29 Pemeriksaan Inspection Fisher 2015 mencatatkan bahawa pengusaha umum jelas

29 pemeriksaan inspection fisher 2015 mencatatkan

This preview shows page 5 - 7 out of 9 pages.

2.9 Pemeriksaan (Inspection) Fisher (2015) mencatatkan bahawa pengusaha umum jelas bahawa sepanjang masa aset harta tanah adalah keperluan untuk melakukan pemeriksaan berjadual atau ad-hoc. Ini cenderung menjadi kes di semua bidang kuasa yang membenarkan pemilikan swasta harta tanah. Menjadi aset fizikal yang memakai dan memerlukan pengurus harta tanah atau kemudahan terlibat dalam proses masuk syarat yang mana syarat harta tersebut didokumenkan dengan betul pada peringkat sebelum penentuan pajakan. 3.0 Metodologi Kajian Menurut Zaidi (1996), kaedah penyelidikan merupakan cara, kaedah atau pendekatan yang digunakan bagi mencapai objektif dan matlamat kajian. Bab ini akan menumpukan tentang bagaimana aliran kajian ini dilaksanakan. Bab ini juga akan membincangkan tentang pendekatan kajian yang bersesuaian dan pengumpulan data yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, pemilihan kaedah penyelidikan yang sesuai memerlukan pemahaman andaian setiap rangka penyelidikan dan implikasi metodologi yang dipilih (Pawi, S., 2013). Metodologi kajian bertujuan untuk memberi penjelasan kepada pendekatan kajian, strategi kajian, dan kaedah kajian yang digunakan dalam kajian supaya mencapai kedua-dua objektif kajian yang telah ditetapkan. Kajian ini melibatkan lima fasa iaitu: i. Mengenal pasti isu permasalahan dan pemilihan tajuk ii. Kajian literatur iii. Pengumpulan data dan maklumat iv. Analisis data kajian v. Kesimpulan dan cadangan 3.1 Pengumpulan data Data dan maklumat dikumpul adalah untuk memberi bukti yang kukuh dalam kajian. Menurut Kamarul (2012), pengumpulan data ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu data primer dan data sekunder. Teknik pengumpulan data dalam penelitian kualitatif dapat dilakukan dengan pemerhatian, temu bual dan dokumentasi (Emzir, 2010). Dalam kajian ini, teknik pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah temu bual, pemerhatian kawasan kajian dan semakan dokumen. 3.1.1 Data Primer Data primer merupakan data utama yang digunakan dalam mendapatkan maklumat berkenaan kajian. Dalam kajian ini, data primer diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian kawasan kajian. Tujuan memperolehi data primer adalah untuk mendapat gambaran sebenar permasalahan kajian. Sesi temu bual dijalankan dengan golongan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang agensi harta tanah iaitu ejen harta tanah berdaftar.
Image of page 5
3.1.2 Data Sekunder Pengumpulan data sekunder diperoelh daripada pelbagai sumber seperti buku-buku, rujukan, jurnal, artikel, internet, surat khabar dan segala sumber penerbitan. Fungsi data sekunder adalah untuk mengukuhkan data primer dan mencapai objektif-objektif kajian. Data sekunder yang diperolehi juga dapat membantu pengaji melaksanakan kajian lebih jelas. Dalam kajian ini, data sekunder dikumpulkan daripada sumber buku-buku rujukan, jurnal, artikel, internet, laporan dan sumber lain-lain yang berkaitan dengan tajuk dan objektif kajian.
Image of page 6
Image of page 7

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 9 pages?

  • Fall '13

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture