Kerajaan melalui usaha MIDA mengumumkan Dana Strategik Pelaburan Domestik DISF

Kerajaan melalui usaha mida mengumumkan dana

This preview shows page 102 - 104 out of 136 pages.

Kerajaan melalui usaha MIDA mengumumkan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) pada 2012 dengan tujuan untuk mempercepat anjakan syarikat- syarikat Malaysia dalam sektor- sektor tertentu kepada industri berasaskan nilai tambahan yang lebih tinggi, teknologi maju, inovasi dan pengetahuan. Inisiatif ini termasuklah bantuan dalam bentuk geran yang setara bergantung kepada pelaburan projek yang mana bertujuan untuk menaiktaraf keupayaan teknologi syarikat Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa setidaknya setanding dengan pemain- pemain global; menggalakkan kehadiran syarikat tempatan dalam rantaian nilai yang lebih tinggi dan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia yang berkebolehan untuk turut serta secara aktif dalam ekosistem global. Walaupun dikhususkan untuk syarikat-syarikat Malaysia, pencarian disasarkan kepada sektor strategik keutamaan seperti aeroangkasa, peralatan perubatan, farmaseutikal, elektronik maju, jentera dan perkakasan, tenaga boleh diperbaharui, dan perkhidmatan terpilih. Sejak penubuhannya, DISF telah meningkatkan eksport sekurang-kurangnya 43 syarikat yang telah berjaya melebarkan sayap mereka ke 24 negara melangkaui enam benua. Syarikat Malaysia yang diberikan geran menembusi 71 pasaran baru dari 33 negara, yang mana 45 pasaran baru adalah di Asia. Lebih dari 32 pemain elektrikal dan elektronik (E&E) domestik berjaya menyalurkan kepakaran mereka dan berkhidmat dengan kira- kira 60 syarikat multinasional (MNC) melalui bantuan yang disediakan oleh geran. Dari segi inovasi, geran tersebut telah membolehkan lebih dari 20 syarikat mengkomersilkan penemuan R&D mereka dan pendaftaran Hak Intelek (IP) merekodkan peningkatan yang ketara / perkembangan baru dalam produk dan pemprosesan. Malaysia, melalui insentif pelaburan luar negara dan domestik terus menganjak
Image of page 102
Masa Depan Pelaburan di Malaysia 103 MALAYSIA : LAPORAN PRESTASI PELABURAN 2016 syarikat Malaysia ke dalam sektor yang disasarkan kepada industri berasaskan nilai tambahan yang lebih tinggi, teknologi maju, inovasi dan pengetahuan. INDUSTRI AUTOMASI / TRANSFORMASI INTENSIF BURUH Malaysia bergerak menuju ke arah mencapai wawasannya menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, bagaimanapun negara telah menetapkan sasaran pada matlamat yang lebih tinggi. Ia juga memberi tumpuan kepada menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan aras kesejahteraan rakyat yang lebih baik. Pergantungan negara terhadap pekerja asing berkemahiran rendah dalam industri tertentu dalam sektor perkilangan telah terbukti menjadi salah satu faktor yang menghalang industri-industri ini dari terus berkembang dalam rantaian nilai. Dalam usaha untuk membantu pertumbuhan dalam industri intensif buruh, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu insentif baru untuk menggalakkan pengilang untuk menggunakan automasi dalam industri masing- masing. Elaun Modal Automasi (ACA) telah diperkenalkan melalu Belanjawan 2015.
Image of page 103
Image of page 104

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 136 pages?

  • Summer '17

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes