Salah satu elemen model ini juga adalah codebahasa Malaysia ialah kod yang

Salah satu elemen model ini juga adalah codebahasa

This preview shows page 4 - 6 out of 13 pages.

yang disampaikan dapat difahami oleh penerima. Salah satu elemen model ini juga adalah ‘code’(bahasa Malaysia ialah ‘kod’) yang merujuk kepada bentuk mesej, antaranya adalah bahasa. Komunikasi adalah sangat penting didalam pekerjaan terutama bagi memastikan sesuatu urusan berjalan lancar. Bagi pekerja yang kurang mahir untuk berkomunikasi terutama dalam Bahasa Inggeris akan menyebabkan rasa rendah diri, takut dan kurang bersemangat apabila berhadapan dengan pelanggan. Ini akan menjejaskan imej syarikat atau organisasi yang diwakili. 1.2 Menulis Menulis dengan betul dari segi ejaan adalah sangat penting bagi memastikan apa yang ingin digambarkan dapat difahami oleh penerima. Dalam bidang pekerjaan, maklumat seperti arahan atau pekeliling yang dikeluarkan biasanya menggunakan dwibahasa iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris. Jika dalam sektor korporat kebanyakkan maklumat, arahan dan pekeliling berkaitan dengan syarikat dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris. Ini menjelaskan bahawa pekerja yang bertanggungjawap untuk menyediakan bahan-bahan maklumat tersebut perlu mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana bahan-bahan maklumat tersebut akan diedarkan kepada pelanggan atau diterbitkan kepada umum. Kesilapan dalam ejaan atau penggunaan ayat didalam maklumat tersebut akan mencemarkan dan menjejaskan kredibiliti organisasi atau syarikat tersebut di mata umum. Dalam bidang perubatan, penggunaan Bahasa Inggeris terutama penulisan adalah sangat penting. Menurut Ketua Eksekutif Sime Darby Nursing and Health Sciences College, Shanaz F. H. Mawji (2012), dokumen perubatan adalah sebahagian daripada rekod undang-undang dan disebabkan ini, penulisan dalam Bahasa Inggeris yang jelas adalah penting. Tambahan pula, kebanyakan kakitangan perubatan menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan dan rekod catatan perubatan. Sebagai contoh, jika seorang 3
Image of page 4
OUMH1103 jururawat tersilap ejaan didalam laporan pesakit akan mendatangkan masalah bukan sahaja kepada pesakit tetapi melibatkan pihak doktor yang hendak membuat pemeriksaan susulan terhadap pesakit tersebut. Disebabkan kesilapan tersebut, pesakit mungkin menerima rawatan yang salah atau doktor akan tersilap menganalisa penyakit pesakit tersebut. Oleh itu, kemahiran bertutur, mendengar, dan menulis dalam Bahasa Inggeris amat diperlukan di kalangan profesional perubatan. 2. Sebab-sebab pelajar menghadapi masalah penguasaan Bahasa Inggeris Dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat global, faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini dan cadangan penyelesaian perlu dikenal pasti dan difahami. Faktor-faktor utama pelajar institusi pengajian tinggi menghadapi masalah dalam menguasai Bahasa Inggeris adalah disebabkan kurangnya kesedaran keatas kepentingan menguasai Bahasa Inggeris, kurang motivasi diri, asas Bahasa Inggeris yang lemah, dan kurang membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris.
Image of page 5
Image of page 6

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 13 pages?

  • Spring '15

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture