Universiti Malaya sebagai universiti utama bekerjasama dengan USM UniMAP UTHM

Universiti malaya sebagai universiti utama

This preview shows page 97 - 100 out of 136 pages.

Universiti Malaya sebagai universiti utama bekerjasama dengan USM, UniMAP, UTHM dan UKM, serta pelbagai rakan industri lain. Sesi yang sama telah dilaksanakan pada Oktober 2016, Perkilangan Pintar Elektronik membawa peserta dari 16 syarikat, lapan universiti dan empat agensi dengan inisiatif utama dalam IoT dalam Perkilangan, Automasi dan Robotik, Sistem Pelaksanaan Perkilangan dan Sistem Rantaian Bekalan telah dirangka. Forum tersebut menarik sekitar 100 peserta dan menjana lebih 10 projek baru untuk berkolaborasi. CREST Place – Pusat Pembangunan Permulaan Pusat bagi permulaan kami, CREST Place terus meningkatkan jumlah usahawan yang menjurus kepada ruang untuk bergaul dengan individu dan entiti dengan pemikiran yang sama dan untuk menguji idea. Dengan berada hampir kepada kapasiti penuh, kami menjadi hos kepada lebih 15 syarikat keusahawanan dari pelbagai bidang seperti reka bentuk IC, IoT, reka bentuk dan latihan robotik, reka bentuk dan rundingan elektronik dan E-Dagang. CREST Place juga secara fizikal menjadi hos Pusat Data Awan IoT CREST (ICDC). CREST sedang berunding dengan institusi lain untuk membangunkan pusat yang sama di seluruh negara.
Image of page 97
Masa Depan Pelaburan di Malaysia 98 Memperkukuhkan Momentum Pertumbuhan MASA DEPAN PELABURAN DI MALAYSIA 4 4
Image of page 98
Masa Depan Pelaburan di Malaysia 99 MALAYSIA : LAPORAN PRESTASI PELABURAN 2016 PERKILANGAN PINTAR Dengan peningkatan persaingan dari pasaran baru dan kewujudan teknologi baru, Malaysia berhadapan dengan cabaran yang kompleks. Dalam persekitaran yang mencabar ini, negara melihat ia sebagai satu peluang. Di dalam persekitaran seperti ini, negara-negara di seluruh dunia menyedari dan mula untuk memanfaatkan teknologi terkini. Tidak ketinggalan, Malaysia mengadaptasi dan membuat perubahan dengan mengambil peluang-peluang yang tersedia melalui Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) terutamanya proses dan teknologi perkilangan pintar untuk meningkatkan fleksibiliti dan kecekapan pengeluaran. Istilah perkilangan pintar sering digunakan dengan kombinasi bersama ‘Objek Rangkaian Internet Perindustrian (IIoT), ‘Pengilangan Pintar’, atau ‘Industri 4.0’. Perkilangan pintar merangkumi keupayaan untuk menghubungkan sistem dan proses pengeluaran secara radikal untuk mengubah rantaian nilai pengeluaran dan model perniagaan. Saling hubungan, saling kebergantungan dan integrasi merupakan komponen asas perkilangan pintar. Integrasi ini menggunakan teknologi seperti rangkaian sensor wayarles, interaksi mudah alih, dan gabungan data memberikan penggunaan data yang lebih baik untuk menyampaikan maklumat dengan lebih banyak yang mana akan membawa kepada pengeluaran yang lebih besar serta pengurangan sisa lebih baik. Penganalisis meramalkan dalam jangka masa lima tahun, lebih daripada 80 peratus syarikat-syarikat global akan mendigitalkan rantaian nilai mereka. Ramalan ini seterusnya disokong oleh BCC Research yang menunjukkan peluang pasaran sebanyak US$392 bilion pada tahun 2020, berbanding US$131 bilion pada tahun 2015.
Image of page 99
Image of page 100

You've reached the end of your free preview.

Want to read all 136 pages?

  • Summer '17

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture

  • Left Quote Icon

    Student Picture