierarki dalam syarikat. Dalam kata lain, ia juga adalah ruang yang kita guna untuk membentuk dan mengekalkan hubungan. Kita menggunakan ruang yang mesra (intimate space