ii pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan gas yang dibekalkan

Ii pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan

This preview shows page 17 - 20 out of 31 pages.

(ii) pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan gas yang dibekalkan melalui talian paip; (k) mendorong dan menggalakkan pembangunan industri pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip termasuklah dalam bidang latihan; (l) mendorong dan menggalakkan pengawalseliaan sendiri dalam industri pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip; (m) menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang pembekalan tenaga; (n) mengkaji semula undang-undang pembekalan tenaga dan membuat syor yang perlu kepada Menteri; dan (o) menjalankan segala aktiviti yang didapati oleh Suruhanjaya dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang pembekalan tenaga. (±) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang- undang pembekalan tenaga.
Image of page 17
18 Undang-Undang Malaysia A KTA 610 Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya 15. (1) Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana- mana fungsi atau kuasanya, selain kuasanya untuk membuat perundangan subsidiari, kepada— (a) Pengerusi Suruhanjaya; (b) seseorang anggota Suruhanjaya; (c) sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya; atau (d) seseorang pegawai Suruhanjaya. (±) Orang atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang kepadanya diwakilkan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan segala keperluan, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya. (²) Fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya. (4) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa. Arahan Menteri 16. (1) Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri. (±) Menteri boleh memberi Suruhanjaya arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga, berhubung dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan itu. Suruhanjaya hendaklah memberikan maklumat 17. Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan
Image of page 18
Suruhanjaya Tenaga 19 aktivitinya, keadaan kewangannya dan dasar yang sedang diikuti atau yang dicadangkan untuk diikutinya dalam pelaksanaan mana- mana fungsinya di bawah undang-undang pembekalan tenaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Image of page 19
Image of page 20

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 31 pages?

  • Fall '20

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

Stuck? We have tutors online 24/7 who can help you get unstuck.
A+ icon
Ask Expert Tutors You can ask You can ask You can ask (will expire )
Answers in as fast as 15 minutes