Dalam aktiviti hiliran bidang pertumbuhan adalah bagi produk berasaskan

Dalam aktiviti hiliran bidang pertumbuhan adalah bagi

This preview shows page 48 - 51 out of 136 pages.

Dalam aktiviti hiliran, bidang pertumbuhan adalah bagi produk berasaskan oleokimia dan makanan berkhasiat dan bahan-bahan serta aktiviti R&D yang secara umumnya melibatkan teknologi tahap tinggi. PRODUK PETROLEUM (TERMASUK PRODUK PETROKIMIA) Malaysia, yang mempunyai rizab gas asli ke-16 terbesar di dunia dan rizab minyak mentah ke-26 terbesar, menyaksikan industri petrokimia berkembang pesat. Industri ini meliputi
Image of page 48
Pelaburan dalam Sektor Utama 49 MALAYSIA : LAPORAN PRESTASI PELABURAN 2016 gas asli, produk petroleum dan produk petrokimia, yang bertindak sebagai bahagian penting daripada bahagian industri kimia yang lebih luas, menyediakan bekalan yang berterusan bagi bahan mentah kepada pelbagai sektor perkilangan. Sebanyak 20 projek dengan pelaburan berjumlah RM24.7 bilion diluluskan untuk pengeluaran produk petroleum termasuk petrokimia pada 2016, penurunan sebanyak 33 peratus dalam pelaburan diluluskan berbanding pada 2015. Pertumbuhan sederhana ini mungkin berpunca daripada kemelesetan dalam industri minyak dan gas sedunia. Meskipun penurunan trend bagi pelaburan, 10 daripada 20 projek diluluskan adalah projek baharu berjumlah RM16.6 bilion manakala lebihan 10 adalah projek pembesaran/pelbagaian berjumlah sehingga RM8.1 bilion. Pelaburan ini disumbang oleh DDI berjumlah RM19.1 bilion dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah RM5.6 bilion dengan potensi untuk mewujudkan 963 pekerjaan baharu. Pertumbuhan Malaysia yang berterusan dalam industri petrokimia sebahagiannya dikaitkan dengan pembangunan Kompleks Bersepadu Petrokimia Pengerang (PIPC) yang sedang berjalan seperti dijadualkan. Pada 2016, empat projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dan kemudahan berkaitan merangkumi loji janakuasa, terminal regasifikasi dan terminal penyimpanan, diluluskan untuk melengkapi ekosistem RAPID dengan pelaburan DDI berjumlah RM18.8 bilion dan FDI berjumlah sehingga RM2.6 bilion. Projek PETRONAS RAPID bernilai RM60 bilion ini bersedia untuk mengubah permukaan industri kimia di Malaysia dan Asia Tenggara dengan kapasiti penapisan sebanyak 300,000 tong setiap hari dan menghasilkan kedua-dua komoditi dan etilena dibezakan premium dan polimer berasaskan propilena serta produk glikol. Sebuah lagi projek diluluskan yang utama pada 2016 adalah projek pembesaran/pelbagaian kilang petrokimia bernilai RM1.5 bilion disumbang oleh syarikat milik asing.
Image of page 49
Pelaburan dalam Sektor Utama 50 Memperkukuhkan Momentum Pertumbuhan Cabaran utama bagi industri petrokimia Malaysia kekal pada turun naik harga minyak mentah yang mewujudkan ketidaktentuan dalam pelaburan huluan dan hiliran; serta keperluan bagi kemudahan produk bersepadu untuk menambahbaik margin dan ekonomi skala. KIMIA DAN PRODUK KIMIA Industri kimia dan produk kimia adalah salah satu industri utama dan penting di Malaysia. Industri ini meliputi pelbagai jenis produk dan merangkumi kimia pertanian, gas perindustrian, kimia bukan organik, cat, sabun dan bahan pencuci, kosmetik dan kelengkapan peribadi serta subsektor produk kimia lain.
Image of page 50
Image of page 51

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 136 pages?

  • Summer '17

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes