i Faktor dasar kerajaan Menurut hasil temu bual dengan responden Bandar Kuantan

I faktor dasar kerajaan menurut hasil temu bual

This preview shows page 56 - 59 out of 109 pages.

i. Faktor dasar kerajaan Menurut hasil temu bual dengan responden, Bandar Kuantan berfungsi sebagai ibu negeri Negeri Pahang, pusat pentadbiran Negeri Pahang, pusat perniagaan dan perkhidmatan utama, pusat pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan penduduk dan sebagai pusat perhubungan negeri. Bandar Kuantan terletak di dalam Highly Strategic Linking Corridor berdasar Rancangan Fizikal Negara ke-3 (RFN-3) dimana RFN-3 menilai Bandar Kuantan melalui perkara-perkara berikut:
Image of page 56
39 1) Kawasan atau glomerasi pusat bandar yang menawarkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonom; 2) Hubungkait dengan perniagaan tempatan dan antarabangsa; 3) Nod transit utama; 4) Asas penduduk yang tinggi; 5) Infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti Bandar Kuantan dirancang sebagai bandar lestari dan berdaya huni dalam strategi pembangunan Daerah Kuantan tahun 2016-2035 melalui: 1) pembangunan guna tanah mampan dan seimbang; 2) penyediaan kemudahan komersil, infrastruktur dan prasarana; 3) meningkatkan sistem trafik dan lalu lintas yang efisien dan sistematik; 4) pembangunan industri berteknologi tinggi yang mampu menarik pelaburan asing dan lain-lain. Bandar Indera Mahkota ialah sebuah kawasan yang jelas tertumpu perbandaran dan pembangunan perdagangan. Bandar Indera Mahkota dirancang berfungsi sebagai sebuah bandar baru yang terancang bertujuan berintegrasi dengan pusat Bandar Kuantan. Bandar Indera Mahkota terletak di dalam koridor utama arah pembangunan iaitu merupakan kawasan yang pesat membangun pelbagai jenis pembangunan utama antara termasuk perumahan, preindustrial dan komersial. ii. Faktor kependudukan/demografi Menurut hasil temu bual dengan responden, kependudukan/demografi di Bandar Indera Mahkota sedang mengalami peningkatan. Fenomena peningkatan kependudukan di Bandar Indera Mahkota dilihat pada perkembangan taman perumahan di dalam Bandar Indera Mahkota. Taman perumahan di dalam Bandar Indera Mahkota lebih daripada sepuluh taman perumahan. Taman perumahan di Bandar Indera Mahkota berkembang daripada taman pertama hingga ke taman dua puluh satu. Pembangunan komersial memain peranan penting dalam perancangan pembangunan Bandar Indera Mahkota kerana ia bukan sahaja membantu melengkapkan bandar tersebut sebagai sebuah bandar terancang bertujuan berintegrasi dengan pusat Bandar Kuantan malah juga penting sebagai satu tempat untuk penduduk
Image of page 57
40 mendapatkan keperluan bagi memenuhi keperluan asas. Antara pembangunan komersial yang terdapat di Bandar Indera Mahkota ialah pasaraya, restoran, farmasi, pejabat khas, perhotelan dan lain-lain. Selain itu, responden juga memberi pandangan terhadap pembangunan komersial yang berskala amat digalakkan dibina di Bandar Indera Mahkota bagi menampung kependudukan/ demografi yang semakin meningkat kerana pembangunan komersial semasa di Bandar Indera Mahkota ialah berskala kecil-sederhana.
Image of page 58
Image of page 59

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 109 pages?

  • Fall '13

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes