Konsep susunatur masjid ini boleh menampung 1000 jemaah dengan keluasan 1000

Konsep susunatur masjid ini boleh menampung 1000

This preview shows page 20 - 24 out of 31 pages.

Konsep susunatur masjid ini boleh menampung 1,000 jemaah dengan keluasan 1,000 meter persegi keluasan ruang solat dan sekurang-kurangnya keluasan kawasan sebanyak 1 hektar yang boleh menampung kemudahan- kemudahan sokongan. Piawaian penyediaan ruang solat adalah seluas 1 meter persegi bagi setiap jemaah. Contoh reka bentuk bangunan ibadat di mana ruang masuk dan tempat mengambil wuduk serta tandas diasingkan antara lelaki dan wanita.
Image of page 20
GARIS PANDUAN PERANCANGAN MASJID DAN SURAU 16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia DRAF Rajah 1: Konsep Perhubungan Ruang dan Komponen Masjid
Image of page 21
GARIS PANDUAN PERANCANGAN MASJID DAN SURAU 17 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia DRAF 5. GARIS PANDUAN KHUSUS 5.1 Masjid Negara, Masjid Negeri dan Masjid Daerah/Jajahan Masjid Negara terletak di ibu negara dengan keluasan 10 hektar (berasaskan kriteria sebagaimana di Jadual 4 dan Jadual 5). Masjid ini memerlukan ruang yang luas untuk pelbagai aktiviti berkaitan dan bagi menampung jemaah yang ramai. Masjid Negeri terletak di ibu negeri dengan keluasan 3 hingga 5 hektar dan berperanan memberi perkhidmatan pada tahap yang lebih rendah berbanding Masjid Negara. Masjid Daerah/Jajahan terletak di kawasan petempatan iaitu Pusat Separa Wilayah Negeri atau Pusat Petempatan Utama dan berperanan serta memberi perkhidmatan pada tahap yang lebih rendah dari Masjid Negeri. Keluasan yang sesuai adalah 1.5 hingga 3 hektar bagi memberi ruang berjemaah melebihi 2,000. Bagi ketiga-tiga hierarki masjid di atas, pusat islam/balai islam atau pusat dakwah sekiranya perlu ditempatkan di kawasan bersebelahan dengan masjid bagi mewujudkan penggunaan tanah yang bersepadu. Seterusnya, selaras peranan dan fungsi masjid sebagai institusi pembangunan ummah, kemudahan seperti berikut diperlukan: - Pejabat imam dan bilik mesyuarat; - Ruang untuk pungutan zakat, cukai dan yang berkaitan; - Ruang pengurusan jenazah; - Ruang untuk perpustakaan/pusat sumber, bilik bacaan, kaunseling dan `audio-visual ‟; - Ruang pameran; - Tadika/sekolah agama; dan - Rumah anak yatim. Bagi masjid yang menjadi tempat persinggahan utama, kemudahan tambahan iaitu rumah tetamu, asrama (hostel) untuk pengunjung yang musafir atau mereka yang memerlukan kemudahan tersebut perlu disediakan. Mewujudkan taman mini landskap bagi mengindahkan lagi kawasan masjid dengan menyediakan pondok-pondok rehat, wakaf, tempat duduk, dewan, landskap lembut dan elemen-elemen landskap selainnya. Di samping itu, pemilihan pokok hendaklah bersesuaian iaitu yang tidak memerlukan penyelengaraan yang rumit dan tidak menghalang penglihatan terhadap struktur utama seperti menara dan kubah masjid. Mewujudkan satu ruang khas berhampiran masjid sebagai tapak gerai (kiosk) bagi aktiviti perniagaan ringan yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan.
Image of page 22
GARIS PANDUAN PERANCANGAN MASJID DAN SURAU 18 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia DRAF 5.2 Masjid Mukim/Jamek/Bandar/ Kampung Perletakannya hendaklah mengikut hierarki petempatan yang bersesuaian
Image of page 23
Image of page 24

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture