Sistem ini digantikan dengan sistem kangani kangani

This preview shows page 15 - 17 out of 28 pages.

Sistem ini digantikan dengan sistem kangani. Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur. Kangani diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya akan ke India mencari tenaga buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai kos buruh hingga ke Tanah Melayu. Kangani kemudiannya dijadikan pengurus agensi membawa masuk buruh dan akhirnya sistem ini diharamkan kerana adanya penyelewengan. Waktu yang sebenarnya untuk menentukan kedatangan kaum India tidak dapat dipastikan dengan jelas. Ini kerana sejak zaman Melaka lagi sudah ada catatan mengenai kedatangan kaum India ke negara ini. Namun kedatangannya ke negara ini pada masa itu adalah untuk berdagang semata-mata. Namun tidak mustahil ada sebahagian daripada mereka yang tinggal atau menetap terus di negara ini kerana sudah berkahwin dengan penduduk tempatan. Namun jumlahnya mungkin terlalu kecil sehingga diabaikan oleh ahli sejarah. Maka wujud pelbagai andaian mengenai bila tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan R.O.Winsted,orang India mula dating ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi jauh mendahului daripada kaum Cina. Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan mereka dalam kelompok yang kecil,mereka tidak menggunakan bahasa Prakrit tetapi menggunakan bahasa penduduk tempatan. Buruh India telah berhijrah dari India Selatan dan mereka berasal dari Nagapatam dan Madras 18 . Imigran India yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai jenis keturunan. Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu,Malayali dari Karala/Malabar,Telegu dari Andra Pradesh,Sikh dari Punjab,Tamil Chettiar dari Tamil Naidu,Gujrati dari India Utara. Kebanyakan mereka yang datang ialah daripada pelbagai seperti golongan Chettier, golongan professional seperti doktor, askar terutamanya Gurkha, pekerja di ladang dan juga untuk membina jalan keretapi. 18 P.Sivarajan Phd S.Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga 1970 .Selangor : Multimedia Sdn.Bhd. hlm.22 15
Selepas berlakunya perkembangan ladang, kopi, tebu dan getah telah memaksa British untuk mengambil pekerja dari India untuk mengusahakannya. Perkembangan dalam industri getah adalah berlaku dalam keadaan mendadak. Namun tidak semua orang India yang dibawa masuk bekerja di ladang getah namun ada juga antara mereka yang bekerja di landasan keretapi. Pada 1921,dianggarkan seramai 8009 orang India telah bekerja di landasan keretapi. Negeri 191 ( orang) 1921 ( orang ) 1931 ( orang ) Negeri-Negeri Selat 82 055 104 628 132 277 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 172 465 305 219 379 996 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 12 639 61 781 110 951 Jumlah 267 159 471 628 623 224 Jadual 1 : Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu antara 1911-1931 ( Sumber : Daripada buku . Sejarah Masih Relevan m/s 243 ) Kemasukan kaum India ke Tanah Melayu secara mendadak ini kerana mempunyai sebab penarik dan sebab penolaknya. Antara sebab penarik kedatangan mereka kesini ialah faktor peluang pekerjaan yang ada di negara ini. Selain itu,mereka merasakan hidup dinegara ini lebih selamat berbanding di negara sendiri. Faktor penolak pula ialah keadaan masyarakat di India

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture