Pertukaran kegunaan aras boleh diubah sekiranya keperluan tempat letak kereta

Pertukaran kegunaan aras boleh diubah sekiranya

This preview shows page 16 - 18 out of 50 pages.

Pertukaran kegunaan aras boleh diubah sekiranya keperluan tempat letak kereta bertambah atau berkurangan, tertakluk pada kelulusan PBT.Reka bentuk tempat letak kereta perlu menggunakan teknologi hijau ke arah pembangunan hijau bagi mengurangkan pemanasan global. Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi boleh digunakan tetapi di kawasan ruang terpencil sistem pencahayaan yang baik hendaklah disediakan bagi tujuan keselamatan dan keselesaan pengguna.Sistem keselamatan yang baik hendaklah disediakan di laluan utama masuk dan keluar, di laluan masuk dan keluar setiap tingkat, di pintu masuk bangunan dan lokasi lain yang sesuai; contohnya pemasangan peralatan CCTV dan penempatan pengawal keselamatan.Speed breakerhendaklah dipasang untuk mengelakkan kereta dipandu laju.Penghalang konkrit (parking chock) perlu dipasang di setiap petak untuk mengelakkan kereta daripada terlajak ke hadapan/belakang.Papan paparan maklumat, papan tanda penunjuk arah aliran kenderaan dan sistem pernomboran yang jelas, mudah dilihat dan mesra pengguna hendaklah disediakan. Elemen landskap lembut dan kejur perlu disediakan untuk tujuan pengindahan dan keselesaan pengguna.Pemilihan spesis sesuai boleh berfungsi sebagai penanda sempadan bumbung dan pemberi teduhan daripada pancaran matahari serta membantu merendahkan suhu dengan menyerap haba. Landskap boleh berfungsi sebagai sempadan bumbung bangunan. Contoh menarik yang disediakan dengan kotak tanaman dan pergola Penggunaan kotak tanaman dan pergola juga perlu digalakkan.Landskap lembut dapat membantu merendahkan suhu.
Background image
13 Susun Atur dan Reka Bentuk Ciri-ciri Landskap c.Tempat Letak Kenderaan Bertingkat Jenis Berpodium Sesuai bagi kompleks pejabat, kondominium, pangsapuri dan pembangunan yang berkepadatan sederhana dan tinggi. Reka bentuk hendaklah mengutamakan teknologi hijau serta mesra pengguna, terutamanya OKU. Contoh bangunan tempat letak kereta menggunakan teknologi hijau Laluan kenderaan hendaklah diasingkan dari laluan pejalan kaki dan OKU. Kedudukan lif, tangga dan landas untuk OKU hendaklah strategik dan mudah-sampai. Ruang pejalan kaki, koridor, jejantas, tangga atau laluan yang menghubungkan ke bangunan bersebelahan perlu disediakan. Pengasingan ruang perlu jelas mengikut kegunaan. Aras bumbung boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti taman atas bumbung, kiosk menjual makanan dan minuman/ kopitiam atau aktiviti rekreasi awam. Reka bentuk fasad bangunan di tingkat yang menempatkan tempat letak kereta perlu mewujudkan kualiti visual yang menarik dan Reka bentuk dan susun atur perlu menghasilkan penggunaan ruang yang maksimum tetapi hendaklah selamat dan selesa kepada pengguna dan kenderaan. Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi boleh digunakan namun di kawasan ruang terpencil (isolated) sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik hendaklah disediakan bagi tujuan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Background image
Image of page 18

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture