Bagaimanakah kita ingin mengaplikasi tiga dimensi tersebut dalam isu pencemaran

Bagaimanakah kita ingin mengaplikasi tiga dimensi

This preview shows page 10 - 12 out of 16 pages.

aplikasi dan penglibatan yang praktikal untuk ke arah masyarakat yang lebih baik. Bagaimanakah kita ingin mengaplikasi tiga dimensi tersebut dalam isu pencemaran plastik? Melalui dimensi kognitif, kita mestilah mengetahui atau mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan pencemaran plastik. Dalam erti kata lain, kita perlu tahu apa itu plastik? Bagaimana plastik ini boleh membahayakan hidupan darat dan laut sekaligus menyebabkan pencemaran alam sekitar? Bagaimana menangani masalah pencemaran yang disebabkan plastik? Plastik dihasilkan daripada campuran produk sampingan petroleum iaitu gas petroleum cecair dan gas asli. Perlu diketahui juga bahawa plastik merupakan komponen yang tidak mudah mereput. (Karuniastuti N., 2013) Plastik hanya akan pecah menjadi partikel kecil dan terurai apabila terdedah kepada sinaran ultraungu, oksigen, suhu yang tinggi dan juga melalui aktiviti mikroorganisma dalam tempoh masa tertentu. Untuk pengetahuan kita, plastik yang pecah dan terurai di dalam laut akan menjadi mikroplastik yang mana zarah plastik itu berukuran antara lima millimeter dan 0.1 mikrometer, manakala nanoplastik pula mempunyai saiz yang lebih kecil daripada mikroplastik iaitu 0.0000000009 mikrometer. Plastik yang pecah dan terurai ini akan membahayakan kepelbagaian hidupan laut daripada kumpulan hidupan yang bersaiz kecil seperti plankton sehinggalah haiwan laut yang bersaiz besar seperti ikan paus. Bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam plastik ini akan masuk ke dalam tisu haiwan berkenaan dan seterusnya memberi ancaman yang besar kepada
Image of page 10
kelangsungan hidupan marin dan juga kesihatan manusia apabila memakan sumber makanan laut yang telah dicemari dengan mikroplastik dan nanoplastik. Kesan daripada pencemaran ini, keseluruhan ekosistem marin akan terganggu dan rantaian makanan di lautan juga terbantut. Plastik bukan sahaja berbahaya kepada hidupan laut, tetapi ia juga memberikan impak yang buruk kepada manusia. Kesihatan manusia akan terganggu sekiranya penggunaan plastik tidak mengikut persyaratan sehingga menyebabkan kanser dan kerosakan jaringan pada tubuh manusia yang dikenali sebagai karsinogenik. Sampah- sampah plastik yang dibakar akan menghasilkan gas yang akan mencemari udara dan membahayakan sistem pernafasan manusia. Sekiranya sampah-sampah plastik ditimbun ke dalam tanah, ia akan menyebabkan tanah tercemar. Berbagai cara untuk kita mengatasi masalah pencemaran plastik ini. Antaranya ialah melalui Konsep 4R iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Refuse (tolak). Konsep 4R ini perlu dititikberatkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk mengelakkan pencemaran plastik ini daripada berlaku. Berdasarkan Konsep 4R ini, terdapat empat cara untuk menghindari pencemaran plastik daripada berlaku iaitu dengan mengurangkan ( reduce ) penggunaan plastik dalam kehidupan seharian, atau dengan mengguna semula ( reuse ) plastik yang terpakai, atau dengan mengitar semula ( recycle ) plastik yang terpakai atau menolak ( refuse ) penggunaan plastik.
Image of page 11
Image of page 12

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 16 pages?

  • Fall '19

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture