penggunaannya berbanding dengan pengguna yang tidak berpeluang untuk berbuat

Penggunaannya berbanding dengan pengguna yang tidak

This preview shows page 148 - 151 out of 341 pages.

penggunaannya berbanding dengan pengguna yang tidak berpeluang untuk berbuat demikian. kesan harga (price effect) Perubahan kuantiti barang dan perkhidmatan yang diminta akibat perubahan harga satu barang sahaja. Apabila harga satu barang berubah sedangkan pendapatan wang pengguna masih tetap, perubahan kuantiti yang diminta tertakluk pada kesan penggantian dan kesan pendapatan. Misalnya, apabila harga suatu barang jatuh, barang itu menjadi lebih murah berbanding dengan barang lain, yang menyebabkan pengguna lebih suka menggantikan barang lain dengan barang tersebut. mi dikenali sebagai kesan penggantian. Kejatuhan Kuantiti X 2 A R X X2B F 131
Image of page 148
kesan himpitan harga barang itu juga bererti pendapatan benar pengguna naik, yang menyebabkan pengguna menambahkan pembelian barang tersebut sekiranya barang itu barang normal, atau mengurangkan pembelian jika barang itu barang Giffen. Kesan mi dikenali sebagai kesan pendapatan. Gabungan kedua-dua kesan mi disebut kesan harga. Ketiga-tiga kesan mi dapat ditunjukkan di dalam rajah. Keluk AB ialah ganis belanjawan sebelum harga berubah. Apabila harga jatuh, ganis belanjawan berubah kepada AC. Perubahan keseimbangan pengguna dan P ke R merupakan kesan harga yang meningkatkan kuantiti yang diminta sebanyak X 0X2. Untuk melihat kesan penggantian ganis belanjawan, bayangkan DF yang selani dengan AC dan menyentuh keluk puas sama U0 seperti di Q. Perubahan keseimbangan dan P ke Q merupakan kesan penggantian yang meningkatkan penggunaan barang sebanyak X0X1. Perubahan keseimbangan dan Q ke R merupakan kesan pendapatan yang meningkatkan permintaan barang sebanyak X1X2. kesan himpitan (crowding-out effect) Pengurangan pendapatan akibat penyelarasan dalam sektor kewangan yang boleh mengurangkan atau menghapuskan langsung kesan pengganda bagi perbelanjaan kerajaan. Kesan himpitan beroperasi melalui kadar bunga. Tingkat pendapatan meningkat apabila kerajaan menambahkan perbelanjaan melalui kesan langsung dan kesan pengganda Keynes. Peningkatan pendapatan menyebabkanpermintaan wang bertambah, memaksa orang namai menjual bon yang mereka miliki, dan seterusnya menyebabkan kadar bunga naik. Kenaikan kadar bunga boleh mengurangkan perbelanjaan pelaburan dan seterusnya mengurangkan tingkat pendapatan yang kadang-kadang boleh menghapuskan langsung pertambahan pendapatan yang berlaku dahulu. Semakin anjal permintaan wang terhadap pendapatan, atau semakin tidak anjal permintaan wang terhadap kadar bunga, atau semakin anjal permintaan pelaburan tenhadap kadar bunga, maka semakin besar kesan himpitan. Sinonim maklum balas negatif. kesan kekayaan (wealth effect) Kesan pengaruh aset benar terhadap penggunaan apabila benlaku penubahan dalam tingkat harga umum. Iii 132
Image of page 149
kesan surutan Misalnya, apabila tingkat harga umum meningkat, nilai aset benar yang mempunyai nilai yang tetap, seperti wang dan bon akan jatuh. Kejatuhan nilai benan mi mengurangkan perbelanjaan penggunaan dan menambahkan tabungan untuk mengekalkan nilai benar tabungan terkumpul pengguna.
Image of page 150
Image of page 151

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 341 pages?

  • Winter '16
  • dr lizam

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes