2.0 ISI KANDUNGAN2.1 BAHAGIAN A – PENCEMARAN TERHADAP HIDUPAN DI DALAM AIRIsu yang saya ingin fokuskan dalam tugasan ini adalah sasaran GCED yang ke-14iaitu kehidupan di dalam air. Tahukan anda lautan yang bersih sangat penting dalamkehidupan kita. Lautan meliputi 70% daripada planet kita dan kita bergantungpadanya untuk mendapatkan makanan, sumber tenaga, dan air. Di dalam tugasan iniakan diberikan penjelasan mengapa isu ini dipilih untuk dijadikan topik utamatugasan ini.Kita seringkali abai dan memandang remeh terhadap isu berkaitan hidupan didalam air. Hal ini kerana, kita merasakan ianya tidak penting kerana kita tidak terlibatsecara langsung dengan hidupan di dalam air. Pastinya banyak perkara yang bermaindi minda mengapa hidupan di dalam air begitu penting sehinggakan isunyamerupakan isu global yang mana sangat penting untuk difokuskan. Rajah 2.1.1 : Terumbu karang. Sumber: jomlahcuti.my5
Sebagai contoh, terumbu karang. Pernahkah kita terfikir apakah fungsi terumbukarang atau ianya hanya dekorasi di lautan. Untuk pengetahuan anda, antara fungsiutama terumbu karang ialah bertindak sebagai benteng dan melindungi pantaiterhadap ombak yang kuat. Selain itu, terumbu karang juga merupakan kawasan yangkaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin.Selain itu, terumbu karang juga dipercayai boleh dijadikan ubat untuk melawanpenyakit barah.Rajah 2.1.2: Penyu terperangkap pada jala.Sumber: National GeographicSelain daripada terumbu karang, kita juga sering melihat gambar-gambar atauvideo-video dimana kita dilihatkan seekor penyu yang tersangkut pada jala yangdibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bukan sahaja itu, ada juga yangmana penyu tersebut memakan plastik yang berterapungan di lautan keranamenyangkakan ianya obor-obor yang merupakan makanan penyu. MenurutMoore,2008 “Albatross, fulmars, shearwaters and petrels mistake floating plasticsfor food, and many individuals of these species are affected; in fact, 44% of allseabird species are known to ingest plastic. Sea turtles ingest plastic bags, fishingline and other plastics, as do 26 species of cetaceans.” kita boleh lihat bagaimanadengan plastik mampu melumpuhkan hidupan di dalam air.Kita juga seringkali dihidangkan tentang pelbagai kes tumpahan minyak di lautan,yang terbaru ialah kes tumpahan minyak di Mauritius yang melibatkan 4,000 tanminyak yang tumpah di lautan Mauritius. Tahukah anda tumpahan minyak juga6
mengganggu hidupan di dalam lautan? Menurut “National Oceanic and AtmosphericAdministration” atau lebih dikenali sebagai NOAA : “Juvenile sea turtles can alsobecome trapped in oil and mistake it for food. Dolphins and whales can inhale oil,which can affect lungs, immune function and reproduction. Many birds and animalsalso ingest oil when they try to clean themselves, which can poison them.”.Berikut ialah antara sebab-sebab mengapa isu ini di ambil berat, ada sesetengahpihak tidak nampak gambaran besar apa yang akan terjadi pada hidupan di dalam airsekiranya pencemaran terus pencemaran berlaku tanpa mengenakan tindakan yangsewajarnya kepada pelaku-pelakunya.