kepada pelajar.
Dalam pembelajaran kolaboratif, kejayaan prestasi kumpulan bergantung pada
kejayaan terkumpul oleh setiap ahli. Setiap individu diambil kira dan sumbangan
setiap individu penting kepada individu tersebut dan kepada kumpulan. Seorang
ahli tidak boleh sekadar berusaha dan berjaya secara individu tanpa melihat prestasi
ahli kumpulan yang lain. Ahli kumpulan yang cekap perlu membantu ahli yang
lemah untuk maju ke hadapan supaya setiap ahli dapat memberi sumbangan sebaik
yang mungkin. Dalam pembelajaran kooperatif, sesetengah ahli mungkin lebih cekap
daripada yang lain dan ahli yang cekap akan menutupi kelemahan ahli yang lain. Ini
merupakan semangat berpasukan yang baik namun individu yang tidak mahu maju
akan tetap memainkan peranan yang minimum dan hanya bergantung kepada
kejayaan oleh ahli yang bekerja keras. Ini akan membawa kepada prestasi yang tidak
seimbang dalam kalangan ahli kumpulan walaupun keseluruhan pencapaian
kumpulan dalam keadaan yang baik.
KAJIAN EMPIRIKAL MENGENAI KOLABORASI
Terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui kesan pembelajaran
kolaboratif ke atas pelajar. Walau bagaimanapun, Kuhn (2015) melalui ulasannya
mendapati tidak banyak kolaborasi yang berlaku dalam kajian eksperimen yang
dijalankan. Beliau juga mendapati kolaborasi tidak memberi manfaat kepada setiap
pelajar di setiap situasi pembelajaran. Sesetengah pelajar mendapat manfaat yang
lebih apabila bekerja secara individu daripada bekerja secara berkumpulan. Antara
8.4
AKTIVITI 8.2
Dalam kumpulan, bincangkan pendekatan pembelajaran apakah yang
terlibat apabila individu bekerjasama dalam persembahan orkestra.
Adakah pembelajaran kooperatif atau pembelajaran kolaboratif?

TOPIK 8
KEMAHIRAN KOLABORASI
⊳
167
masalah lain yang timbul adalah prestasi kolektif dalam kumpulan sukar untuk
ditentukan kerana ahli yang cekap mungkin mendominasi aktiviti kumpulan
tersebut. Tambahan pula, kebanyakan kajian menumpukan kepada pembelajaran
individu dalam kumpulan dan bukannya pencapaian kumpulan secara keseluruhan.
Kajian pembelajaran kolaboratif bagaimanapun menunjukkan terdapat kesan positif
atas kumpulan apabila menyelidik tentang hasil kognitif pelajar.
Didapati bahawa
kerja kumpulan kurang berkesan apabila melibatkan pembelajaran hafalan iaitu
menghafal dan mengingat semula maklumat. Sebaliknya, manfaat kolaborasi
diperoleh daripada maklum balas dan komen oleh ahli kumpulan mengenai
pemikiran individu; kolaborasi kurang berkesan pada remaja berbanding pelajar
yang lebih muda dan lebih tua; kolaborasi lebih berkesan dalam kandungan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berbanding kandungan bukan
STEM; dan apabila ahli kumpulan perlu bergantung antara satu sama lain semasa
melakukan tugasan maka, hasilnya mungkin lebih baik (Kuhn, 2015; Kyndt, Raes,
Lismont, Timmers, Cascallar & Dochy, 2013; Noroozi, Weinberger, Biemans, Mulder
& Chirazi, 2012).


You've reached the end of your free preview.
Want to read all 231 pages?
- Fall '19