Antara
kisah-kisah
kepimpinan
yang
boleh
diteladani ialah:
a.
Model perniagaan baru
Menceritakan mengenai kaedah dan teknik baru
dalam perniagaan. Misalnya perbankan tanpa
cawangan yang diamalkan oleh Bank Simpanan
Nasional (BSN), pembelian tiket atas talian yang
diamalkan oleh Penerbangan Air Asia
dan sistem
kutipan cukai secara atas talian atau e-Hasil yang
telah membantu pihak kerajaan memperoleh hasil
cukai yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
b.
Kisah lampau
Menegaskan keadaan yang dialami oleh organisasi
yang memerlukan koperasi berubah. Misalnya
organisasi pernah mengalami keadaan hampir
muflis yang memerlukan pekerja berubah untuk
mengelak keadaan yang sama berulang kembali.
c.
Kisah pemangkin perubahan
Terdapat kisah yang mengaitkan pekerja dan
kerjasama
kumpulan
sebagai
pemangkin
perubahan. Contohnya syarikat Toyota yang telah
berjaya hasil daripada konsep perubahan hari
demi hari yang dicadangkan oleh kakitangan
sendiri.
d.
Kisah yang menegaskan mengapa kejayaan
lama tidak lagi berkesan
Kisah ini menegaskan kepada keperluan untuk
mengubah cara lama untuk kekal bersaing pada
masa kini. Misalnya, sepuluh tahun yang lepas,
General Motors (GM) menguasai pasaran motokar
di Amerika Syarikat. Namun, pada tahun 2010
syarikat Toyota mendahului GM dari segi jualan.
Jadi, kejayaan yang lama tidak semestinya boleh
dijadikan panduan untuk menentukan kejayaan
pada masa hari ini.
Rajah 1:
Faktor pendorong kepada
perubahan dalam organisasi
Budaya
Persekitaran
Kepimpinan
Struktur Organisasi

Subscribe to view the full document.
Maktab Koperasi Malaysia
49
2.
Persekitaran
Pepatah ada menyatakan ”Jika berkawan dengan
penjual minyak wangi, kita juga akan berbau
wangi”.
Oleh itu, kajian juga menunjukkan bahawa,
untuk menjadi seorang usahawan bukanlah satu
perkara yang diwarisi namun ianya merupakan
sesuatu yang boleh dibentuk melalui beberapa
faktor dan salah satunya ialah persekitaran.
Misalnya, salah satu faktor begitu ramai peniaga
wanita di negeri Kelantan berbanding negeri lain
adalah kerana budaya dan keadaan semenjak
dulu lagi kaum wanita di negeri itu rajin berniaga.
Secara tidak langsung, keadaan ini menunjukkan
bahawa persekitaran mempunyai pengaruh yang
besar dalam melaksanakan perubahan.
Keadaan
persekitaran
mempunyai
kuasa
untuk memaksa atau menolak perubahan yang
bakal
dilaksanakan.
Begitu
juga
keadaannya
dalam sesebuah organisasi. Budaya yang ada
dalam
organisasi
perlulah
mendorong
dan
menyokong perubahan yang ingin dilaksanakan.
Sekiranya persekitaran adalah positif dengan
perubahan,
besar
kemungkinan
perubahan
yang ingin dilaksanakan akan berjaya. Namun,
jika
persekitaran
organisasi
adalah
negatif
terhadap perubahan, agak sukar untuk pekerja
turut serta dalam perubahan yang akhirnya
akan melambatkan atau paling ditakuti akan
menyebabkan perubahan gagal dibuat.
3.
Struktur organisasi
Tidak
dinafikan
bahawa
struktur
organisasi
juga
memainkan
peranan
penting
dalam
proses
perubahan.
Organisasi
yang
berjaya
dalam melaksanakan perubahan kebiasaannya
menyesuaikan
struktur
organisasinya
dalam
mengadaptasi
keperluan
misi
(St-Pierre
dan
Glavas, 1998). Struktur yang jelas dan tidak ada
pertindihan tugas akan memudahkan pekerja
merujuk
kepada
ketua
terdekat
sekiranya


- Fall '19
- Prof. Madya Dr. Norhayati Binti Daud