menggunakan dua teori sosiologi iaitu Teori Fungsionalisme dan Teori Pilihan Rasional
untuk meneliti keberkesanan pembentukan perpaduan kaum melalui sistem pendidikan.
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap hubungan antara
kaum di sekolah, isu hubungan antara kaum yang dihadapi oleh pihak sekolah melihat
langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan pelajar. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada 1 orang
pentadbir, 3 orang guru dan 18 orang pelajar ditemu bual dalam kajian ini. Hasil kajian
mendapati bahawa interaksi antara pelajar pelbagai kaum adalah pada tahap yang tidak
memberansangkan dek lemahnya penguasaan Bahasa Melayu oleh para pelajar Cina dan
India. Hal ini demikian kerana pelajar Cina dan India tidak didedahkan dengan
penggunaan Bahasa Melayu di dalam aktiviti seharian mereka dan mereka juga mendapat
pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang mana Bahasa Melayu
hanya digunakan ketika pembelajaran subjek Bahasa Melayu.
14 |
C T U 5 5 5

Metodologi Kajian
Sehubungan dengan tajuk kajian kami, kajian ini telah dijalankan di UiTM Kampus
Puncak Alam. Populasi kajian melibatkan pelajar bahagian 4 Fakulti Perakaunan peringkat
Ijazah Sarjana Muda di mana saiz populasinya seramai 317 orang manakala saiz sampel
yang di ambil adalah seramai 60 orang (merujuk kepada bilangan yang menjawab soal
selidik). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepekaan mahasiswa UiTM Kampus
Puncak Alam terhadap isu-isu semasa hubungan etnik di Malaysia. Bagi memperoleh
dapatan kajian yang lebih tepat, borang kaji selidik telah dibentuk berpandukan kepada
tujuan dan matlamat kajian. Selain itu, kaji selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan. Skala yang digunakan adalah
berpandukan Skala Likert. Soal selidik ini mengandungi 12 soalan yang dikemukan kepada
60 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi
bekerjasama. Antara soalan yang dikemukakan adalah tentang maklumat peribadi
responden, tahap kepekaan responden terhadap isu - isu berkaitan etnik, pandangan
responden terhadap cadangan pemansuhan sekolah pelbagai aliran dan keberkesanan Islam
dan penguatkuasaan tulisan Jawi dalam memupuk perpaduan kaum. Dapatan soal selidik
dianalisis menggunakan kaedah perisian SPSS dan dibentangkan menerusi carta pai dan
graf. Kemudahan ini digunakan seiring dengan perkembangan era sains dan teknologi
ketika ini. Selain itu, teknologi ini juga mampu menyediakan laporan statistik dan
kuantitatif yang lebih spesifik, sistematik dan holistik.
15 |
C T U 5 5 5

Dapatan Kajian dan Perbincangan
Bahagian A: Latar Belakang Responden
Latar belakang demografi dilakukan bagi mengumpulkan maklumat tentang
responden iaitu berkaitan dengan umur dan jantina. Responden yang terlibat adalah
daripada mahasiswa Fakulti Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus
Puncak Alam. Hal ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan
dengan pandangan mahasiswa terhadap isu-isu semasa hubungan etnik di Malaysia.
